Aku nak hidup – 4:26 PM

Aku nak hidup

Aku tak pasti sama ada betul tak keputusan confess kat sini. Tapi aku rasa aku perlu bantuan. Terima kasih kepada yg sudi baca. Aku harap kalau korang nak komen nanti bagi la nasihat yg elok2 kalau xde benda baik nak tulis lebih baik xyah komen. Kalau mungkin ada yg nak bash aku nanti mungkin boleh selitkan unsur nasihat sikit lepas bash.

Aku bukanlah muda lagi umur pon nak masuk mid 20 dah. Tapi skang aku rasa hidup aku mcm mayat hidup or mcm robot. Aku x rasa apa2 mcm dah hilang segala perasaan. Lihat kawan2 lain sibuk rancang hidup masing2 kerjalah ada yg dah kawin lah tapi aku langsung xde rasa mcm tu. Aku rasa bila2 aku boleh mati. Kalau aku bangun hari ni mungkin belum ajal aku jadi mungkin esoknya. Aku seolah2 menunggu mati itu tiba. Hari berlalu pergi aku menunggu ajal memanggilku. Sesetengah org mungkin takut mati tapi aku x rasa apa2 mcm mayat hidup.

Aku tau punca kenapa aku jadi mcm ni cuma aku x jumpa penyelesaiannya. Dulu masa sekolah, aku depress (mcm2 berlaku nanti lah kalau ada masa aku cerita details pasal masalah nie). Aku start depress yg teruk masa tingkatan 3 sampai abis sekolah. Hampir setiap malam aku menangis dulu aku xtau nak mintak tlg dari siapa. Nak cerita kat family dorang semua busy lagipun family aku bukan jenis kongsi2 masalah personal. Kadang2 aku x boleh kawal emosi aku sendiri aku menangis dan menangis. Dulu aku pernah nak share masalah ngan kawan tapi baru aku cerita sikit dikecohkan kepada semua org. Aku jadi malas nak cerita dekat org. Lepas tu, aku luahkan dlm diari tapi kawan suka curi nak baca diari aku. Last2 aku cerita masalah kat diri sendiri dan tuhan. Dulu kadang2 aku ckp dgn diri sendiri. Bayangkan dari tingkatan 3 sampai abis sekolah, aku depress, berapa banyak air mata dah habis. Tapi aku x pernah tunjuk kat org aku depress tapi kalau ada yg perasan aku xtau lah. Time depress rasa nak bunuh diri sentiasa datang menghantui tapi aku masih ingat aku ada tuhan. Result spm aku hancur sbb aku xleh fokus belajar.

Lepas abis sekolah, ada yg masuk matrik or asasi or form 6. Aku pergi jer mana tawaran yg aku dpt. Lepas abis sekolah, aku dah x menangis. Mungkin air mata dah kering or mungkin depress aku dah berkurang. Tapi lepas tu aku perasan aku mcm xde perasaan semua mcm kosong aku x rasa apa2. Time nie aku x banyak kawan. Aku dah xkisah pasal apa2 masa tu. Semua benda bagi org lain lawak tapi aku x ketawa, mungkin bagi org lain sedih tapi aku x menangis. Aku perasan perubahan pada diri tapi aku xtau nak buat apa. Masa belajar kat sini, ada cikgu ckp dekat aku dia tau aku ada banyak masalah dlm hidup. Aku mcm terkejut mcm mana dia tau, jelas sangat ker terpancar masalah kat wajah aku. Kawan semua pun xperasan mcm mana dia boleh agak. Dia suruh aku sabar. Bila aku dengar perkataan sabar tu aku terasa mcm dipukul pintu hati ni. Mungkin tuhan hantarkan cikgu ni untuk bagi nasihat dekat aku.

Masa nak masuk u, aku ikut ckp keluarga aku, u mana dorang suruh aku pergi. Aku x rasa nak belajar pun tapi aku buat demi keluarga. Dekat u aku masih sama masih tiada perasaan. Kalau dengar berita ada org meninggal pun aku x rasa apa2. Tapi dekat u aku ada banyak kawan. Banyak yg suka cerita masalah dorang bila aku dengar masalah dorang baru aku sedar banyak org ada masalah juga bukan aku sorang walaupun masalah dorang pada aku mungkin biasa2 sahaja. Dekat u aku mcm pakai topeng depan semua akulah org paling happy kalau org jumpa aku mesti dorang senyum sbb aku pon suka senyum tapi balik bilik aku jadi org lain. Masalah aku x lagi menghantui aku cuma jadi memori luka. Luka walaupun sembuh boleh koyak kembali. Ada beberapa kali luka ni koyak kembali aku jadi mcm org gila tapi lepas tu aku jahit kembali. Masa u aku ada ambil kelas psikologi dengan harapan aku dpt pulihkan diri tapi aku xtau sama ada kelas itu membantu or x.

Sekarang aku baru abis belajar. Aku pun xtau nak buat apa. Aku ckp pada semua aku nak rehat kejap sebelum kerja or sambung study. Tapi aku xrasa apa2. Aku x rasa seperti hidup. Kalau dulu mungkin ada impian tapi sekarang aku pun xtahu. Apa patut aku buat. Aku nak hidup seperti org lain yg ada impian. Hujung tahun haritu kawan aku ada meninggal, tetiba air mata aku jatuh mencurah2 dua tiga hari aku menangis. Dah lama air mata aku x keluar tapi pemergian kawan aku buatkan aku menangis balik. Kawan aku ni hidup dia penuh dgn plan tapi rancangan tuhan itu lagi sempurna. Aku pun bukanlah muda sangat dah. Aku xnak sia2kan hidup aku. Sampai bila nak hidup mcm ni. Aku masih mencari dan mengharap boleh pulih sepenuhnya. Depress kadang2 boleh menyerang kembali aku harap akan jadi lebih kuat. Aku ada rasa nak jumpa pakar tapi ntahlah. Nanti mungkin ada yg bagi nasihat suruh aku jaga hubungan dgn tuhan. Setakat ini aku masih menjaga hubungan dgn tuhan tapi mungkin masih belum sempurna. Aku mengaku dulu aku mcm marahkan tuhan, aku nak lari tapi tiada gunanya semua yg berlaku pasti ada sebabnya. Terima kasih sudi baca, Doakan aku.

– peluang kedua

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *