Aku nak pulih

Lepas baca confession ' tolong ini bukan confession commit suicide ' aku terus tersedar yang aku alami benda yang sama juga. Cuma tidak sampai tahap dengar dengar suara suara tu. Terima kasih confessor tu sebab dah rungkaikan apa yang aku rasa sebab aku pun tak tahu apa yang aku rasa tu normal atau tidak.

Benda ni jadi start dari sebulan sebelum aku putus cinta lagi. Putus cinta sebab orang ketiga.Ye betul simple je putus cinta. Semua orang pun rasa. Tapi aku tak tahu kenapa benda ni macam di luar kawalan aku. Orang cakap move on je. Aku cuba tapi still macam ntahla susah. Bagi aku cara break up tu sangat teribble sampai aku bole depressi. Sebab kecurangan semua berlaku depan mata and betul betul toreh toreh hati aku.

Start dari aku kemurungan. Aku yang dulu potpet potpet jadi sangat pendiam. Aku yang dulu suka makan apa saja terus taknak makan. Aku yang dulu ceria terus murung. Balik keje je aku berkurung dalam bilik padahal before tu aku pantang free aku akan jalan jalan atau melepak. Aku menangis setiap malam. Aku susah tido. Sampai berat badan aku turun. Hidup aku betul betul tunggang langgang.

Aku ingat lepas break up mungkin aku akan lebih baik. Aku memang nak move on. Aku nak lupakan semua benda buruk yang dah jadi. Tapi benda tu jadi lagi teruk. Hari hari aku mimpi buruk. Aku mimpi benda benda yang aku taknak tengok. Hari hari tengok benda yang menyakitkan hati kau, kau rasa? Aku decide aku taknak tido.

Then aku try macam macam benda untuk move on. Aku hangout dengan kawan kawan which is salah seorang tu sepupu aku. Aku buat benda benda yang menyeronokkan. Tapi aku elakkn benda benda yang bole aku ingat kat dia. Susah sebab selama 4 tahun jugak perhubungan kami jadi banyak benda yang bole buat aku ingat kat dia. Lagu lagu, shopink mall, tempat makan and lain lain semua yang berkaitan aku elakkan.

Aku elakkan bersendiri. Sampai kan bila malam je aku jadi takut. Sebab bila balik dari keje je sementara nak tunggu tido mesti aku akan ingat dengan benda benda yang sakit tu. Dah la dengan susah nak tido nye. Kepala aku akan ingat semua tu end up aku akan nangis. So solution dia aku decide aku akan lepak kat luar sampai aku penat dan mengantuk kemudian balik aku terus tido jadi aku tak perlu ingat semua semua tu. Memang tak sihat aktiviti melepak tu, tapi tu je lah cara supaya aku tak terus terus murung.

Sepanjang benda ni jadi aku perasan diri aku semacam ada dua orang dalam badan aku. Satu karakter cakap aku kena move on tapi tak dapat macam ditarik dengan satu lagi karakter cakap aku perlu terus menerus ingat dia. Aku tersepit kat tengah tengah.

Pernah satu pagi, pukul 3 atau 4 macam tu aku mengamuk dengan diri sendiri. Aku marah marah diri sendiri. Aku geram sampai bila aku nak macam ni aku dah penat nak sakitkan diri aku macam ni. Dengan tunggang langgang nye hidup aku. Diri aku yang sekarang betul betul bukan diri aku yang dulu. Tapi end up aku menangis semahu mahunya. Nak marah marah pun tak guna sebab itu diri aku sendiri. Dia macam kau taknak tapi kau kena ikut tapi diluar kawalan kau macam tu la aku rasa.

Aku cuba cari jalan untuk betulkan semua ni. Mungkin aku tak redha dengan semua yang jadi, tak bole maafkan apa yang dorang dah buat kat aku. Tipu lah aku tak sayang. Kami susah senang sama sama tapi dia lebih pilih perempuan yang tk berapa bulan dia kenal. Aku cuba redha kan semua and then aku minta maaf dekat dorang mungkin hati aku lebih tenang lepas tu.

Alhamdulillah. Aku lebih baik dari dulu. Aku dah tak murung and aku rasa hidup aku dah pelan pelan normal. Aku dekatkan diri dengan Allah, banyakkn solat taubat. Aku positif kan diri mungkin semua yang jadi sebab Allah panggil aku.

Aku dah bole kawal diri. Cuma sampai hari ini aku memang ada masalah tido. And aku tak tahu nak buat macam mana. But still kadang kadang aku ingat benda benda yang jadi. Aku biarkan je. Aku bersyukur Allah masih bagi peluang untuk aku jalani hidup. Tolong bagi aku semangat ye. Terima kasih sudi baca.

– Masih mencari kekuatan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Alhamdulillah awak berjaya bangkit. Terus dktkan diri dgn Allah. Semakin hari semakin improve.

    Pemakanan yg sihat dan senaman juga perlu lebih kerap supaya symptom2 tu tak dtg lagi.

    Share kan perasaan dgn kwn2 yg dkt. All the best :)

  2. Alhamdulillah. In shaa Allah awak boleh.
    Sebenarnya, Allah nak awak lebih dekat erat rapat. Cuba baca Quran tiap hari. Doa. Redha. Dan yang paling penting, adalah memaafkan.

    Selagi memaafkan itu tidak hadir, selagi itu mungkin akan buat jiwa awak kacau. Cuba, cuba untuk maafkan awak, maafkan dia, maafkan si dia lagi sorang tu :) pasti akan tenang.

    Yakin, semua ini sebab Allah sayang. Doa yang baik baik. Jangan ada dendam apape okay ;)

    Setiap hati “layak” untuk hidup dalam ketenangan. Dan untuk hal ini, redha dan memaafkan adalah asbab untuk awak tenang. In shaa Allah.

    And mungkin gangguan tidur tu bisikan bisikan dari ‘makhluk’ yang tak pernah benti usik kita tuuu. Hihi. Dia suka kita murung sedih. Jadi ubatnya lebih dekatkan diri dengan Allah. Baca Quran. Doa bebanyak. Hihihi.

  3. Kalo susah tidur, kamu kena tulis kt buku atau note phone semua perkara yang kamu selalu terfikir masa nak tidur. Lepas tulis. Set kat minda “ak bertawakal kepada Allah SWT dan esok kalo perlu semua yang ak ingt ni ak cek semula kt nota tu”. InsyaAllah berkesan.

  4. Depression memang penat. Saya pun pernah laluinya. Boleh kata dulu lepas break up hari-hari menangis, overthinking, tidur terganggu dan paling teruk sampai ada suicidal thoughts. Bila dah hari-hari macam mayat hidup, saya tanya soalan dekat diri saya “sampai bila nak macamni?” Dan cuba untuk perlahan-lahan melepaskan dan redha yang dia bukan untuk saya. Takpe sis, take your time, perlahan-lahan move on. Pasal tidur tu, saya dulu ubat tidur doktor bagi pun saya boleh lawan. Lama-lama lepas dah ok sikit baru start dapat tidur awal walaupun takdelah awal mana. Sis kena buat diri sis penat waktu siang, jangan tidur banyak waktu siang, kalau boleh lepas maghrib jangan sentuh handphone dah, buat benda lain sebelum tidur, mengaji ke baca buku ke, elakkan ada ruang dan peluang untuk sis ingat balik kisah silam, berdamailah dengan kisah lama tu dan bebaskan diri sis dari terikat dengan kisah silam.

    Semoga sis terus kuat. Jangan depress lama-lama takut ada apa-apa side effect dia nanti. Macam saya lepas depressed ada anxiety disorder pulak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *