Aku nafikan. Aku pertahankan.
Aku wanita.
Dulu, aku jahil. Jahil dari macam2 aspek. Solat aku tinggalkan. Aurat aku dedahkan. Manusia kutuk aku. Tapi aku tak pernah kisah. Pedulikan kata mereka. Ini aku. Biar aku menjadi apa yang aku mahu. Dosa aku. Aku yang tanggung. Mereka siapa nak sibuk? Jahil kann? Tipu kalau aku kata semua ini bukan dosa. Aku tahu. Aku belajar. Tapi aku nafikan. Aku pertahankan jahil ini.
Sampai satu hari, Allah hantar manusia terpilih untuk sedarkan aku. Manusia yang aku gelar sahabat. Dia wanita yang tarbiahkan diri ini. Dia tidak ajar aku perkara itu ini dosa. Sebab dia tahu aku sudah pelajari semua ilmu itu. Tapi dia sentuh hati aku dengan perlakuan dia. Dia tunjukkan apa yang sepatutnya aku lakukan. Bukan sekadar nasihat berpanjangan. Bila dia nak solat, dia ajak aku dengan lembut. Dia tak kutuk aku tak solat tapi dia ajak aku solat sekali. Jujur, dalam hati malas tapi dia kata solatlah sekejap. Sekejap saja. Tak tahu kenapa dia berjaya pujuk hati aku. Aku pun tunaikan solat. Namun,keikhlasan solat masih jauh. Tapi aku tetap tunaikan solat. Semakin hari, aku mula sedar mula yang aku mula rasa malu pada dia. Hanya rasa malu pada manusia. Sebab itu aku takut tinggalkan solat. Takut dengan tanggapan dia. Lama kelamaan, aku tak sedar keikhlasan itu wujud sikit demi sikit. Tanpa ajakan, aku mula melangkah sendiri ke tikar sejadah. Aku mula rasa malu. Bukan malu terhadap dia lagi tapi kali ni malu terhadap Allah. Aku rasainya ketika aku berani mengangkat tangan memohon keampunanNya. Air mata mengalir. Aku mulai terkenangkan dosa2 lama. Di tikar sejadah itu aku menangis sepuas puasnya. puasnya Hati berkata, biarlah aku tenggelam dalam bilik yang banjir dengan air mata ini asalkan aku sempat memohon keampunanNya.
Ternyata Allah hadirkan wanita itu sebagai hidayah. Dan aku juga sedar banyak sangat hidayah yang Allah dah bagi.
Hidayah solat? Allah perdengarkan aku azan berkumandang.
Tutup aurat? Allah kurniakan sahabat yang tutup aurat.
Itu semua hidayah. Cuma pandangan dan hati aku yang buta.
Dalam diam, hati bersuara.
Mengapa aku tidak boleh berubah.
Ini semua kerana…
Aku yang nafikan.
Aku yang pertahankan dosa.
Alhamdulillah.
Aku temui jalan bercahaya itu.
Aku bersyukur.
Kerana perlakuan indah seorang manusia, hati aku luluh dengan sendirinya.
Wanita itu sahabat aku.
Sahabat yang tidak pernah mengutuk kekurangan aku sebaliknya berusaha keras memimpin aku ke jalan yang diredhainya.
Kerana itu aku sayang dia.
Dia ingatkan aku tentang Allah.
Sayangnya seorang sahabat kerana Allah akhirnya aku rasakan.
Dan itu amat indah sahabat.
" Sahabat yang baik adalah sahabat yang mengingatkan kita tentang Allah "
Terima kasih Allah kurniakan sahabat seperti dia.
– D