Assalamualaikum wbt kepada semua pembaca page ni.
Aku nak share something yang sudah agak lama menganggu fikiran aku. Well not selalu tapi aku akan terfikir bila benda tu jadi lagi. Aku nak mintak pendapat and kalau boleh aku nak tahu apa sebenarnya maksud benda yang jadi kat aku ni.
I bet this gonna be such a long post.
So first aku cerita mimpi aku yang pelik masa aku sekolah menengah waktu aku Form 3 tak silap. Aku mimpi waktu tu aku kat dalam kereta otw nak pergi suatu tempat and waktu tu aku duduk kat seat belakang. Sebelah aku ada budak perempuan, umur lebih kurang 7-8 tahun, cantik *tapi tak boleh tengok lama sebab automatik akan rasa seram* , and dalam mimpi tu memang tak tipu aku sayang kat dia. Tak silap aku kiteorang otw pergi kampung. Kampung mana aku tak tahu. Sampai sampai ja ada sederet 3 rumah satu tingkat kat tepi jalan tu. Then salah satu dari rumah tu memang keras.
Nak dijadikan cerita, tetiba budak yang datang dengan aku tu bukak pintu salah satu rumah kat situ and dia macam kena tarik masuk. Aku tak tahu kenapa tapi dalam mimpi tu aku terus cuba selamatkan budak tu. Sumpah dalam rumah tu gelap gila. Then bila aku da amik budak tu aku peluk dia and pandang dia. Macam aku mention tadi aku tengok lama muka dia aku rasa seram. Tapi takde apa pun.
Then kiteorang pegi kat satu rumah kayu ni beranda dia besar luas. Waktu tu orang kampung semua tengah baca Yasin kat beranda tu. Aku duduk and ada orang kat sebelah aku hulur Quran supaya baca sama. Aku bukak. Aku terpaku. Bukan ayat quran yang aku nampak tapi cuma garis garis pelik. Aku cakap kat orang tu " Ni bukan Quran ni .." Tapi orang tu suruh ikut baca ja. Akhirnya buku yang dia hulur kat aku tu aku tutup. Aku baca yasin kat mulut aku mana yang aku hafal.
Tu mimpi first. Tak seram. Cuma pelik. Mimpi kedua aku jadi waktu tahun lepas. Waktu tu aku kerja kat taska yang memang sediakan tempat tidur apa semua. Waktu tu ada 3 orang staff termasuk aku. Kak Nana, Kak Sara and aku.
Waktu tu lepas isyak aku terus tidur sebab penat gila. Kak Nana dan Kak Sara belum tido lagi. Tak lama aku tido tu tetiba aku terjaga , dada aku berdebar. Berdegup laju. Kak Nana ngan Kak Sara kata aku ngigau. Aku punya ngigau waktu reaksi aku macam ada orang kacau aku. Tapi aku tak jerit aku cuma keluar bunyi " Aaaa… Aaaaa.." pandailah korang imagine bunyi camana hahahahhaha aku nak hanta voice tak boleh pulak hahahahahhaa.
Tahu aku mimpi apa ? Aku mimpi waktu tu aku vacation dengan family aku. Pastu tempat tu macam resort tau. Pastu kat tempat menunggu tu ada orang kena rasuk. And aku kat situ pegang budak tu and baca Ayat Qursi ulang kali untuk tenangkan budak tu. Sebab aku bukan pro aku cuma baca apa yang aku tahu ja. Then budak tu cam da ok sikit. And then aku tak tahu camana aku ada kat satu bilik ni. Aku berdiri kat depan meja solek yang ada cermin. Belakang aku ada tingkap besar. And sinaran matahari sangat terang dari tingkap tu. Aku tengok pantulan diri aku kat cermin tu aku boleh nampak ada kepala orang lain yang lebih tinggi sikit dari aku berdiri kat belakang aku. Straight belakang aku. Aku toleh belakang. Takde orang. Aku pandang depan balik. Benda tu kat depan aku.
Rambut panjang. Dia pandang aku dari cermin. Dia berdiri depan aku. Dan aku pun terjaga.
Macam movie sangat aku rasa hahahahaha tapi tulah yang aku mimpi. Aku takut gila kot waktu tu. Bangun bangun je aku punya dada degup laju. Aku terdiam. Lama. Aku bukan jenis selalu mimpi. And bila aku mimpi, mesti ada satu perasaan yang aku still rasa dari mimpi tu sampai aku terjaga. Disebabkan rasa tu aku boleh ingat apa yang menyebabkan kenapa aku rasa macam tu.
Itu mimpi kedua. Aku nak cerita mimpi ketiga pasal makcik aku and yang keempat baru petang tadi aku mimpi, ini pasal sucide dengan kawan. Tapi boleh tak kalau aku sambung yang tu dekat lagi satu post —- yang tu aku cerita sekali pengalaman aku dengan jin saka kawan aku waktu bulan Ramadhan waktu 2012 .
Aku mohon sangat jasa baik admin untuk approve semua confession aku sebab aku nak sangat tahu apa kait mengait semua ni. Mana tahu ada yang boleh tolong aku. Oh ya. Ketiga tiga mimpi aku tu aku baca Ayat Qursi dalam mimpi aku. And yang aku perasan mimpi tu semua datang waktu aku tak berapa sihat.
Jumpa lagi untuk post yang seterusnya.
20160626 2:02am
– Nur
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Mgkin ad ilmu yang nk diperturunkan..cntohnya mgkin ilmu perubatan islam..
Ilmu tidak dapat tidak perlu diambil dari guru. Tak semua org bulih dpt ilmu melalui mimpi kecuali org yg terpilih kerana kealiman atau ibadatnya yg hebat. Tambah2 kalau bab peturun ilmu perubatan, itu kdg2 dari jin.
Akak confesser ni better pegi jumpa pakar perubatan islam segera. Mungkin itu gangguan2 jin yg ingin menakut nakutkan akak.
Jumpalah perawat Islam sebagai ikhtiar. Jin yang ada dalam badan, tak kiralah badan sendiri @ org lain perlu dibuang sebab jin tu sebenarnya dah berlaku zalim kepada tuan punya badan. Kalau boleh, rawatlah dengan segera supaya masalah ni tak melarat sampai anak cucu
Scary bila akak ni mention pasal budak tu. Eiiiii huhu excited nak dengar sambungan