Aku Menyesal.. Sungguh Menyesal!

19 Mei 2016, genap sebulan pemergian sahabat aku ke rahmatullah. membayangkan sem depan aku terpaksa menerima orang baru sebagai roomate, tak sanggup rasanya. Tiga tahun aku dan arwah menjadi roomate. Tempoh yang cukup lama arwah bersabar dengan segala kerenah aku. Tempoh yang cukup lama arwah berkorban sehabis terbaik untuk menjadi sahabat disisi aku. Bukan mudah aku nak terima orang baru dalam hidup.

"Esok kelas aku pukul 9 tau, jangan lupa kejutkan." Sebingkas tu arwah terus capai handphone lepastu set alarm. Esok pagi, setiap 15 minit dia akan kejutkan aku, walaupun aku tahu tiada orang yang suka diganggu oleh bunyi alarm berkali-kali, tapi kerana dia sangat kenal sikap aku, dia sanggup korbankan masa tidurnya.

"Weyh, tolong jap masukkan laptop dalam beg sementara aku nak siap." Bergegas dia tolong masukkan laptop aku tanpa merungut.

Pulang je dari kelas, mulut kami masing-masing rancak bercerita apa yang terjadi dalam kelas. Rutin harian dan satu kelebihan sebab kami berlainan bidang. Semua nama kawan sekelasnya aku ingat, begitu juga aku. Kadang sampai jadi pertengkaran, gara-gara masing-masing nak bercerita kisah sendiri dahulu. So, siapa nak mendengar kan? hahahaha..

Tugasan aku kadang-kadang menyebabkan aku pulang lewat ke bilik kadang pukul 4am. Salah satu sikap aku adalah penakut, especially nak ke toilet pada waktu macam tu pulak. Arwah mudah je bangun bila aku kejutkan untuk temankan aku ke toilet pukul 4am, walaupun time tu dia tengah sedap tidur. Sorry awak.. hehehe..

Aku bukan seorang yang mudah sensitif, tapi bila bab makan memang cepat je aku nak mengamuk kalau ada yang tidak menepati selera aku. Kadang dia letih balik dari kelas tapi disebabkan kesiankan aku yang tidak cukup tidur, so dia keluar tapaukan makanan kat aku. Pernah sekali dua dia berpatah balik ke kedai kerana terlupa nak bungkuskan telur dadar.

Seminggu sebelum kau kembali kepada Pencipta Yang Maha Agung. Aku saksikan derita kau bertempur dengan ajal. Aku tak pernah salahkan orang yang menyebabkan kau terlantar koma selama beberapa hari atas katil hospital. Sekurang-kurangnya ada hikmah pada kejadian itu. Aku belajar untuk redha atas segala kemungkinan yang bakal terjadi pada kau sahabat. Aku miliki masa paling lama bersama engkau, bercerita pelbagai kisah walaupun mata kau terpejam lena, tapi aku takut kau sunyi dan terasa hati jika aku tidak berkongsi lagi kisah harian aku kepada kau. Menangis aku setiap kali selesai mendoakan kau agar kembali seperti dahulu walaupun aku tahu mustahil dengan keaddan kau ketika itu.

Tiga hari terakhir kau didunia ini, Allah berikan keajaiban. Kau sedar dari tidur yang lama. Ya Allah, aku bersyukur sangat-sangat sampaikan basah pipi aku dengan air mata kesyukuran.
"Aku rindu kau sangat!! Aku sayang kau! Jangan tidur lagi.." Sambil aku peluk dia erat. Cuma tuhan yang tahu perasaan aku ketika itu. Tiga hari terakhir itu, aku melihat kau dengan pandangan yang berbeza.
"Ya Allah.. sahabat yang aku sayang masih bernafas depan mata aku, Terima Kasih Ya Allah!" setiap saat ucapan itu muncul dalam hati aku. Setiap kali dia mengadu sakit, bergegas aku panggilkan nurse dan setiap kali itu air mata aku mengalir, terlintas dalam hati aku, "Aku masih belum bersedia sebenarnya Ya Allah, jangan kau ambil dia lagi Ya Allah". Malam sebelum kau meninggal, doktor maklumkan pada semua ahli keluarga berita yang paling sukar aku terima. Doktor maklumkan bahawa kadar denyutan jantung kau turun dengan mendadak. Selesai mendengar perkhabaran tersebut, kaki aku terus melangkah ke surau hospital. Aku teruskan bersujud di surau hospital sambil mengalirkan air mata. Terasa kabur pandangan ketika membacakan surah yasin yang sejujurnya aku tujukan untuk kau, setiap maksudnya aku tidak fahami tapi aku mengharapkan keajaiban dari Yang Esa untuk dirimu sahabat. Selesai hajat ku kepada Yang Esa, kaki kembali melangkah ke wad. Terasa seakan tidak berpijak ke lantai, bila dimaklumkan sahabat aku telah menghadap Ilahi disaat aku mengharapkan keajaiban setelah pulang dari surau. Pertama kali dalam hidupku kehilangan orang yang aku sayangi dan pertama kali juga aku tidak merasai tubuh aku sakit apabila jatuh kelantai dan aku tidak sedar bila air mata aku berhenti.

Harini, sehingga saat ini aku menyesal.. Menyesal sangat! aku jarang ucapkan terima kasih atas segala pengorbanan dia. Aku terlupa bahawa menjadi seorang yang 'sweet' bukan hanya untuk bf/gf sahaja, ni la masanya kau nak hargai pengorbanan sahabat kau dengan ucapan yang 'sweet'. Aku terlupa bila kau pernah terluka dengan aku, tapi aku tak pernah ucap kata maaf. Sahabat, sem depan aku pasti dan yakin yang aku akan membandingkan roomate baru aku dengan kau. Terima Kasih Ya Allah, Kau hadirkan sahabat yang terbaik walaupun untuk seketika. Rasa masih basah pipi ini dengan linangan air mata saat aku kucup dahi kau terakhir kali. Masih terasa lagi hangat tubuh kau bila aku peluk kau disaat-saat akhir hayat kau. Al-Fatihah sahabat.

– kawan

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

903 Comments

  1. Aima Najwa Azmi babeeeee. akuuu sayangg kauu. kau housemate y palinggg baikkk.sometimes kita takk sama pendappat aku tetap support apa keputusan kau. thanks for everythingg wht u did for me. even kau selalu bebel aku sayang kauu. kau penat balik kerja tetap tapaukan makanan tokk akuu. maafkaan akuu kalauu aku ada buad kau terasa ngn akuu selama aku stayy dengan kauu. thanks waa iloveyouu

    • teringat ko mg… tnpa dsedari hampir 5year kte jadi roomade… tpi aq xsebaik dye.. :,( insya-Allah proses baiki diri… doakan agr kita jadi lbih baik dri dye… insya allah… sama2 kita doakn… aaminn…
      #thanzSYG
      #SnggupBersabarDgnKarenahDiriIni

    • Alhamdulillah…saya rasa syukur sangat sebab kita masih bersama walaupun saya tak dapat kotakan janji saya kepada awak…terima kasih kerana sudi menerima saya dalam hidup awak sejak dulu hingga kini…saya sayang awak….????terima kasih teman…

  2. Hawa Syafiqah walaupun kita long distance friendship tp sumpah aku syg mu gilee.. Semoga umur.kita panjag untuk.terus bersahabat sampai jannnah. Love you babe. :-*

  3. Ctie Maryam tq beb sebb selama nie layan kerenah terlebih manja aku.. masakkan aku dari stydy sampai keje kat econ dulu. thankz beb..
    Ain Najwa kau pon sama tq sebb rajin masak n belanja aku time aku ssh..
    Ara Bella tq jd tukang dgr aku bebel n tukang urut aku.. yang aku tak tag too pon tq.. hahahahaah

  4. Hasnaa Nadirah awakkkk..nnt dh intern, dh keje jgn lupe sy. sayanggg awk smpai mati. nnt dduk rumah sebelah2 tau. jgn lupe sy. nnt update semua cerita dgn sy. nnt wasep sy tiap2 hari mcm skang. cerita kucing mkn anak, tgk drama bru yg tayang kat tv. sy willingly je nk dgr. semoga jodoh kte smpai mati

    • awak jangan la buat sy sedih. nanti sy kan dtg sane jugak nak setel arab sy. nanti sy tido bilik awk pulak la. tak best tidur takde awk.

    • sy terikut emosi dia wakk. kesian dia. mmbe dia dh takde. sy nk kwn dgn awk smpai bila2. xnk terputus contact pun ? kann. x best lgsg tidur tanpa awk. susahh nk update stories ?

  5. Fyrah Mahmud we’ve been roomate for 4 years.. do remember me when you’re going to stay with new roomate soon.. hehe.. thanks for evrything and also sorry for everything.. you

  6. Syasha Syahirah i loveee u..ko je mek yg knl baik buruk aku & masih setia jd besfren aku..happy gembira susah sedih senang sntiasa ada…i love u mommy to be

    • I love u too. Dr kecik sampai besar sampai dah kawen dah memasing, kita still stick together. Biar apa pun orang nk ckp, jnji aku knl siapa bebetul bff aku. Tq sahabat.

    • nad, thanks. thanks sbb sggup tak light off bila aku takut nak tidur, pinjamkan aku joy ntk basuh mgkuk, stay up sama2 malam2, tanye aku nak makan ape2 tak, bagi ak panadol, print kan esaimen aku and sabar bile aku memekak. thanks so much muaxs. sayang ko huuuuu.
      dah, jangan pandang aku balik!

  7. Terima kasih sebab sentiasa ada n maaf kalau pernah menyakitkan hati .. yg penting i sweet kan Hafifah Sulaiman Nissa Shamsudin Zura Zueryn Sazlini Iberahim Suria Suriana Puteri Duliana Ramli Salmiyah Dawani

  8. Aniza Niza tq romate atas segala rasa yg kita kongsikan bersama. sungguh aku rindu hg , rindu nak kongsi makanan bsama buat sup tawar makan bubur tawar semuanya tawar asalkan bdua yg tawar pun bleh jadi nyum sangat hehe. gudluck for ur future life amy.

    • Asmin Rosli sedeyhhh ah cite die..mlm2 sabtu nih bg cite sayu2 pulokkk haha..tpkannn huhu tenkiu n sorryyy 4 every single thing..muah2 hoho

  9. Tetiba rasa nak tag hg. Cik Momoi. Hahaa thanks sebab ada dari dulu sampai sekarang. walaupon sekarang jauhhhh. Haha timakasih sebab terima aku walaupon aku sangat buruk perangai. Takdak org pon boleh terima buruk aku camna hg terima. Sorry untuk semua salah and terima kasih banyak banyak untuk segalanya! Tak cukup rasanya terima kasih tu. Allah ja yg mampu balas. Aku doakan hg bahagia dunia akhirat

  10. Nor Lyana lebih kurang kita weyh..cuma alhamdulillah dua2 masih diberi peluang utk bernafas lg..thank you for everything..bersabar dgn karenah x matang aku selama 5 sem n bersbr dgn ego aku yg tinggi melangit..hahaha…

    • Feeling dohhh..thank a lot beb..kau shbt aq dunia akhrt..haha sgp kjtkn aq..blikn mknan..rsw sal aq xblik..tmn g toilet..pksa ko ngk mvie jgn tdw klau aq stdy mlm..hahaha ego kau mmg tggi tp pgrbnan kau mlbhi sglanya..so chill la dgn egp ko tu..xheran pn aq..hahahaha love u Amiey Aiza..kau shbt aq dunia akhrt..sma2 strong hdp khdpn ni..:-)

  11. Ikaaa AtiQa Eka suke sgt buat amy ngiss kenapa !!! terima kasih ikaaa sabar g kerenah amyyyy selama 2 tahun kita bsamaa…rindu nak makan nasi bubur,kentaang goreng,nsi bujang…..semoga hbgn pshbatan kita kekal ke jannah ika…

  12. Aisyah Ayuni Anuar…terima kasihh dah jadi roomate kitaaa….kita sayanggg ecah sangattt….jgn sakit3…jgn prnh tinggalkn kita…..terima kaseh dah saba ngn prangai kita dan sanggup denga kita meleteq siang malam…..sayangggggg ecahhh sangattt…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *