aku nak cantik !
Hidup aku ni dulu, kalau ada orang sebut hitam je mesti hati aku terasa sesuatu. Macam dorang cakap pasal aku. Ye aku sorang perempuan yang hitam, tak kurus dan kurang tinggi. Wah cukup pakej. Pernah masa sekolah menengah dulu aku jalan kat tepi kelas lepas tu ada budak hensem tu kata 'hitamnya' kat kawan dia sambil tunjuk aku. Down tak payah cakap la kan sebab aku minat dia sikit. hehe. tak sedar diri betul. Lepas tu kawan sendiri pun pernah cakap, ' kau tu ada orang nak ke?' . Dia cakap depan kawan2 aku yang lain. Malu aku masa tu. Sebab aku tahu aku memang hodoh. One of my friend also said that aku paling hitam dalam kelas tu. Hahaa aku gelak je masa tu but inside no one knew. I mean i knew i was the ugliest at that time but i didnt need her to mention it. Dan banyak lagi peristiwa yang buat aku rasa aku hodoh.
Nak ambik gambar senang2 macam orang lain memang tak la. In fact aku benci gila bila kena ambik gambar. Camera dulu bukan mcm sekarang ada 360 sebagainya. Camera dulu jujur dan telus. klau buruk kau kat luar buruk jugak la kau dalam gambar. sedara rapat aku kawin, tak de satu pun gambar aku dalam album even dalam gambar ramai2. Tahap rendah diri aku ni sampai aku tak boleh tengok muka sendiri kat gambar. sampai aku rasa muka aku ni boleh mencacatkan sesuatu gambar. Teruk kan. I know. Sometimes aku rasa kesian dekat parents,adik dan abang aku for having me as family member. Sebab aku tak cantik macam orang lain. But dont get it wrong family aku x pernah rendah2kan aku. Cuma orang sekeliling.
Bila dah besar dan masuk universiti ni aku dah pandai jaga penampilan. Kulit dah cerah. tangkap gambar boleh la sikit2 itupun kena paksa dengan kawan. Cuma tahap keyakinan aku masih rendah. Aku masih rasa diri aku buruk walaupun ramai yang kata aku cantik. Walaupun aku ada la jugak peminat yang bukan calang2 orang. Aku sentiasa ada rasa tak yakin untuk jumpa orang sebab takut orang kata aku buruk. In fact aku tak boleh nak picture pun aku akan kawin one day sebab aku tak rasa ada lelaki nak kawin dengan aku .Kawan2 aku tak tahu aku macam ni. Diorang nampak aku okay walhal cuma aku dan Allah yang tahu aku macam mana. About How bad i feel about myself. Kadang2 aku cemburu dengan kawan2 aku yang muka tak berapa lawa tapi sentiasa yakin diri. Aku nak jadi macam diorang tapi macam tak mungkin.
So to those yang suka address people with namecallings, u never know how bad that namecalling could affect oneself. Jangan suka2 hati nak panggil orang hitam, gemuk, and even keding atau apa2 perkataan pun yang menghina fizikal seseorang.
just who do you think you are? Maaf la tapi makbapak tak ajar ke? Aku adik beradik dari kecik takde nak panggil orang macam tu. Dah ada anak nanti ajar sikit dekat anak2. Lepas tu yang dah tua2 pun masih sibuk nak kutuk orang itu ini. Orang tu Punggung besar la orang ni kurus keding la. Tak menahan yang mengutuk tu muka sendiri penuh jerawat batu. I just want this kinda attitude to stop. Really it brings no good to anyone. Calling people fat wont make you any slimmer.
Aku jugak nak bagitahu aku bukan tak bersyukur. Aku bersyukur dikurniakan wajah macam ni. Wajah yang ada features parents aku. And a smile that is to die for. Cuma keadaan yang kadang kala buat aku rasa buruk. Mungkin ramai yang tak faham apa aku rasa, but those who walk the walk, u know exactly how it feels.
– mariah