aku nak bunuh diri!

Pertama sekali, thanks admin approve confession aku.

Aku depress sangat2 sekarang ni. Aku baru lepas putus cinta yang mana pasangan aku bagi aku harapan tinggi untuk kawin dengan aku tapi at the end dia pergi tinggalkan aku. Dia letak semua salah tu dekat aku. Aku dah macam orang gila tiap2 hari nangis sebab dia. Tak habis masalah ni, tambah lagi masalah lain. Parents aku pula nak bercerai. Kau bayangkan aku kena handle both difficult things dalam satu masa.

Aku rasa kepala aku nak pecah gila2. Aku dah tak tahan. Aku dah tak boleh pikir. KAu tahu perit kena tinggal tanpa sebab yang munasabah. Kau yang selalu dipersalahkan. KAu lah kononnya punca kepada perpisahan hubungan kau tu.

Aku sayang mak ayah aku. AKu ingatkan selama ni diorang bahagia bersama. Rupanya tidak. Akhirnya terlepas juga perkataan tu dari mulut parents aku. Aku tahu dari diorang sendiri. KAu bayangkan aku baru kena tinggal buta2 dengan pasangan aku tu, dapat pula berita macam ni. Aku rasa dunia aku dah tunggang terbalik.

Aku dh rasa taknak hidup. TErlalu banyak masalah.

Tolong aku. Aku rasa dah takde guna aku hidup. Aku tension! Aku stress!

– no name

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

75 Comments

  1. Sis , kalau kau baca ni, PM aku weh. Aku malas nak bagi tazkirah panjang-panjang sebab orang lain dah bagi dekat kau.

    Aku bukan nak ajak kau lepak sebab aku sendiri pun sebab aku berjimat di bulan ramadhan ni.

    Tapi aku boleh jadi kawan kau. Kau tak tau nak buat apa kan? Rasa nak bunuh diri kan? Ha meh lah PM aku.

    Nak tau apa aku nak buat? PM je lah.

  2. Hi, my advise is back to Allah. Why should you commit suicide? Its haram anyways. Cant you see? Allah misses you a lot. By commit suicide, do you think it will solve all the problem? Be mature when handling problems. Take a deep breath. Its not the end of your life. You just being hit by double problem here. One with your relationship, second with your parents. I dont want comment about your relationship and boyfriend or whatever. but hey listen up, there is nothing can replace your parents. Do something. Save your family. Believe me, your family is precious thing in your life. Dont waste a single moment crying for something you dont worth it. A boyfriend can be replace though *chuckle*. Be mature ok. Think wisely. You are strong girl.

  3. Allah x uji hambanya jika hamba itu tidak mampu.psl jodoh klu bf tggalkan awk sebenarnya dia bkn lelaki terbaik.Allah akan hantar ur mr right one fine day.percayalah….nasib dia tggalkan wktu skrg.bkn wktu awk dh beranak pinak.psl parents..keep praying to Allah.klu ada jln utk selamatkan rumahtangga mrk cuba selamatkan.lupakan psl bf.focus pd family.Allah uji sebab dia nak awk sentiasa ingat dan dekat dgn dia.kemanisan iman itu dambaan stiap muslim

  4. Aku sebagai laki,nak cakap…bukan sebab nak backup kaum aku ke apa… Laki dia pendam marah,wlau kau buat silap mmg cpt dia maafkn, tp hakikatnya bnda2 tu masuk dlm percent saham marah dia… Dh kalau lama2 meletop laa,tinggal terus sampai dia sendiri tak tahu dari mna,awal dan akhir utk brcerita… Kau kena imbas balik mna silap kau.. Tapi tak au laa, ini just pndgan aku… Pape pun, mgkin laki tu yg brmasalah.. Tuhan maha adil, hari ni kau jatuh, esk mgkin kau jumpa yg lebih baek dr dia.. Anggaplaah tu satu ujian..kita sbg hamba akn terus di uji…diuji dan diuji…
    Jangan kahwin kerana ikutan. Lain manusia lain ceritanya.

  5. Bertahan. Bertahan hari demi hari walaupun hanya nampak kegelapan sahaja di persekitaran (buat masa sekarang). Penat, sakit, rasa dah hilang nikmat utk trus hidup, hilang arah dan tujuan…bertahan. Awak dah bertahan dan dah lalui hari semalam kan? Bertahan sehari lagi hari ini… dan esok, dan hari seterusnya. Letih tidak mengapa, sakit tidak mengapa, rasa macam dah hilang ‘jiwa’ tidak mengapa. Tetapi bertahan dan teruskan rutin kehidupan seperti sblm kejadian ni semua. Rasa tiada guna untuk teruskan? Percayalah pada takdir Tuhan. Cahaya kebahagiaan tu ada. Cuma awak perlu bertahan.

    Dah putus perhubungan ngn kekasih. Pedih. Mengecewakan. Ambil yang positif, awak sayangkan dia, dia mempermainkan awak, bukan salah awak. Jangan salahkan diri awak dan menghukum diri awak. Tak rugi hilang “pasangan” yang tidak mencintai awak dengan sebenarnya. Kifarah @ karma tu wujud. Percayalah perancangan Tuhan adalah yang terbaik walau kadangkala ia menyakitkan. Siapa tahu ada jodoh yang lebih baik untuk awak yang akan lebih menyayangi dan menghargai awak lebih dari ex awak. Remember tak rugi kehilangan dia. And bukan awak yang kehilangan. Dia yang rugi kehilangan awak yang begitu sayang akan dia dan terkesan dengan semua ni.

    Sekarang adalah masa getir kehidupan awak. Namun awak boleh lalui. Percayalah. Semua di fikiran kita. Kita mampu untuk melaluinya. Kelilingi diri awak dengan orang yang mampu memberi semangat. Sibukkan diri. Sebagai contoh sambung belajar, tingkatkan kerjaya, cantikkan diri dan lain2. Sibukkan diri dengan sesuatu yg akan memberi ganjaran pada diri. Buktikan pd yg mengecewakan awak, awak tak kehilangan apa2 walau ditinggalkan, remember, it isn’t your fault! Stop hukum diri sendiri.

    Berkenaan parents awak. Mereka bercerai tetapi mereka tetap mak dan ayah awak. Mereka berhak menentukan jalan hidup mereka sendiri. Suatu hari awak akan berkahwin dan awak tidak akan sentiasa bersama mereka lagi. Hanya lepas awak dah mencapai kebahagiaan awak, awak oke mereka mencari jalan keluar kepada kemelut mereka? Yes agak sedih bila parents nak berpisah. Tetapi ini dah takdir dah ditetapkan. However, if you masih nampak jalan untuk mereka bersama, cuba baikkan mereka..jika dah tiada jalan, biarkan mereka mencari jalan kebahagiaan mereka. Awak tetap anak mereka. Mereka tetap parents awak.

    Bertahan. Ujian ini hadir dalam hidup awak kerana awak mampu untuk laluinya. Dah selalu dengar kan, tp bosan, kenapa diri ni je dapat ujian mcm ni, kwn kwn sekitar bahagia je? Siapa tahu akan ada ganjaran lebih hebat utk awak berbanding org sekitar awak setelah awak berjaya lalui fasa ni?

    Berdoa, bertahan, berusaha untuk mencari kebahagian tanpa berlandaskan kebahagiaan tu pada orang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *