Aku nak pakai niqab tapi mak tak bagi

Aku nak pakai niqab, tapi mak tanya, dah sempurnakan ke perkara2 yang wajib?

Mak aku pesan jangan ikut trend, berniqab sebab elakkan fitnah adalah sesuatu yg agak klise. Dulu memang tengok orang yang berniqab ni memang maksudkan tujuan dorang berniqab. Akhlak baik, memang betul menjaga ikhtilat, dan macam2 lagi la tapi sekarang kita banyak niqabis yang konon menjaga ikhtilat dan ingin mengelakkan fitnah dunia, tetapi upload gambar instagram dengan beribu2 likers. Ada pulak yang up caption not '24/7 wearing niqab'. Pebende lah. Lepas tu upload gambar tengah tak pakai niqab, blurkan kat area mulut dgn hidung. Ya Allah, bila ada orang tegur kat komen cakap 'lebih baik bajet alim dari bajet hot'. Geram pulak dengan orang camni kan.

Mak cakap, bila berniqab ni orang anggap ilmu kita tinggi, akhlak kita mesti sangat bagus and macam2 lagi expectation yang baik2. So bila amik keputusan berniqab, akhlak kita mesti lah dah sempurna, ibadah yang wajib2 tak ditinggalkan, dan betul2 pandai menjaga ikhtilat. Kalau rasa belum termampu lagi, tundalah dulu, buat mana2 yang lebih perlu dulu. Bila kita tengok sekarang ni ramai yang pertikai kan niqabis2 ni, sebabnya adalah perbuatan niqabis yang tak setanding pakaian.

Mak kata, niqab ni tak wajib pun. Sedangkan aurat kita pun muka dan telapak tangan, dalam solat pun tak pakai niqab jugak. Lagi satu, nak makan pun susah(ni bagi aku). Ada pulak niqabis yang kata, semua manusia mesti ada buat kesalahan, kami pun manusia jugak. OK kalau pasal kesalahan ni tak berulang boleh lah dipahami, tapi kalu dok ulang2 upload gmbar tu hm paham2 sendiri la. Kecuali lah, ada 10 orang brother duk kejar awak setiap kali awak nak pergi mana2 sebab awak terlalu cantik, dan awak nak mengelakkan fitnah, niqab ni boleh la jadi pelindungnya.

oh ya, aku ni bukan nak pertikai orang ke ape, just nak share pesan mak aku ni betul jugak, yela sebab byk dah dengar niqabis tapi begini, niqabis tapi begitu. kan? Apa kata kita mantapkan dulu yang wajib2, sambil2 tu labuhkan mana yang kurang. Baru kita dapat buktikan akhlak yang setanding pakaian.

Ok la mak. Mak tau mana yang terbaik.

p/s: jangan pulak ada yg tnya abes tu yg pakai tudung pendek boleh la upload gamba kat instagram? tu lain confession pulak ya.

– Bunga

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

79 Comments

  1. ingat lagi ustaz aku ckp masa form5 dulu, niqab ni xperlu pakai pon sbnrnya untuk muka kita yg biasa2 ni sbb nnti lg merumitkan bg org bukan islam.die akan islam agama yg begitu susah.padahal niqab ni hanya tuk org betol2 cantik mcm org2 arab dulu.. yg jika ajnabi tgk boleh mndtgkan mudarat pd diri dia.. dn bole buat laki lalai atau die jd bangga dgn kcntikkan die.. pokoknya muka die tu bole timbulkan fitnah la.. diwajibkan pakai niqab.. kalu muka biasa2 mcm kita ni xpyhla kot pakai niqab.

    • aah.. masa form 5 ustaz sy ckp mcm tu..pastu masa form2 ustazah sy pn ckp bnda sama.. die ckp…muka die xmnimbulkan fitnah kan..muka biasa2 je.. sbb tu die x pakai niqab…

    • Teringat kisah wali Allah yg mencungkil biji matanya kerana seorang lelaki begitu taksub melihat kecantikan matanya.

    • Wanita terlihat cntik bkn pd Muka shj…lenggok tutur…cra pmbawakan dri…cre bjln..brmcm2…..memakai niqab mmg xwajib…tp wajibnye meniqabkan hat I untikl bersangka bail Dr stp perkara yg byk mbawa kebaikan….kite fitnah saudari…kite bjln selangkah keluar rumah pun boleh mdtgkn fitnah bg mata2 yg selalu berkhayal melihat dri Wanita spt kite…terpulang pd pndpt mna pun…yg pnting jgn terlalu timbulkn isu niqab Nih…Sbb terlalu rmi taksub mgatakan pemakai niqab Nih sempurna sdgkn kite xtau mereka mmakai niqab Nih hanya Nk lbih dkt pd Allah…kite bsangka baik supaya hti2 kite lbih sng tuk memahami…maafkn Sy jika terasa…

    • apa yg awk cuba smpaikan ni cik syuhada.. sy cuma ckp tntg isu niqab muka.. hnya yg benar2 cntik dan bole timbulkan ftnah..smemmagnya wanita perlu mnjga maruah diri dr segi percakapan atau sbgainya…. tp tu xbermkna awk nk alihkan isu tntg niqab muka dgn buka bab maruah diri wanita dn sbgainya… sy cuma ckp apa yg ustaz sy bgthu.. dan sy mmg bersetuju.. .. kalau xpakai niqab dan pandai jaga maruah diri .. mnjaga tutr kata pon ..itu dh cukup baik.. dr pakai niqab tp xjaga smua tu.. spti bt org bukan islam fikir agama kita agama yg myusahkan..awk pon tergolong dr wanita yg berniqab hnya tuk suka2 ke ????

    • Awak Marah…..
      cool down dik….
      Sy pun cuma sampaikan…spt mana awak sampaikn ap yg ustaz awak katakan….
      Xguna berbalah Hal remeh…sdgkn isu umat byk lagi kite kena ketengahkan…itu shj….
      Maafkan saya…

    • Boleh tahu mcm mna awk menilai erti kecantikan tu? Adkah mukanya putih melepak, brhidung mancung? Cantik tu subjektif, ad org pndang kita cntik, ad yg pandang x cantik :-)

    • Xtw plak kite blh bace fikiran org .. Xtw plak kite blh tw org laki tu tgok org ppuan tu blh mndatgkan kmudaratan atw x?

    • mksd sy muka die bole menimbulkan fitnah.. terlalu cntik smpai bole bt org memandangnya berkali2.. dn bt die xselamat…….. sy pom cool la cool cik syuhada.. tp cara awk berbalah pendapat dgn sy ibarat awk menentang apa yg ustaz sy bgthu… awk rasa salah apa yg sy bgthu?? Perempuan berniqab bebas tuk menjatuhkan mruah diri sbb die dh sorok muka die? gtu…

    • sy rasa awk tahu ecah mas.. sdgkan kita yg pompuam ni pon klu tgk muka pompuan yg betol2 cntik…mata kita xpuas memandang n asyik nk tgk n puji je.. sy rasa awk thu bgaiamana muka org yg biasa2 saaja… cntik biasa2 dgn terlalu cntik ni beza.. xusahla sy explain.. sy rasa awk thu.. nk trima ..trima.. xnk trima sdh.. sy just ckp apa yg dgr dn dpt serta sy cuba berkongsi pada cik confession yg buntu tntg niqab.. tu saja

    • Kalau ada lelaki bukan mahram puji awak tuh cantik, atau part pada muka seksi seperti bibir, hidung, mata, pipi etc sume tuh dipanggil fitnah dari kalangan wanita .

      Orang lelaki termakan fitnah dek kecantikan muka atau keseksian anggota yang ada pada muka . Kami tau sebab kami lelaki .

      Belum kira lagi kalau orang lelaki jenis pandai baca muka dikaitkan dengan seksualiti . Sebagai contoh, bibir seksi dia kata “wuuu perempuan ni hebat di ranjang bla bla bla .” Ni contoh jela .

      So, niqab ni bukan khusus untuk orang Arab sahaja . Bahkan ianya valid kepada wanita yang mukallaf . Bila sebut mukallaf ni, tak kira lah dia bangsa apa, keturunan apa selagi dia masih Islam, baligh, berakal .

      Tak semestinya nak kena perasan muka sendiri lawa baru nak pakai niqab . Dan tak perlu tunggu jadi orang Arab baru nak pakai niqab .

    • I don’t agree with this one. Semua orang diciptakan cantik. Siapa yang berhak tentukan dia lebih cantik atau dia kurang cantik? Way to make people feel insecure: 101

  2. Akhirnya. Aku da lama buat keje2 hentam niqabis kat insta. Lepas baca confession ni rasa lebih semangat nak menghentam mereka dengan lebih deep lagi.

    • Saya guna perkataan hentam di sini nak menunjukkan mereka2 ni susah untuk dinasihat. Saya tegur cara baik mereka delete comment saya dan terus dngan aktiviti mereka upload gambar. Bukan nak menghalang hak masing2 tapi perkara ini ramai org yg melihat. Kita taknak pakaian yang baik dan suci di salah tafsirkan oleh orang yg kurang pengetahuan dalam hal2 sedemikian dan tak mahu akhawat2 yg benar2 menjaga tujuan pemakaian purdah dipersalahkan. Pendek kata jangan sebab nila setitik, rosak susu sebelanga. Azmi Mukhtar

    • Nasihat secara personal, cuba elakkan cara terbuka, nanti mereka rasa tak selesa, terus dia buang jauh2 nasihat tu. Golongan seperti dorg kebanyakan ingin perhatian, jadi klu kita try halang mmg dorg x boleh terima. Try nasihat personal ok ? semoga berjaya

    • Baik tuan Azmi Mukhtar . Dalam islam ada beberapa cara untuk menegur seperti dalam surah al-mujadalah. Sama ada cara saya terlalu extreme atau sebaliknya mungkin boleh diperbaiki. Terima kasih atas peringatan ?

    • Saya setuju. Saya sebahagian dari mereka yg berniqab. Kebanyakkan kami mmg tk boleh terima nasihat. Merasa diri lebih hebat dan menunding jari pada si penasihat. Lepastu update kata “haters gonna hate” ?

    • Terima kasih sisQalisha Mohd atas pandangan tersebut. Tapi teguran saya ini bukan utk semua niqabis sebab saya tahu tak semua melakukan perkara sama kerana sebahagian yg lainnya memang betul2 thiqah. Cumanya kita sesama islam perlu saling menasihati dan memperingati antara satu sama lain dalam menjaga nama baik islam. ?

    • Satu lagi tgk trend skg.niqab tp brmakeup dibhgian Mata.pastu kening cukur n brpkaian jubah yg wrna2 cerah terang n bentuk tubuh.kmudian pose ala model…..bkn nk kondem.tp kdg2 kurang senng dgn perilaku mcmtu.

    • Aku memang benci niqabis yg like beribu riban muka dah tutup hg nak tayang pabenda lagi? Gaya ayu cute hang? Memang bangang la

  3. Sy setuju dgn mak awk.. Setuju sgt2.. Sbb ada kenalan yg pakai niqab.. Sy mula2 ingt dia berpewatakan baik, ckp sopan, bila mkn pon segan2.. Tp sgkaan sy meleset.. Bila sy g bilik kwn, kebetulan satu bilik dgn kenalan niqab nie.. Bole berbahasa agak kurang sopan, siap marah lecturer, maki staff uni.. Agak2 awk, mcm mana org pndg islam?

    • Jgn pndg niqab yg dipakai…niqab tuh xsalah..yg slah akhlak sipemakai…lihat kebaikan dlm keburukan…bersangka baik Dan doa baik2 pd sipemakai tuh….xsemua yg memakai niqab pragai mcm tuh…mungkin dgn pmakaian niqab die Nk Cuba ubah dri die untuk lbih dkt pd Allah….Cuba la bersangka baikk…

    • Yea sy taw.. Silap sy sbb pndg niqab dia.. Dr apa yg sy tlh tersalah sgka, bru la kepala nie terhantuk.. Pakai niqab x slh.. Tp akhlak dia perlu diperbetulkan.. Cuma pndgn sy terus berubah.. X semua yg berniqab nie, bersikap akhlak sopan..

    • Itu perbuatan dia . Bukan pemakaian dia . Even dia mulut jahat, at least dia pelihara sedikit diri dia dari segi pakaian .

      Doakan agar kita semua dapat hidayah .

    • cik syuhada tu berniqab kot. sbb tu dr td ag xpuas ht dgn pndgn org.. sapa kata berniqab tu xde kaitan dgn akhlak?? kalau die thu fungsinya niqab die akan menjaga akhlak diri die…. sbb apa yg kita pakai cerminan diri kita??

    • Allahurabbi..smp kesini awak marah saya….
      Terpulang pd awak cik pelangi petang
      Saya hanya suruh bersangka baik…bkn menilaii hanya pd pakaian…
      Maafkan Saya klu komen sya buat awak terasa.maaf sgt2….moga kite sama2 muhasabah diri kite…Sy bg pndpt Serta nsehat tju untuk dri Saya..islah dri Saya….Sbb Sy lbih hina Dr kalian Semua….moga kite diberi hati yg blapang Dada serta mdpt rahmat Dan kasih syg nyee…

    • Nur Syuhada Firdausie Xpyhla nak menghinakan diri sndri..xperlu defense sngt nikab tu..cthnya jika awk tgk sesorg pakai helmet, mst org ingt dia nak bawak moto kan? Klu awk tgk org pakai baju uniform nurse, mst awk ingt n ckp dia keja dkt hospital kan? Sama la dgn niqab..org tgk manusia pakai niqab, mst org aspect perangai dgn diri dia mcm mana…

    • sama la awk cik syuhada.. awk pon xleh trima pandgn org kan… so knp plak awk nk beria bgkang pndgn org kalu awk sndiri xleh nk trima pndgn org lain…. bkn bersgka buruk skg cik syuhada… sbnrnya awk yg bersgka buruk dgn pndgn org lain.. . sy nk tya awk..awk setuju x dgn apa yg sy ckp..kalaau die thu fungsinya niqab die akan jga akhlak die??

  4. betul cakap mak awak. ada sorang yg sy kenal ni dia pun pakai niqab tp aurat tangan still tak jaga pastu makan ambik gmbar upload, nmpak la dia selak niqab dia macam nak tunjuk kat orang. tak faham apa tujuan dia berniqab.

    • Tahu takpe! Dah berniqab tu, jagalah ikhtilat sekali. Berpada pada lah sikit. Ini sibuk tayang selfie dgn niqab dia tu tunjuk kat semua org. Haih, tak faham betul.

  5. Sgt setuju dgn mak awk. Sgt sgt setuju. Tp tula.. Zmn sekarang SESETENGAH yg pakai niqab ni terus rasa dia lebih baik drpd org lain sekali gus memandang rendah dkt org lain. Kalau tegur org mcm dia maksum sgt. Teguran sinis pulak tu. Post kat instagram gambar berniqab tp mata pakai contact lens berwarna grey yg guarantee bkn natural color mata dia, pastu caption bg hadis yg takde kena mengena n taktau sohih ke tak. Hmm apa lah yg dia cuba nak sampaikan. Benda2 gini la yg buat org lain rasa skeptikal dkt SESETENGAH org yg berniqab ni tp nak buat camne, husnuzzon je la kan.

  6. Betul apa yg mak awk ckp.. dan ini ingtkn saya pd satu kisah yg diceritakn oleh ayh saya.. ada seorang ank perempuan tlh berkhwin dgn seorang lelaki. Penampilan ank perempuan itu berubah setelah berkhwin di mana dia berniqab wlupun ketika berada di rumah ayahnya sndiri dgn alasan taat pd suami.. ayahnya berkata ” aku bela kamu dari kecil hingga besar..bila dah khwin aku tak blh tgk muka kamu..sapa ajar kamu mcm ni…” si ank perempuan hnya terdiam mendengar kata-kata ayahnya..marah benar ayah perempuan itu pd anaknya.. sedangkan suami si ank perempuannya keluar rumah hnya berseluar pendek.. di situ telah menunjukkan agama sndiri dipermainkan… jika ilmu agama kita blm setinggi langit, akhlak kita blm setanding rasulullah usah kita berlakon di mata masyarakat bhwa kita sempurna…ia akn merosakkan diri kelak…

    • Hehe betul tu. Bukankah untuk berbuat sesuatu itu tidak perlu terlalu ditunjuk? =) Antara hubungan kita dengan Tuhan pun biarlah rahsia, tak perlu orang tahu kita buat itu kita buat begini.

  7. Moga Allah memberkati kamu semua, apa pun yg dipakai tajdid niat balik, mnusia suka sgt pandang kesalahan org lain hingga lupa nk tilik diri sendiri..

    Sedikit perkongsian
    .
    Bersangka Buruk

    Jangan kamu memandang kepada mana-mana pendosa, ahli maksiat, dan kepada mereka yang tidak menutup aurat itu, dengan pandangan yang rendah jijik, dengan pandangan yang hina. Jangan kamu memandang bahkan hatta seekor anjing kurap sekali pun, dengan pandang yang rendah sebegitu.

    Jangan kamu merasakan diri kamu itu lebih mulia daripada mereka. Jangan kamu menyangka kamu sudah melakukan ketaatan, kamu sudah dijamin syurga. Kerana kamu tidak tahu sama ada penghujung kamu itu khusnul khatimah, atau su’ul khatimah.

    Tarbiah lah mereka itu dengan akhlak dan kasih sayang. Tarbiahlah mereka dengan kelembutan. Kerana untuk berubah itu, seseorang perlukan masa. Perlukan kepada peringkat demi peringkat, setiap orang berhak di beri masa dan peluang, walaupun perubahan itu mengambil masa yang panjang.

    Bagaimana kamu boleh bersangka buruk kepada mereka? Sedangkan kita dituntut untuk bersangka baik dengan setiap makhluk Allah سبحانه وتعالى. Kamu juga mempunyai aib. masing-masing ada keaiban diri masing masing. Masing-masing ada zaman kegelapan “darkside” masing-masing yang orang lain tidak tahu.

    Akan Tetapi Allah سبحانه وتعالى masih tutup lagi keaiban itu, kegelapan itu daripada mata orang lain, daripada pengetahuan orang lain. Bagaimana kamu boleh bersangka buruk kepada orang lain? Mereka juga bukan Nabi, bukan Rasul, bukan Malaikat.

  8. tak pe cik bunga.. sy salah seorang yg berniqob. ya bla kta berniqob orang expert kta ilmu tinggi.. ya syg.. dan bntk ujian akan dapat.. dlu parents x bg pakai niqob.. dn sejujurnya sy bkn dri sekolah agama. dan sy dlu sama mcm awk ckp yg tudung pendek² tu.. tapi tu dugaan syg . hidayah tu milik allah.. nk berniqob kena isthiqomah.. sy xberubh drastik..sy btulkn diri dlu.. solt yg sllu terbabas jauh lwat .. sy betulkn dlu..kalau kejian ya sy dah dpt.. org kta ko knl nk pakai alim².. nafsu nk cantik tu ttp ad syg tpi kta kena kuat..mujahidah itu pahit tapi manis di jalan allah.. percaya pada diri bla kita nk berubh allah akan bg ujian..smkin kta nk kuat gn allah smkin itu kuat ujian allah bg.. redha kn hati. kta² mak awk btul .. yap syg..nk berniqob tak perlu muka cantik or tidk..ckup kita pakai kerana allah.. apa² jalan yg kta lakukan kerana allah in sha allah allah akan mudahkan.. moga awk dapat berniqob.. isthiqomah bidadari .. semoga niat awak tercapai..

  9. Cantik ni subjektif.
    Kalau awak rasa muka awk ala badut tapi ada jugak org laki nmpk wow cantiknya.
    actually mcmn pon wajah, ada ja kemungkinan timbul fitnah.
    Tknk pkai purdah tkpa. X da yg paksa.
    Tp aurat kna jga. Bila dh smpurna aurat, x tabarruj sbgainy.. inshaaAllah timbul niat nk ikut sunnah permaisuri-ii Nabi SAW.
    X nafi mereka mg cantik jauhhhhh dari kita.
    tp. Cntik itu subjektif. Salaama. Wallahu’alam.

  10. Eh aku rse kan, lbh baik lah kite ni jaga akhlak sendiri, ikhtilat sndiri, ibadah sendiri, hati sendiri. Pasalnya, kite dok pertikai org, tu mcm buat kite rse kite lg bagus dr dorang. Eh lantaklah dorang nk pakai niqab ke, on off ke, off on ke, ape ko nak kesah? Kesah diri sendiri je sudahhh.. lantaklah dorg nk upload 80juta gmbor sehari pon, ape ko nk kisah, klu ko sndri pon dok upload gmbor ko 800 juta kali sehari pon. Ak bkn ape, mcm dh penat nk dgr org komplen itu ini pasal niqabis. Eh, bior jelahhh, yg nk dengki sgt tu kenapaa.. jge lah amal masing² duluuu.. kite ni amal x bnyk mane, tp sebok dok komplen org itu ini.. haihh lantak korang lahhh

  11. Sbb bg aku, kadang kite ni dok pertikai org itu ini, secara x langsunggg je kite ni rse kite lg bagus. Eh tau x kite ni xblh rse diri kite ni bagus tauu.. xboleh.. sbb tu lbh baik kite mengamalkan sikap lantak ko lahh.. giteeww.. sbb adalah lbh baik kite pastikan diri kite ni lepas dlu dihadapan Allah nnt.. baiki diri sendiri dulu.. tu je ak nk ckp.. owh, aku pon x sempurna, sbb tu ak cko cmni.. okay, chioss

  12. Mmm . Lepas baca ni trigt pulak lect. sy kt uni ade bgtahu . Dia xsuka klau student pkai niqab dlm kelas . Sbb rsau ade org mnipu or ape . Ye lahh nmpk mate jee kan . Tapi dia xhalang sape2 nak pkai . N bg dia org yg prlu pkai jika dia terlampau cantek , n kalau org tgk smpai xberkelip mata ,meleleh air liur lahh senang ckp.

  13. Jgn salah kan manusia yg berpandangan sebegitu pada org bernikab..baik lah sy explain..jika awk tgk sesorg pakai helmet, mst org ingt dia nak bawak moto kan? Klu awk tgk org pakai baju uniform nurse, mst awk ingt n ckp dia keja dkt hospital kan? Sama la dgn niqab..org tgk manusia pakai niqab, mst org aspect perangai dgn diri dia mcm mana…

  14. Saya pun pernah minta izin dkt mak saya utk berniqab. dulu2. Waktu tu mak saya pun tak bagi. So waktu tu saya kecewa sikit. But now, dkt ipt saya, saya ada kawan berniqab dan saya nampak perangai sebenar dia. Saya faham dia pun baru berhijrah tp orang lain selalu assume tinggi dkt dia. So saya dah faham, kenapa mak saya tak bg saya berniqab. Mak kita, dia lebih kenal tingkah laku kita drpd kita sendiri

  15. Just nak share… Dah kaji ke imam syafie punye stand ttg berniqab?? Sbb kata mazhab syafie kn :)

    Psl trend dan upload mmg sgt x patut. Tp salahkn jela org tu bkn sbb niqab dia. Kite sibuk benda yg kurg salah berbanding benda yg terang terang salah :)

  16. Teringin saya nak tahu siapa mak tu dan bersembang apa maksud sebenar puan/makcik pada ayat ” niqob tak wajib pon ” … kalau terus saya nak berandaian maksudnya barangkali yg lebih respond ialah pengomen2 yg ada saja …

  17. Jgn pandang orang pandang diri sendiri sifat ikram muslimin jika ada 99keburukan 1kebaikan pada seseorang itu pandanglah satu kebaikan tersebut jika dipraktikan alangkah indahnya hubungan sesama muslim

  18. Walaupun saya berniqab tapi saya setuju dengan confessor ni. Niqabis sekarang macam dah ditarik rasa malunya sebab tak berusaha menjaga diri

  19. Niqab obviously x salah… Si pemakai yg salah guna yg terang2 salah. Bukan salah netizen juga kalau secara x sengaja bersangka buruk pd yg berniqab. Tp sama2 kita sedar juga kn skrg makin ramai yg pakai tp attitude x selari. Ada hikmahnya juga kepada yg buat confession and sharing pasal ni,secara x langsung jadi teguran kepada para mawar berniqab d luar sana. Kalau isu mcm ni x diketengahkan,sampai bila niqabis even yg bukan niqabis yg suka selfie2 d luar sana, nak sedar mana2 yg perlu ditambah baik dalam diri kan. Just saying :)

  20. Apa pun buat ler yang wajib and sunat dlu pkai niqab ni utk yg nak elak maksiat bila org tngok kita, jge ikhtilat..
    Budak2 UIA klau bahas bab ni ngan Sir Afareez hurmmmm..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *