Anak Demam? 6 Perkara Ibu Bapa Kena Ambil Tahu

Hai hampa. Kami Liyana. Hari ni kami nak share dengan hampa ilmu yang sangat penting dan berguna terutamanya bagi yang baru bergelar ibu dan ayah.

Anak demam. Hampir semua ibu bapa pernah alami situasi macam ni kan? Dan untuk ibu bapa yang baru ada anak pertama, kadang-kadang akan cuak, risau dan tak tau nak buat apa bila anak demam.

Haa meh kami share. Ada beberapa perkara yang ibu bapa kena amik tau sebelum ke klinik untuk dapatkan rawatan lanjut.

1. PERIKSA SUHU BADAN ANAK (kalau ada thermometer kat rumah lagi bagus).

a. Suhu badan normal: bawah 37.5 degree.

b. Demam biasa (low grade fever): 37.5 ke 37.9 degree.

c. Demam tinggi (high grade fever) : 38 degree dan ke atas.

*Suhu bagi bayi sedikit berbeza dengan suhu kanak-kanak dan orang dewasa na*

2. PANTAU MAKAN DAN MINUM ANAK.

Kalau anak tak ada selera makan langsung sampai anak nampak lemah, cepat-cepat la mai klinik. Kanak-kanak terutamanya bayi sangat la mudah dehidrasi ( kekurangan air dalam badan).

Kalau makan minum masih okay dan kanak-kanak masih aktif macam biasa, boleh bagi ubat demam dulu dan pantau keadaan anak dirumah. Pastikan anak-anak diberi minuman/susu yang cukup na.

3. KURANG BUANG AIR BESAR ATAU KENCING.

Ini mungkin berpunca daripada anak kurang makan dan minum jugak (dehidrasi).

Tanda-tanda anak dehidrasi ;

-mata jadi cengkung (sunken eyes).

-mulut/lidah kering dan bibir pecah.

-ubun-ubun kepala (fontanelle) rasa cengkung bagi bayi.

-menangis tapi tak ada air mata.

-letih dan tak bermaya (tak aktif).

-tangan dan kaki rasa sejuk.

4. DEMAM TINGGI LEBIH DARIPADA 3 HARI.

Ibu bapa kena mai dapatkan rawatan di klinik bagi pemeriksaan lanjut sekiranya demam tak jugak lega lepas makan ubat beberapa hari.

Ujian darah mungkin jugak dilakukan untuk tengok sama ada terdapat jangkitan virus atau bakteria.

5. RUAM-RUAM DI BADAN.

Kalau anak tiba-tiba ada ruam-ruam (rashes) dimana-mana kawasan di badan, dapatkan pemeriksaan di klinik berdekatan.

Ruam- ruam mungkin menandakan anak menghidap penyakit seperti denggi, measles (demam campak), chicken pox (cacar air) dan sebagainya.

Doktor akan bagi lotion (calamine lotion) untuk kurangkan rasa gatal dan ruam-ruam dibadan.

6. TERUS KE EMERGENCY HOSPITAL sekiranya anak demam bersama-sama TANDA-TANDA AMARAN SESAK NAFAS seperti:

A. Nafas berbunyi kuat dan laju. Macam mana nak tau nafas tu laju? Kita kena kira BERAPA PERGERAKKAN DADA ketika bernafas dalam masa SEMINIT untuk tau KADAR pernafasan bayi/kanak-kanak tersebut.

Kadar pernafasan NORMAL mengikut usia:

-bawah 2 bulan : < 60 kali dada bergerak per minit.

-2 bulan hingga 1 tahun: <50 kali dada bergerak per minit.

-1 tahun hingga 5tahun: <40 kali dada bergerak per minit.

B. Bahagian tepi dada dan tulung rusuk kelihatan tenggelam timbul (chest recession). Tu jugak adalah tanda baby/kanak-kanak mungkin dalam keadaan respiratory distress.

C. Lubang hidung terbuka lebih besar ketika bernafas (nasal flaring).

Secara ringkasnya, apa yang boleh ibu bapa lakukan dirumah kalau anak demam:

1. Bagi anak syrup paracetamol dulu (dose mengikut berat) setiap 6-8 jam.

2. Pantau suhu badan setiap beberapa jam.

3. Demah badan dengan kerap atau mandikan anak dengan air suam/air paip untuk turunkan suhu (jangan guna air sejuk/ais pulak).

4. Suhu badan lebih daripada 38 degree dan ke atas, terus pi klinik untuk dapatkan supp paracetamol (ubat demam yang dimasukkan ke dalam dubur) bagi mengelakkan sawan (fit). Jarak antara pemberian supp paracetamol dan syrup paracetamol mestilah diantara 4-6 jam.

Boleh jugak simpan di rumah sebagai spare kalau anak memang selalu demam tinggi atau susah minum syrup paracetamol.

5. Pantau makan minum dan jugak tanda-tanda amaran yang dah dinyatakan kat atas (tanda dehidrasi dan sesak nafas).

Apa pulak yang doktor akan check kat klinik apabila anak demam?

Secara amnya, doktor akan periksa beberapa bahagian penting untuk nak tau punca demam tu daripada mana.

1. Tonsil- tonsil bengkak dan merah mungkin berpunca daripada penyakit tonsillitis yang sangat kerap berlaku kepada kanak-kanak.

Doktor akan bagi antibiotik (eg syrup amoxicillin) selama 5-10 hari bergantung kepada tahap teruk (severity) dan perlu dihabiskan mengikut masa yang ditetapkan.

2. Paru-paru (lung) : sangat penting bagi mengetahui sekiranya anak mempunyai masalah paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru (pneumonia), acute bronchitis, etc.

Chest x ray (x-ray dada) mungkin dilakukan untuk mengetahui diagnosis tu dengan lebih tepat.

3. Ujian darah Full Blood Count (FBC) -dibuat kalau demam berpanjangan atau demam tak sembuh -sembuh dengan ubat.

Test ni jugak untuk tengok jumlah darah putih (white cell count) yang menandakan terdapatnya jangkitan virus/bakteria atau punca-punca yang lain.

Jika nilai darah putih terlalu tinggi anak perlu dimasukkan ke hospital dengan segera.

Sekiranya paru-paru tiada masalah (bunyi clear), tonsil tidak bengkak, selera makan okay, kanak-kanak aktif, dan tiada tanda dehidrasi atau sesak nafas, doktor akan discharged dengan ubat demam dulu.

Pantau dahulu dirumah dan bagi ubat mengikut preskripsi yang telah ditetapkan. kalau demam tak jugak sembuh dan terdapat tanda-tanda amaran, cepat-cepat la jumpa doktor semula.

Demam merupakan salah satu punca UTAMA kemasukan kanak-kanak ke wad. Jadi ibu bapa perlu sentiasa cakna daripada pelbagai segi berkaitan keadaan anak ketika demam.Semoga bermanfaat untuk kita semua.

Sharing is not just caring but educating.

– Liyana Konkon (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *