Aku miskin

Hari tu ternampak post pasal student uia pengsan pasal tak makan and masuk paper tu. Ni aku nak cerita la kemiskinan aku. Aku bukan nak minta simpati. aku just nak orang lain tahu je sebenarnye ramai orang yang susah disekeliling kita tanpa kita sedar.
.
Aku da grad tahun lepas.
.
Aku start hidup susah sebenarnya sejak zaman aku sekolah lagi. Start bila bapaku dideclare bankrupt and rumah dilelong. kami hidup nomad sejak dari tu. bapaku unemployed untuk beberapa kalinya. try buat business nasi lemak kecil-kecilan untuk hidup pun tak menjadi. dihalau tuan rumah sebab tak mampu bayar sewa. kereta kena tarik. kemudian jadi guard untuk beberapa tahun. korang tahu la gaji guard masa tu berapa je. bayar duit sewa rumah, bayar bil lektrik, air semua..yang tinggal berapa je untuk peruntukan barang dapur. bapaku kerja guard siang malam sebab nak cari duit lebih. bayangkan bila je waktu dia bersama keluarga? dengan terpaksa risiko kan nyawa bagai. itu pun pendapatan selalu tak cukup. Hidup kami still selalu ikat perut. adik beradik pula ramai. ibu pula tak kerja. yuran sekolah tak pernah bayar. buku sekolah semua uncle aku tolong belikan. aku malu sebab ayahtak mampu. kat sekolah selalu ada peruntukan pemberian duit raya untuk pelajar miskin dan yatim piatu. Masa tu kawan2 aku tak tahu aku ni susah. yang tahu cuma cikgu2 je. bila masa first time nama aku tersenarai dalam list penerima duit tu, kawan2 aku macam pelik. sebab diorang tahu aku bukan yatim piatu, so diorang dah dapat tangkap yang aku ni orang miskin. sejak tu,diorang rasa kesian kat aku. korang tahu tak rasa benci bila orang tengok kita dengan penuh rasa kesian? aku tak suka. dan aku malu.ia buat aku lebih rasa low self-esteem. aku pun pertikaikan kenapa perlu beri duit raya tu secara terbuka di perhimpunan. aku rasa macam maruah tercalar. sejak dari tu, aku tak nak orang tahu aku ni miskin.
.
Aku masuk CFS masa tahun 2010 di Nilai. waktu tu aku tak semangat nak masuk U sebab stress dengan kemiskinan. Tapi aku tabah kan juga sebab ibubapa aku nak tengok aku berjaya. aku malu dengan uncle aku sebab dia yang tolong bayarkan yuran kemasukan aku dan sebagainya masa nak masuk CFS. Dalam setahun setengah aku kat nilai tu ada kadang2 juga uncle aku tanya perlukan duit atau tak, tapi aku malu nak minta so aku bagi alasan yang duit elaun asasi masih ada. Tapi in fact, duit tu tiap sem aku bagi kat keluarga aku. Kawan2 aku tak pernah tahu aku hidup susah even dormmate aku. aku tiap minggu balik rumah sebab ayah aku tak nak aku duduk di nilai tu tanpa duit. ayah seboleh2 cari duit suruh aku balik. kalau kat rumah at least dapat makan nasi putih dengan kicap pun da ok. sebab bila kat uia, duit belanja aku sikitnye tak terkata. RM10 or RM 20 je seminggu. kalau ayah ada lebih sikit dia bagi la rm 50 seminggu. and kadang2 tak ada langsung. kadang2 aku mengalah sebab ayah kena bagi duit kat abang and kakak aku juga yang sambung belajar di tengah bandar KL yang kos sara hidupnya lebih tinggi. aku mengalah sebab aku tahu kakak abang aku lagi susah kat sana. dan perbelanjaan bukan setakat duit makan, nak beli buku lagi. fotostat note la bagai. memang tak cukup. aku selalu tak makan kat sana. tapi aku tak pernah pengsan, maybe sebab aku sekeluarga da biasa ikat perut. kawan2 selalu ingat aku malas nak ke cafe and sebab aku diet. tp aku taknak bagitahu diorang yang aku tak ada duit.
.
Then tahun 2012, aku masuk degree di UIA gombak. masa ni masih susah. dan sebab nak ubah hidup keluarga, ayah aku berhenti drp jd guard. aku apply zakat untuk tampung yuran aku, alhamdulillah. kawan2 tak tahu. semua orang ingat aku ni self-sponsored. dan aku juga dapat sikit duit elaun dr zakat. tapi macam biasa elaun tu aku bagi kat family sebab kitorg masih lagi selalu ikat perut. duit elaun tu juga aku kumpul untuk beli laptop. Hidup aku sangat bosan. aku tak pernah join kawan2 hangout ke apa sebab aku tak ada duit. kawan2 selalu cakap aku pemalas la bagai sebab asyik duduk bilik. tapi diorang tak tahu hakikat sebenarnya. and sebab kan low self-esteem, aku tak berani join apa2 aktivity kat uia.
.
Sepanjang aku belajar kat gombak, kawan2 ingat aku orang senang. aku berusaha hide identity aku. Tapi aku taknak la sampai orang ingat aku orang kaya. aku kadang gurau kat kawan cakap aku miskin tak ada duit untuk itu ini. Kawan aku tak pernah percaya sebab ingat gurauan aku tu tak betul. Aku tahu, sekesian2 orang pun susah untuk mereka faham kalau mereka tak pernah rasa hidup miskin. macam kawan baik aku katanya dia tak pernah hidup miskin dan tak pernah hidup senang. pokoknya, kehidupan dia sederhana je. tapi dalam kesederhanaan tu dia tak faham kesusahan aku. kalau dia ajak aku hangout, aku selalu bagi alasan tak ada duit. tapi dia kata bukan nak belanja apa pun. window shopping je. yang kena bayar cuma duit transport. tapi tahu tak korang even nak naik ktm ke apa aku masih berkira pasal duit aku tak cukup. kawan aku ingat aku malas and sengaja kedekut nak spend duit. disebabkan ni juga, susah untuk aku get along dengan orang. sebab orang ingat aku ada dunia sendiri yang aku taknak orang kacau. in fact, aku nak juga ada hiburan apa semua. cuma aku tak mampu. dan aku rasa bersalah kat family kalau aku keluar berseronok padahal family susah nak rasa itu semua. even masa convo tahun lepas tu aku plan tak nak pergi. sebab aku tanak susah kan ibu ayah tapi ayah aku berusaha juga buat aku pergi. ayah hutang orang semata untuk sewa kereta untuk hadir hari convocation tu. masa hari convo aku tak spend masa dengan kawan2 langsung. aku spend masa dengan ibu and ayah aku je. sampai sekarang aku rasa bersalah. tapi kawan2 aku ramai merajuk sebab aku tak jumpa diorang. pada aku, diorang tak jaga periuk nasi aku jadi aku tak kisah apa orang nak cakap. family aku adalah segalanya bagi aku.
.
sekarang, aku tak tahu nak balas jasa ibu ayah macam mana. kakak aku dah kahwin. abang aku berhijrah untuk berdikari. aku pula masih lagi mencari kerja. aku ada attend interview beberapa kali tapi tak pernah lepas. academic aku okay. tapi aku rasa aku tak ada interpersonal skill. aku tak ada communication skill. aku sangat low self-esteem. aku selalu tak dapat jawab dengan betul masa interview. siyesly, aku rasa bodoh sangat. pernah sekali je aku dapat kerja. Kerja tu dalam bandar rumah aku je. cuma nya perlukan transport untuk ke sana sebab tempat kerja tu tak sedia kan any transportation. family aku tak ada transport langsung. aku perlu ke sana dengan taxi. bus memang tak ada. kalau ada pon still kena naik taxi untuk ke stesen bus or otherwise. dan bila aku bincang2 dengan ayah dan kira2 kos transport ke tempat kerja, kitorg tak mampu even nak bayar transport ke tempat aku kerja untuk seminggu. ayah pun macam bimbang psl keselamatan kalau tiap kali aku kena naik taxi. jadi, aku terpaksa tolak kerja tu disebabkan masalah yang bodoh macam ni. adik2 aku masih sekolah. aku nak sangat jadi anak yang boleh tolong ibu ayah tampung kehidupan kami.. aku bingung sekarang. cari kerja susah dapat. da dapat, tolak pulak. aku tak tahu penyelesaiannya..

– sistercubatabah

CREATE A POST

One comment

  1. As salam, amalkan solat dhuha tiap pagi.. n baca surah al waqiah pagi n petang .. cuba istiqmah.. ☺

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *