Pertama sekali, thanks admin approve confession aku.
Aku depress sangat2 sekarang ni. Aku baru lepas putus cinta yang mana pasangan aku bagi aku harapan tinggi untuk kawin dengan aku tapi at the end dia pergi tinggalkan aku. Dia letak semua salah tu dekat aku. Aku dah macam orang gila tiap2 hari nangis sebab dia. Tak habis masalah ni, tambah lagi masalah lain. Parents aku pula nak bercerai. Kau bayangkan aku kena handle both difficult things dalam satu masa.
Aku rasa kepala aku nak pecah gila2. Aku dah tak tahan. Aku dah tak boleh pikir. KAu tahu perit kena tinggal tanpa sebab yang munasabah. Kau yang selalu dipersalahkan. KAu lah kononnya punca kepada perpisahan hubungan kau tu.
Aku sayang mak ayah aku. AKu ingatkan selama ni diorang bahagia bersama. Rupanya tidak. Akhirnya terlepas juga perkataan tu dari mulut parents aku. Aku tahu dari diorang sendiri. KAu bayangkan aku baru kena tinggal buta2 dengan pasangan aku tu, dapat pula berita macam ni. Aku rasa dunia aku dah tunggang terbalik.
Aku dh rasa taknak hidup. TErlalu banyak masalah.
Tolong aku. Aku rasa dah takde guna aku hidup. Aku tension! Aku stress!
– no name
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Haip.. dik.. sebenarnya kan ramai lagi ade masalah lebih serius.. stakat dipermainkan hati tu memang ramai.. itu cetan kecil dik..
Chill dulu.. arini dia buat kat kita, tunggu Allah balas je. Sabar yer dik
Don’t know about you, but the writer hints that her/his parents are just getting divorced.
It’s a hint though, so it might be wrong.
Face dgn 2 perkara tu sekaligus mmg tak mudah. Tp awk kuat kerana masih mampu bertahan. Segera dptkan rawatan di klinik berdekatan ye dik. Risau depression memakan diri.
Ambil peluang ini utk lbh dkt kan diri dgn Allah, terutama skrg bulan Ramadan. Manfaatkan setiap detik. Bykkan mengadu dan berdoa pada Allah.
Make sure sentiasa dktkan diri dgn kwn yg memahami, dan luahkan perasaan pada dia. Usah pendam ye.
Siapa yg condemned confessor sbb nak bunuh diri nanti hakak pang kang.
Fi amanillah..
Jgnla suicide…..pwese… Bykkan bersabar
Pelik betul orang zaman sekarang ni. siapa suruh bercinta kalau dah tahu banyak keburukan disebabkan hubungan yang tidak halal. dah putus meroyan bagai.
Takde org suruh pon, Kita manusia biasa. Perasaan kekadang xterkawal gak. Sblum no dia pun rancang nk kawin. Tak duduk tempat dia boleh la ckap macam2. Tak kna lagi. Sedangkan org yg nmpak alim slama ni boleh kecundang.
ini lah masalahnya, lebih pertahan fitrah daripada kawal nafsu. sebab tu zina bersepah
Sabar banyak2. Putus cinta semua orang pernah alami. Parents nak bercerai pun ramai yg alami. Skrgni, fikirka kehidupan awak pula. Jangan disebabkan orang lain kehidupan awak hancur. Awak boleh teruskan kehidupan dengan mencari kawan2 yang boleh menyokong dan sentiasa menasihati awak. Jangan sia2kan kehidupan awak. At the same time, jaga hubungan dengan Allah.
Saat kamu ditimpa musibah,
teruslah tersenyum,
kerana itulah petanda Allah ingat padamu.
Saat kamu difitnah, teruslah tersenyum,
kerana Allah telah memilihmu untuk merasa sedikit apa yang pernah dilalui oleh Rasulullah. Dan ketahuilah, Rasulullah itu difitnah lebih teruk daripadamu.
Saat kamu putus asa, bangunlah. Kerana sudah pasti Rasulullah akan sedih bila melihat umat baginda berputus asa.
Saat kamu menyayangi, berpadalah. Kerana bimbang cinta itu merosakkan cinta kamu pada Allah dan Rasulullah.
Saat kamu gembira, jangan lupa kepada Allah. Kerana sesungguhnya kegembiraan itu datang dari Allah.
Saat kamu kehilangan orang yang kamu sayang, ketahuilah kamu masih ada Allah. Yang sentiasa sayang dan cinta padamu.
Ko letak cinta ko paling tinggi..allah ambil balik,,ko nak bcnta bleh tp jgn tlalu mharap pd cnta y xpasti,.
Inilah hikmah kenapa Islam haramkan kapel, bercinta-cintun sblm kawen.yg jadi ‘bekas orang’ perempuan jgk :-(
Cinta abadi adlah cinta pada allah.. Sujud bnyak2.. Istgfar.. Allah ada.. Ada la hikmahnya tu.. Myb allah nk bg kehdpan & insan yg lebih baik pada awak… Sabar.. Kita ada allah.. Allah lebih tahu apa yg terbaik buat kita.. Insyallah..
Cik confessor, kalau ko nak bunuh diri just godai. Sakit hati baca komen ni ? Menyampah ? Okey 1st thing, aku mau kata ko bodo. Ekceli ko bijak. Bijak macam orang lain. Tapi ko biarkan diri ko larut dalam harapan melampau dekat pasangan ko. Sebab tu aku kata ko bodo. Hal ditinggalkan tanpa sebab kukuh dan dituduh sebagai punca tu sakit ? Hey cmon la. Ko ada tengok orang yang terpisah hidup dengan yang maut ? Dengan pasangan halal yang dah lama hidup bersama ? Ko pernah rasa tak sakit perpisahan tu macam mana ? Lagi dengan orang yang terpisah dengan pasangan, yang mana pasangan tu hilang ghaib macam tu. Tanpa berita. Ko faham seksa menanti khabar tu macam mana ? Ko baru ditinggalkan oleh sorang manusia yang tak tahu hargai ko, dan ko boleh meroyan macam ni kata sakit sangat. Ko tak tahu betapa sakit dan payahnya lagi untuk anak anak kecil struggle untuk hidup tanpa mak ayah.
Seken isu mak abah ko. Ko cuba ajak bincang baik baik. Mak bapak aku siap gaduh sampai mau bercerai. Sebab seorang perempuan. Masa tu air mata jatuh tanpa harga. Tapi doa kita Dia sentiasa dengar. Dan alhamdulillah okeh. Then benda tu repeat semula. Ko tau apa perlu buat ? Ko kena jadi bijak untuk kawal keadaan. Bukan mengongoi ngadu nasib.
Aku kurang faham. Kenapa ko sampai nak bunuh diri atas dua ujian ni ? Kalau ko tak mampu, Tuhan xda weh turunkan ujian ni dekat ko. Tapi sebab ko mampu, Tuhan bagi ujian ni serentak.
So please la cik confessor. Ko fikir biar ikut rasional bukan nafsu semata. Bukan ikut sakit hati sakit ditinggalkan tu.
Mungkin ada orang kata aku x duduk dalam situasi ko. But hell yeah, semua benda pahit yang ko marked tu aku rasa. Tapi aku x bodo sampai mau bunuh diri.
K maaf kalau ko sakit hati dengan bahasa aku. Fact, aku benci bila ko sebenarnya kuat tapi ko sanggup pilih jalan salah untuk kata ko betul.
100% sokong!!! Sengal betul yg confress. Mungkin selama ni hidup dia mudah kot. Bagi q simple, once llaki tu ckp xnk, broke up. Berapa jam pertama tu akn menangis tp selepas tu ok jew kot. Org da x nk, npe nk terhegeh2 lagi kn. Kita ni hidup kena ingat, Allah tu sentiasa ada.
Ptt ko terima kasih pd allah elakkn ko dari buat maksiat. Ptt ko sebagai anak jadi org tengah damaikn family ko. Hidup ini klu xde onak dan duri baik xyah idop. Itu la kenangan yg akan ko cerita kat anak cucu bagaimana hidup ko waktu muda untk dijadikn teladan.
awak dpt ujian berat mcmni.. sbb Allah tahu awak kuat .. ujian yg diberi oleh Allah tidak akan melebihi kemampuan kita. jadi awak mampu.. face it.. yg llki tu tinggal awak sbb Allah tahu ad yg lebih baik dr itu.. :) bunuh diri.. bukan jalan akhir
Jangan disebabkan seorang lelaki tak guna mcm tu,awak sia sia kan diri awak.kalau betul dia sayang,dia takkan pergi,dia takkan letak semua salah dekat awak.
sekarang ni muhasabah diri banyak2,fikir yang baik2,anggap yang Allah tarik dia dari hidup awak sebab dia mungkin cuma akan bagi keburukan kat awak di masa depan walaupun awak rasa dia adalah yang terbaik sekali untuk awak.
betul,memang susah..semua orang pun pernah lalui fasa2 disakiti tapi tanam dalam ingatan awak,Allah tengah sediakan yang terbaik untuk awak.kena paksa diri sikit terima dan redha dgn ketentuan Allah.
Awak,walaupun lelaki tu buang awak,tak perlukan awak dah..tapi mak ayah saudari masih perlukan saudari.
kalau saudari rasa tertekan dengan perceraian mereka,percayalah mereka lagilah tertekan nak hadapi semua ni.
jadilah anak,jadilah penyokong dan yang kuatkan semangat mereka saat2 begini.
kuatkan diri untuk ibu bapa awak.
They are the biggest reason for you to continue ur life.
Cari Allah,mengadu pada dia,minta yang baik2 pada dia.Allah kan maha mendengar
saya pernah hadap 2 masalah lebih kurang mcm awak..tp mslh parents tu bukan bercerai.cuma x bersefahaman.. yg boleh sy kongsi, dekatkn diri pada Allah, menangis di hadapan Allah. maafkn mereka yg menyakiti kita. ketenangan akan dtg dgn sendiri, dn kita dh xkn fikir masalah tu… andai terfikir sekali sekala itu adlh normal. busykn diri dengan aktiviti. sy mendoakan smoga Allah membimbing hati confessor ke arah ketenangan.
Hm, nk komen lebih awak tengah serabut sgt ni. Takpe.. Pegi Ambik wuduk, solat, doa, baca al-quran. Tenangkan hati dik.
Berbaloi ke kamu mati sebab sorang lelaki?
=.=
Lelaki je pun alahai.
Seriously girl. You are stronger than you think.
wow, janganlah bunuh diri, berdosa masuk neraka, ingatlah masih ada yang menyayangi mu, hahahahh.
ya, saya pernah rasa diri ditinggalkan. saya pun dulu macam awak, lembik, menangis, sampai sakit sesak nafas. tapi lelaki yang tinggalkan kita tu takkan peduli. saya masa tu sangat tertekan sampaikan saya kemalangan motor. alhamdulillah umur saya masih panjang.
tetapi saya tidak sehebat awak menghadapi dua benda dalam satu masa. cuma saya boleh kata dengan awak, jangan terlalu mendambakan lelaki yang belum tentu untuk kita. saya tahu dan yakin awak mendambakan lelaki itu untuk menjadi teman hidup awak. dia menyalahkan awak sebab dia sendiri bodoh tak tahu hargai awak. tapi percayalah, kalau awak abaikan dia dan berusaha untuk tidak memikirkan dia, awak akan dapat pasangan yang berganda lebih baik daripada dia. lelaki itu adalah lelaki yang menghargai awak dan bersama awak susah dan senang.
tentang parents awak, sekurang-kurangnya awak think positive, jika diorang tak sayangkan awak saya rasa dah lama diorang bagitahu pasal diri diorang. bukan sekarang.
so girl, chill out. have your time for yourself. never look back. leave that damned guy. strive to be better in syaa ALLAH you will get the one who will accept you completely. :)
Asyraf Hafiz
Sis first of all, yer saya tahu mmg sakit. I feel you lillahi.. Dalam banyak-banyak sakit, sakit hati lah paling parah sbb tak dapat mkn painkiller utk kurangkan sakit
Hadapi jgn lari.
Mula sekali, bersangka baik dgn Tuhan. Allah tunjuk sekarang, sementara sis tak ada komitmen apa pun dgn dia; anak dan sebagainya. Senang utk sis lepaskan.
2. Yakin ada yg lbih baik menanti esk hari. Kalau betul dia lelaki yg baik, dia tak akan tggalkan sis/curang lps bg harapan dan sebaginya. Tuhan tahu mcm mana sis jaga hati sis utk dia, tp Tuhan juga tahu dia mungkin tak jaga hati dia utk sis.
3. Fokus on yourself sekarang. Buat apa yg bg u happy. U suka travel? Go. Suka makan? Go. Suka nyanyi? G smule hehe (melawak). Buat apa yg blh bg sis happy, walaupun bersikap itu semua temporary at least u try.
4. Doa, bulan puasa ni Allah makbul doa kita. Cakap dgn manusia mmg kdg2 org tak faham. Sis cakap dgn Tuhan, nangis. Be clear with Him. Tuhan dgr.
5. Jgn duduk seorang. Keluar dgn kawan, have fun. Love yourself first ok.
6. Masalah parent sis tu, saya tak berapa arif utk bg pendapat. Saya doakan semoga Allah berikan ketenangan dan kemudahan utk sis hadapi bnda ni.
Sorrylah panjang pulak menaip. Been there, done that. Allah tlg insyaAllah. May Allah heal your heart ❤️
#teamsissado
Ingat Allah dik. Ko bunuh diri pun dapat dosa.Baik ko pegi baca al-quran bagi tenang jiwa tu sikit.
Awak, xde faedah bunuh diri sbb org yg x hargai awak, mcm2 lagi awak boley buat dlm hidup awak.
Dik sedangkan hubungan halal pun Ade cabaran.ni pulak hubungan cinta tak kesampaian. Jgn sia2 kan hidup dgn org mcm tu.u deserve better person.
Jgn jadikan kelukaan gagal bercinta mcm xde harapan tok bahagia.kembali pada Allah dik.in sha Allah semua OK..
Pasal hubungan parent adik tu.harap ade penyelesaian.mungkin mrk tak ditakdirkan untuk bersama selamanya.tp dorang still parent adik.
Mengada ngada…pi google hukum bunuh diri,kalau dah rasa nekad dan sangup silakan…
Assalamualaikum adik, Istigfar banyak-banyak. Berdoa, bertahajjud, ambil kesempatan bulan Ramadhan ni utk bertaubat, berdoa dgn sungguh2. Jangan letakkan cinta manusia segalanya didunia ni. Kalau tak, ini yg akan kita rasa, ini yg akan kita fikir iaitu bunuh diri. Selesai? Adakah mati penyelesaian kpd semua masalah. Kalau mcm tu, kenapa Allah suruh kita berdoa kepada Dia instead of bunuh diri. Kita masih ada akal yg waras dan sihat. Jangan terus berkurung dalam bilik, meratapi nasib. Itu bukan yg diajar dalam Islam. Percayalah dik, once adik dah bangkit semula, adik akan sedar yg cinta manusia bukan segalanya didunia ni. Adik kena buka minda, buka hati untuk lihat dunia luar. Jadi org yg besar jiwa, ibarat kalau kita campakkan segenggam garam dalam secawan air, pasti air jd masin, tp cuba campakkan segenggam garam ke dlm telaga, air tu takkan berubah. Telaga itulah ibarat jiwa yg besar dan garam adalah masalah yg kita perlu hadapi. Banyakkan berzikir, cukuplah dik. Jangan seksa diri lagi.
Sengal… Nk bunuh diri buat ape. Gi solat.. Org lain byk masalah lg besar.. X de la mcm ko nk bunuh dri.. Kat syria tu, kat palestin tu lg besar masalah n dugaan tuhan uji.. Tu sikit je baru.. Nk confess 2.. Gi la baca quran2 byk2 solat baru tenang fikiran..
Pray my dear. Solat sampai awak da rasa penat. Mengaji sampai awk da rs x larat. Masa solat, nak nangis nak ckp ape, nak mengadu pada Allah, awak adulah. Betul, saya pernah buat masa banyak ujian yang dtg. Alhamdulillah, rasa tenang. bila da rasa tenang, kita akan tau ape solution die. Good luck! Stay strong. :)
then ko igt dgn bunuh diri,masalah ko settle?akal jgn pendek dik..klo ko bunuh diri,igt skit yg neraka jahanam tgh tunggu ko.lg bertambah masalah ko dik.kat akhirat bkn kjp cm kat dunia.ko kena igt,Allah sendiri yg ckp,bkn aku yg ckp.surah al-baqarah ayat 286,”tidak Allah membebani manusia melainkan apa yg terdaya olehnya”..ko tak yakin ke dgn kata2 Allah tu?haish.fikir jauh dik,fikir panjang.aku tak rasa ape yg ko rasa.tp aku yakin dgn firman Allah
Sofura Hj Mohamad krik
Assalammualaikum sis..
Soal melibatkan hati n perasaan memang tertusuk dikalbu..
Kami fhm bukan mudah utk moveon dri org yg kita sukai yg tlh jnji nk sehidup semati..
Tapi sis, percayalah..mungkin ad benda yg lebih baik menanti sis..
Tuk lupakan si dia? Sis cuba lah dekatkan dri dgn Allah swt..jgn suka dok sorang2..bub kdg2 kita akan terbyg tau teringat kisah lama..cuba sibuk kan dri dgn kerja n join ngo mna2 yg ad aktiviti kasi mknan kat golongan gelngdangan n anak2 yatim ka..kalo difikirkan balik..mrka lagi xbernasib baik..bila sis bersama dgn mrka..sedikit byk insya Allah bley ubh minda sis n kuatkan azam tuk trus hidup..bila dgr cerita hidup mrka sis..sebenarnya, seronok tau tgk senyum anak2 kecil..try la sis kalo nk tahu..
Pasai parents sis tuuu.. sis slalu berdoa mintak supaya parents sis dilembutkan hati mrka..sis kena kuat bub nk beri sokongan kat ibu sis..kalo sis lemah..t sis xkan dpt berfikir cm na nak cari solution..
Ad jugak yg lain bgi cdgan travel p mana2 ka..tgk penyu ka sis..omey tau penyu time bertelur..dah la besaq..sis pernah nek hotballoon x? Pernah mkn gulai tempoyak x? Dah pernah p australia? Dah pernah buat haji..Kalo masih ad yg blum sis simpan la hasrat sis nak bunuh dri tu..byk benda kat kat dunia niyh best..tmbh2 lagi mknan sis..pergghh sedap sis, mkn ayam golek..pasar ramadhan ad jual..t sis mengesal kunk x merasa semua tu..
Sis sebenarnya masih ad yg syg sis..Allah swt syg kpd hamba2 nya..sesungguh-Nya, Allah swt rindu kpd sis..bub tu diberi ujian kpd hambanya..agar hambanya dekatkan dri kpd Nya..
Semoga sis berjya hadapi masalah ini..nasihat utk sis..nk berkongsi cerita mengenai msalah cri lah org yg dipercayai..sekiranya tiada n was2..lgi baik mengadu kpd Allah swt..
Aiyoo dik. Br putus cinta. Ujian Allah bagi kt awk cket je tu. Kalau Allah uji ibu bapa awk meninggal? Kalau awk dh kawen nnti suami or anak awk meninggal? Tepuk dada tanya iman dik. Bergantung hidup pd Allah bukn pd manusia. Semua org pnah putus cinta tp ade ke sume org tu bunuh diri? Ape ke lemah sgt mental awk nie dik?
Lek bro lek
Ko relek je..bagi masa sikit kt diri ko..kalau nk sgt mati pun jgn mati sia2..at least pg la bunuh public enemy rakyat malaysia ni ramai..at least berjasa kt rakyat kalau lepas tu ko kne tembak dgn bodyguard pun berbaloi..tu je nk cakap
Haip..ko nak bunuh diri?? Ko tau tak masalah dalam kubur tu lagi sejuta kali berat nak jawab dik oii..baik ko pikir masak2 dik..dah mati nanti xdapat ko nak balik ke dunia ni dah..xleh nak undo dah..fikir secara waras k =)
Kalau aku jd ko aku x hadap masalah tu semua. Baring atas sofa bukak tv. Pgg hp kat tgn sambil scroll fb…huhu
Iman semua org lain…cume ap yg sy harap…awk lebih rasional leps post confession…x dinafikan brkongsi sesuatu mslah jga cra mnyelesaikan mslah…
Tntg nk bunuh diri tu…bnyk dh og2 komen…x payah beria nk bunuh diri sbb laki….hidup pnjg lgi weyh…
ptt pn kna tinggal.. bodoh rupanya… ada masalah sikit dah sibuk xnak hidup… pegi lah mati tu kalau nak sangat…
Masalah bila makbapak bagi budak skolah smartfon.mula la sibuk nk join confess2 org tua.
Dulu bila aku serabut, benda yg plg simple aku buat kosongkn kepala jap, pegi masjid, duduk tepi sambil dgr imam azan or ngaji. Release stress. Try la
Sis, saya taknak condem awak. Cuma saya nak share ujian Allah kepada saya. Anak saya pernah dioperate pada hari kedua dia kenal dunia kerana salur makan tak bersambung. Kali ni, anak usia 7 bulan, kena operate lagi sebab salur makan bocor. Dah sebulan lebih dalam hospital. Tempat operate dah ok, tapi paru2 lemah pula. Bila dua2 dah ok, ada kulat dalam darah pula. Maybe 2 bulan kot dalam hosp ni. Maybe raya pun dalam hosp. Tapi saya tak pernah mengeluh, sebab Allah nak uji kesetiaan pada Tali Allah.. Cuma penat sikit je.
Oklah. Bai sis..
Byk pahala awak dpt insyaAllah..get well soon baby
Insha Allah. Cuma kalau kita rasa kita stress, masalah kita besar, sebenarnya orang lain lagi ada masalah. Ada baby tak cukup bulan, tak nampak rupa muka, tulang belakang terkeluar dll…
Allah beri ujian pada hamba-Nya berbeza beza sesuai dengan kemampuan. Jadi, membandingkan berat ujian antara dua individu adalah tidak wajar.
A problem seems small to others, may seem big to anothers.
Moga bayi anda semakin sihat.
Bukan membandingkan ujian bro. Saya sekadar nak bagi semangat dekat dia. Apa2 ujian, jangan mudah mengalah. Tetapkan keyakinan pada Allah. Bukan nak banding mana yang lagi susah. Ujian kami pun lain2. Positif ye.
Perit ditinggalkan org kita sayang tu perit rs dia awk. Lbh teruk dr hati kena toreh. Dia perlukan masa tuk sembuhkan hati dia. Mungkin terlalu muda utk terima perpisahan. Ujian kasih syg tu berat. Kita kn beri semangat bukan compare sbb ujian tu lain2. Apapun tohuruun buat hamba2 yg diuji Nya.
Terpulang kepada yang membaca komen saya. Awal2 saya taip, saya tak condemn dia. Takde pulak nak compare. Saya cuma share ujian saya hadapi sekarang.
Kalau nak buat perbandingan, saya pernah kehilangan arwah abah saya pada usia 13 tahun(form1). Ditinggalkan kekasih? 4 tahun berjanji setia, namun exbf pergi dengan orang lain, akhirnya saya nikah dengan suami sekarang yang saling melengkapi.
Semoga ank akak cpt sembuh
kejarlha cinta yg halal .
Kita sering mempersoalkan, Ya Allah, kenapa semua ini terjadi pada aku sedangkan hati ini tidak menginginkannya ?, kenapa berat sangat ujian ini ? dan bagaimana untuk aku menghadapi semua ini ?
Semuanya telah Allah SWT jelaskan Al-Quran di atas setiap perkara yang kita persoalkan. Maha Suci Allah dari menzalimi hamba-hambaNYA bahkan manusia itulah yang banyak menzalimi dirinya dengan melakukan dosa-dosa.
—————————————————————————
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
(Surah Al-Baqarah ayat 216)
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya.”
(Surah Al-Baqarah ayat 286)
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”
(Surah Al-Baqarah ayat 45)
Assalamualaikum, kalau ada area KL dan ada kelapangan, boleh datang jumpa sy utk consultation.
Saya cuba bantu insya-Allah
Sebenarnya adik, bertahan sebab setelah bersabar, kelegaan akan sampai…maksudnya kedukaan akan berganti dengan kebahagiaan jika kita bertahan. Lagipun syurga Allah itu mahal. Adakah kita sangka kita akan dapat masuk syurga dengan mudah tanpa dijatuhkan ujian yang dahsyat? Manusia ini memang akan diuji di dalam kehidupan didunia. Yang terbaik ialah mereka yang bersabar.
kau masalah teruk mana pun dalam hidup ni janganla bunuh diri.. neraka selama’2nya woo bau syurga pun tk dpt.. ni kan bulan pose banyakkan berzikir pegi ddk dalam mesjid InsyaAllah nk dpt ketenangan tu lebih cepat dri bulan’2 biasa sbb yeelah bulan penuh keberkatan.. igt jangan ambik nyawa sendiri..hargailah nyawa anda sekian
ad hikmah dsebalik apa yg berlaku sis, allah takkan duga hambanya dgn dgaan yg hmbnya xdpt hdapi. Allah dh atur baik2 pjlann hidup kita. hbngan sis ptus mngkin allah nk temukan sis dgn org yg lbih baik dpd tu.. kita hnya mmpu rancang tpi allah yg mnntukn. jgn ambil lngkh yg ngtif bgtu utk lari dri mslah. sis sabar ya, jika kita fkir dgaan tu besar ad lgi org yg ad mslh yg lbih bsar dpd tu.
ckp kt diri mcm ni
aku maafkan semua org yg menyebabkn aku mendapat pnderitaan waktu ini . aku tahu aku sedang diuji . aku ikhlaskan apa yang terjadi . aku maafkan semua dan tak harapkan balasan apa apa . aku sayang diriku. diriku berharga disisi Tuhan . ucap setiap hari . akhirnya carilah Tuhan .
bunuh je diri
Allah takkan menduga seseorang melainkan Dia tau kamu mampu.. Percayalah bahawa apa yang sedang berlaku ade hikmahnye.. Mulut orang mudah menasihat, tetapi berat bahu memikul.. Ingat Allah ye.. Be strong!
Jgn jd mcm org tak ada agama hga anggap dah takde masa depan. ALLAH tak pnh tgl anda tp anda yg tak nampak. Bygkn dgn umur pjg, mcm2 yg anda boleh buat utk agama, negara n org2 keliling tak kira mna pg. Barulah hdup ada makna. Bila org bodoh meninggalkn anda, maka anda kna lar jd cerdik utk melupakn org yg bodoh itu.. Tp sekrg mcm dah tbalik, anda lebih bodoh jika tidak ingat yg allah sgt syg anda n telah merencanakn yg lbih baik utk anda n ibubapa anda. Baliklah pd allah, tiada lg yg lbih anda ptut pk, cari hala tuju hdup yg baru. Tak perlu mati sekrg n bunuh diri sb lps mati, anda tdk akn dpt balik ke dunia lg utk selesaikn mna2 yg tbengkalai, malah org yg anda gila2kn itu tdk akn pdulikn kubur andapun..jauh nk doakn anda siang mlm, jd jgn hdup sia2 n jgn mati sia2 krn cinta yg sia2..