Aku nak say tq so much kat sis ritu yg share pasal kes dia ade pendamping yg berpunca dari solat lambat tu. Jazakillahhukhairan jazaa' sistur.
.
Aku terkesima terpana sgt sebab aku lah manusia yg pemalas and melengah2kan waktu solat tu. Suke melambat2kan solat. Allahh berdosanya aku. Dh la solat lambat pastu tak khusyuk. Jahatnya aku.
.
Dan aku memang seorang pemarah, cepat panas baran, tak tahan sabar. Nasib baik aku tak kawen lagi. Kalau tak, mesti dah menjanda je aku ni. Laki mane nak tahan hidup dgn pempuan mcm aku.
.
And aku penah jugak ada masa nak build up balik..nak teruskan istiqamah dengan amalan2 sunat yg aku pernah tinggalkan, tapi lain pulak yg jadi. Satu mlm tu aku bertahajud punya fefeeling nak taubat nak berubah…tetiba meremang bulu roma sesak jantung rase seolah2 ada entiti lain mcm tenaga lain nk masuk lam badan aku. Dok menerjah2 ke dada. Mcm aliran letrik pon ada. Rasa mcm nk menjerit rasa mcm nak jd org lain dah. Lawannn jugak baca ayat qursiy aku lari p kat katil peluk adik aku yg tengah tidur. Dh ok sikit.
.
Masa dekat uia pon jadi jugak. Masa aku nyesal nak berubah ponn kena tindih tetiap mlm. Kena tindih tu tah la ade org kate dr saikologi nye darah tak berjalan. Tapi..sblm nk jadi tu mesti akan dgr bunyi guli jatuh kat lantai..pastu dengar mcm loceng bisingg bingittt sangat telinga..pastu mai la benda tu dlm bentuk lembaga hitam.
.
Banyak kali jugak aku rase mcm kene dgn lembaga hitam tu, paksa cium mulut, kena raba breast and kene tusuk sst benda tajam pd private part. Iskk. Rase mcm kene rogol pon ade. Lepas berjaya lawan terjaga and meremang bulu roma. Nangis teruss sbb rase mcm dh tk suci je sbb mimpi mcmtu.
.
Aku risau jugak..aku ade cakap2 dengan tunang tk berterus terang sgt..tp dia tak caye dia gelak2 je dye cakap mungkin mainan tidur. Ok tkpe la macam tu. Risauu jugak aku takot2 jin lahanatt memana sesaje nk ngacau aku ke. Aku dh la sblm ni berbelas2 org lelaki aku kenal untuk tujuan kawen, smuaa tak menjadi, n penah putus tunang jgk. Alhamdulillah kali kedua tunang nampak mcm ok je bertahan lama ja setakat ni.
.
Sekarang ni aku dh dpt kesedaran nk ubah diri aku. Nak belajar solat awal waktu and biasakan diri dengan amalan sunat. Doakan aku, dan kita semua semoga kuat and cekall menempuh macam2 ujian akhir zaman ini. T_T
– supiah (bukan nama betoi)
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
Seram cerita awak ni. Moga diberi kekuatan ye hadapi semua. Semoga Allah permudahkan.
Lah. Ingatkan nama betoi da tadi. Bru nk mintak pm ikat tepi..
Aihh…takutnye!