Perkongsian Pengalaman

Salam ni just nak cite skit la pengalaman dan pandangan aku untuk program- program di salah satu universiti tempatan ni. Aku agak biasa- biasa jer cume pernah la pegang jawatan mainboard untuk beberapa organisasi dan pernah jadi mainboard untuk beberapa program. Kalau senaraikan susah pulak tapi boleh la baca sikit coretan aku yang tak seberapa ni.

Ni cuma perkongsian beberapa perkara yang aku pernah hadapi, mungkin korang pon pernah hadapi, yang aku rasa perlu untuk dibetulkan bersama.

1.Menghantar Wakil ‘Last Minute’

Kalau kite lihat banyak program di bawah kendalian pihak uni perlu menghantar wakil. Kenapa perlu menaikkan isu ini?

Sebab yang paling utama adalah susah hendak mencari orang yang available pada waktu yang ditetapkn. Kalau nak buat program tu sekurang- kurangnya bagi tahu awal-awal paling kurang 1 bulan sebelom program, lagi bagus kalau dari awal sem kita sudah dimaklumkan dengan program- program yang akan dijalankan, takde la waktu nak program baru nak bagi tahu & memaksa pulak untuk menghantar wakil.

2.Memaksa melakukan program

Isu seterusnya apabila pihak uni semacam memaksa pelajar- pelajar melakukan program mereka. Saya tak perlu nak bagi tahu program mana tapi kenapa perlu memaksa untuk buat program yang tidak dipersetujui oleh ramai penggerak program itu sendiri. Dari segi kewajaran program tersebut pun sudah diragui samaada memang untuk pelajar atau hanya untuk mengampu orang atasan. Tidak diambil kira tentang pembaziran yang dilakukan sewaktu program lagi, sudah lah menggunakan duit pelajar dengan banyak membazir pulak tu, fikir- fikirkan

3.Birokrasi yang menyusahkan

Seterusnya bab birokrasi yang menyusah, melecehkan, lambat dan kurang effisien. Kadang-kadang hanya untuk menungu approval letter dah memakan masa berbulan-bulan lepas tu dah dekat tarikh program nak hantar dekat finance untuk advancement pastu tak dapat sebab dah kurang dari 2 minggu. Ni belum lagi borang-borang dan proposal yang perlu disign, kadang- kadang sampai dua tiga kali nk kene jumpe advisor tu kalau borang tak lengkap, bukan advisor dan principle tu free jer sepanjang masa dan pelajar pon ade juga perkara nak diselesaikan. Kenapa tak wujudkan satu one stop centre untuk semua perkara ni. Dekat situ boleh la letak cop sign advisor-advisor, lantik sorang yang betul- betul pakar letak kat situ. Sistem pon mungkin boleh diubah supaya mesra pelajar. Boleh difikirkan bersama.

4.Pembaziran

Pembaziran ni aku nak fokuskan untuk program- program terutama bab makan- makan. Mungkin memang lumrah dan tabiat bila ada program jer nak but appreciation dinner la, hi tea la. Yang masuk program tu kan semua dah dapat sijil, waktu program tu makanan dah free kadang- kadang dapat baju lagi. Tu tak cukup appreciate lagi ke? Dah appreciate lepas tu makanan tu pulak dibazirkan, kadang- kadang memang terlampau banyak makanan yang tidak dihabiskan, baik kita bagi kepada orang yang lebih memerlukan. Patutla Malaysia antara negara yang ramai orang yang obesiti.. Emmmm

Ni antara benda yang aku boleh share dan sebenarnya banyak lagi mengikut pengalaman masing- masing. Harap semua boleh amik iktibar dan cari solusi dan cara terbaik untuk selesaikan perkara- perkara ini.

– Jawatan untuk orang atasan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit