Aku, Mimpi dan Manusia

Assalamualaikum semua. Aku Kumi (bukan nama sebenar) berumur awal 30an. Seorang ibu kepada sepasang cahaya mata yang comel.

Banyak kali aku taip untuk share dekat iium ni tapi semua aku padam balik. Sebab bila dah taip habis ape yang terbuku dihati terus hilang.

Tapi satu masalah aku ni aku tak tau macam mana nak selesaikan. Seperti mana tajuk yang aku tulis, masalah utama aku adalah mimpi aku.

Tapi pada masa yang sama mimpi aku adalah satu petunjuk jugak.

Sejak dibangku sekolah rendah, aku seorang yang suka ikuti perkhemahan dan apa sahaja kem. Aku mula sedari yang aku selalu kena tindih dengan hantu waktu tidur apabila pulang daripada aktivit-aktiviti macam ni.

Masa tu aku tak tau akan kewujudan kelumpuhan tidur (sleep paralysis). Boleh search sendiri kalau aku cerita panjang plak.

Yang pasti time ni ko baca la jerit la pape pun takkan jadi pape.

Aku alami masalah ni sampai lah aku dah menuntut di universiti. Time aku dekat uni aku baru tau yang selama ni bukan kena tindih dengan hantu atau jin tapi sleep paralysis. LOL terasa bodohnya kat situ walaupun semua exam dapat straight A. Ehh tetibe. Haha.

Selepas aku kahwin, aku dengan suami aku sewa rumah. Tapi masa memula pindah dah rasa semacam.

Bila duk dapur selalu rasa ada orang tengah berdiri dekat belakang sedangkan suami aku tengah tengok tv. Aku saja yang rasa macam ni. Time tidur rasa ada benda merayap atas badan.

Call ustaz rupanya rumah tu ada jin yang tinggal. Jin tu marah sebab bilik yang dia duduk tu kami buat solat. Tak sampai 2 minggu menyewa kami cabut burn saja deposit semua tu.

Pastu kita orang sewa rumah lain. Fast forward genap setahun kahwin baru aku mengandung. 1 hari kami balik kampung lalu LPT 2 (time ni baru buka).

Kita orang ada bawa balik kucing skali time ni. Selepas kita orang stop dekat satu RnR ni (waktu malam) kucing kita orang bising. Tapi kita orang ignore saja.

Balik tu aku mula mimpi pelik. Hari pertama aku mimpi ular besar kejar aku. Hari kedua aku bermimpi aku dengan suami pergi satu tempat pedalaman. Dalam mimpi tu kita orang sesat sebenarnya. Sampai kat jalan mati ada satu rumah usang.

Aku masuk dalam rumah tu. tak pasti ape aku cari. Tapi secara tiba-tiba ade seorang perempuan berbaju putih, rambut panjang berterbangan ala2 hantu maya karim tu dekat luar tingkap rumah usang tu. Dia minta sesuatu dengan aku. Nak tau minta ape?

Dia minta anak aku weyh. Aku berlari-lari dalam rumah tu cuba lari daripada hantu maya karim tu.

Sampai satu penjuru ada seorang perempuan tua pesan dekat aku pergi berubat. Pergi berubat. Pergi berubat jangan tunggu. Puffffhhh terus aku terjaga dari tidur sambil menangis.

Keesokan pagi baru aku cerita dekat suami aku. Suami aku call ustaz. Rupa-rupanya masa kami stop dekat RnR LPT tu, ada benda yang ikut.

No wonder la time kt RnR tu aku nampak suami aku dah keluar dari toilet tapi aku patah balik pergi toilet sebab lupa basuh muka. Elok aku keluar toilet lagi sekali suami aku pun keluar jugak. Tapi time tu aku just fikir yang suami aku pun sama patah balik basuh muka.

Kali kedua aku start mimpi pelik yang jadi petanda selepas satu bulan daripada peristiwa RnR tu. Yang ni aku mimpi buaya besar dan ular juga.

Yang ni pun sama ada jin yang menumpang rumah kita orang. Tapi dia tak buat kacau. Dia cuma nak menumpang. Tapi sah2 la aku minta tolong ustaz suruh jin tu pindah main tempat lain.

Gile ape nak duk rumah yang terang2 ko tau ade jin. Dah la time ni suami aku selalu ot malam2 cari duit lebih untuk keperluan baby. Huhu.

Aku tak nafikan jin ada dimana2 tapi hmm malas aku nak ulas panjang-panjang. Haha.

Sejak pada ni aku selalu bermimpi dalam mimpi. Aku jadi keliru apabila aku selalu mimpi dalam mimpi aku tu aku terkena sleep paralysis tu.

Dalam mimpi aku tu aku bermimpi pergi berubat. Sampai tahap aku dah tak boleh beza aku betul2 sleep paralysis atau aku bermimpi aku terkena sleep paralysis.

Bila termenung lama-lama baru aku sedar yang aku bermimpi aku tidur dan aku terkena sleep paralysis dan berubat ni dalam mimpi kepada mimpi aku tu. hmm faham ke korang ape aku cakap ni? Haha.

Mimpi dalam mimpi ok. Mimpi berubat dalam mimpi aku tu. Selalu bila terjaga aku pasang ruqyah saja la sebab blur tak tau nak buat ape dah. Haha.

Oh aku lupa nak cerita yang aku daripada kecik sampai Sekarang selalu deja vu daripada mimpi aku tu. Tempat atau peristiwa yang berlaku dalam mimpi aku selalu akan jadi nyata. Pada mulanya benda ni buat aku stress.

Tapi sekarang aku dah terbiasa so bila terjadi benda-benda yang aku dah mimpi aku gelak saja sebab aku dah lalui situasi tu dalam mimpi.

Ko bayangkan la part aku menyapu rumah mertua aku pastu mertua datang sembang pun deja vu weyh. Hahaha. Gilosss.

Sejak aku sekolah menengah, aku rasa ada dalam 4-8 kali aku pernah control mimpi aku. Yang ni aku tak tau nak explain macam mana tapi bila aku bermimpi, aku boleh pilih nak apa nak buat apa dalam mimpi aku tu.

Aku tau mimpi ni mainan tidur tapi aku just cerita saja apa yang aku alami. Nak caya caya tak nak sudah.

Yang terbaru aku mimpi ular lagi. 2 hari berturut2 aku mimpi ada ular masuk dalam rumah aku kejar aku.

Bila dah 2 hari berturut-turut aku mula rasa macam ada sesuatu yang tak kena tapi aku diam saja. Tapi sejak hari kedua aku mimpi tu, anak aku yang baby tetiba mengamuk malam-malam.

Dia taknak menyusu dengan aku. Anak aku jenis yang sangat susah nak menangis tapi sejak mimpi aku tu, anak aku mengamuk bila dengan aku malam malam.

Aku ingatkan dia sakit mulut nak tumbuh gigi tapi aku pelik kenapa makan minum semua ok tapi menyusu dengan aku dia tak nak.

Selepas 3 hari aku dah tak tahan anak aku mengamuk sepanjang malam. Dia mintak susu dengan aku tapi bila bagi dia tutup mulut.

Rupa-rupanya ada orang hantar sesuatu dekat family aku. Sebab tak berpuas hati dengan family aku. Sampainya hati ko manusia sakitkan anak aku dengan benda benda syirik tu.

Sambungan kisah benda syirik ni nanti kalau ade permintaan aku sambung lah. Tak larat dah taip. Doakan aku sekeluarga dilindungi Allah daripada perbuatan syirik kurafat manusia.

Aku bersyukur dengan petanda yang Allah bagi dalam tidur aku. Tapi tulah. Korang boleh bagitau tak ape masalah aku dengan mimpi dalam mimpi aku tu. Buntu betul. Haha. Bye..

– Kumi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *