Aku Nak Berubah

Assalamualaikum semua. Kalau confession ni di’approve’ terima kasih ye admin!

Pertama sekali, aku nak perkenalkan diri aku, aku perempuan, student 4th year, kos rahsia, U rahsia, dan aku seorang yang suka memerhati orang dan keadaan di sekeliling aku. Bukan untuk judge, tapi untuk aku berfikir dan ambil pengajaran.

Aku ni berasal dari keluarga yang kecil, anak sulung, family aku biasa-biasa je. Dari segi solat, puasa, tu semua, alhamdulillah keluarga aku menjaga semua tu. Kalau pasal aurat dan pemakaian, aku tutup aurat, means tudung tutup dada, cuma tak labuh, paling besar pun tudung aku bidang 50 (besar sikit je dari 45 sebab nak tutup dada kasi secure sikit huhu) baju pun selalunya akan melepasi paras punggung. Seluar pulak, aku ni kurus, sangat kurus, pinggang macam size budak sekolah rendah. Hahah betul tak tipu ni serious. Sampaikan jeans aku selalu pakai slim cut, tak ketat macam skinny jeans, sebab jeans cutting macamtu tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil untuk aku. Kalau jeans cutting straight nanti aku susah nak jalan. Palazo ke apa lagilah susah nak jalan sebab aku terlampau kurus nanti asyik terpeleot je kain seluar tersekat celah kaki sebab banyak ruang kaki kocikkk kurus hahahahaha.

Okay so ceritanya aku ni budak yang biasa-biasa je. Kan? Biasa je kan macam paragraph atas tu? So aku pun ada pengalaman jumpa dengan orang yang bertudung labuh, dua dua jenis aku dah jumpa. Yang baik dan yang hipokrit. Yang hipokrit adalah mereka yang pernah kutuk-kutuk aku, pasal pakaian aku, sedangkan mereka kenal aku jenis yang terbuka kalau bab teguran, boleh je nak slow talk dengan aku tapi instead of tegur aku dengan cara yang betul tu, diorang kutuk aku dekat twitter. Macam mana aku tahu tu pasal aku? Sebab masa dia tweet tu semua I was there, at that moment. Geram? Sakit hati? MEstilahhhh. Siapa tak sakit hati……almost semua kawan-kawan kitorang yang baca tahu tu pasal aku..yang sedihnya aku hampir hilang kawan sebab diburuk-burukkan oleh dia. Yela orang lain semua percayakan dia tanpa tanya cerita sebenar dekat aku.

Tapi aku tak nak fokus pada orang yang macamtu. Biar aku jelah tahu perangai teruk apa yang diorang buat. Aku nak cerita pasal pengalaman aku jumpa mereka yang bertudung labuh tapi baik, heeee. Aku ni bukan jenis cepat judge or percaya orang. So setiap kali aku kenal someone, tudung labuh ke tak ke, aku akan cuba untuk kenal diorang dulu. Sampailah aku tahu diorang jenis yang macam mana. Kisahnya aku mula berkenalan dengan sorang sis ni, tudung labuh, dia jadi roommate aku. Aku tak pernah roommate dengan orang tudung labuh.

Takut? Takut jugaklah masa tu. Bukan takut apa, takut dia tak berkenan dengan aku sebab aku biasa-biasa je. Pakaian tutup aurat sebab aku ikut syarat berpakaian yang sepatutnya je. Awal-awal aku sebilik dengan dia, ada ramai jugak yang cerita benda tak elok pasal dia. Tapi aku tak percaya, aku dengar je. Sebab aku bukan jenis terus percaya mulut orang. Aku nak tengok betul ke dia macamtu.

1st time duduk sebilik agak awkward la. Dia macam pendiam. Tapi aku suka tengok dia, pembersih. Barang-barang dia teratur je kalau kat bilik. Pakaian dia sangat terjaga even kalau pergi kafe pun dia tak pernah lupa handsocks dengan sarung kaki dia. Aku pulak kadang-kadang macam malas sikit nak sarung kaki, aku pakai kasut crocs aku tu je kaki tak tutup walaupun sedar kadang-kadang mestilah ada ternampak sikit kaki aku huhuhu.

Dah sebulan macamtu, baru aku start banyak cakap dgn dia. Dia kelakar juga orangnya. Pandai je bergurau. Cuma dia takkan gelak lebih lebih macam aku, kira masih menjaga adab kalau bergurau senda, aku pulak kalau borak gelak nak terkeluar anak tekak sebab aku memang jenis riuh kalau dalam bilik. Huhuh. Pasal solat pulak, aku ni kadang-kadang mudah terleka, contoh kalau leka buat kerja kat laptop, tengok movie ke, aku senang terleka dalam dunia aku sampai kadang-kadang terlewat solat macam setengah jam camtu daripada lepas azan. Tapi sejak sebilik dengan dia, dia tak pernah pun tegur aku tapi kalau 5 minit before azan je dia dah ready dengan sejadah dia, so bila aku tengah leka dengan laptop, nampak dia lalu nak pergi ambil wudhuk, aku automatik ikut dia sekali pergi siap-siap solat.

Dia macam, tak tegur aku guna mulut pun tapi dia tarik aku ikut dia solat awal waktu dengan ‘action’ dia. Ada banyak benda sebenarnya yang dia buat, lama-lama aku ikut. Macam bangun subuh awal, lepas subuh tak terus tidur, mengaji dulu (walaupun takde la aku berjaya kadang-kadang nak ikut dia berjaga lepas subuh. kadang-kadang aku lentok gak tertidur kat sejadah hahahahaha) dia pun tak pernah merungut or membebel kalau marah, kalau dia bad mood, dia just diam, and dia akan spend more time mengaji lepas solat, lebih lama daripada biasa. Sumpah aku adore dia aaaaaaaaaa.

Tapi lepas ni aku dah tak sama bilik dengan dia. Dia dah grad dah pun. Dia takde lah seteruk macam orang lain cerita. Huhu. Apa yang aku risaukan bukan pasal roommate baru nanti. Tapi aku risau kalau-kalau aku balik semula pada diri aku yang lama bila sis tu dah tak tinggal dengan aku. Aku tak tahulah kenapa tapi Allah macam bagi peluang aku jumpa orang macam dia, untuk aku berubah jadi lebih baik.

Aku pun nak berubah jadi baik, lebih baik dari sekarang sebab aku sedar, umur aku dah 23 weh. Cukup tua dah tu patutnya kalau still nak lengah-lengahkan solat tu semua. Tapi aku kenal sangat dah dengan diri aku, selalu je macam ada turun naik sikit perangai baik tu. Kejap nanti macam sis tu, solat awal semua, kejap nanti jadi macam diri aku yang dulu, lambat solat semua. Entahlah sedih jugak bila fikir. Doakan aku ye, aku serious sangat nak jadi lebih baik dari sekarang tapi kadang-kadang aku tewas jugak. And aku takut kalau tiba tiba nanti aku diuji lagi dengan jenis hipokrit dan judgemental yang judge aku itu ini sampai akhirnya nanti aku jadi balik diri aku yang teruk sebab dulu aku pernah jadi lebih teruk daripada sekarang sebab aku macam give up nak berubah sebab orang asyik judge aku mengata aku padahal aku tak pernah usik diorang pun.

Ayat-ayat macam “Eh sejak bila kau pandai pakai tudung labuh ni?” etc tu semua dah cukup buat aku rasa macam aku ni tak layak ke nak pakai macamtu walaupun aku setakat ni tak pernah lagi orang mengata pasal perangai aku, orang selalu mengata pakaian aku tu…………………hmmmmmmmmm

– Observer

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit