aku nak redha – 10:04 PM

aku nak redha – https://iiumc.com/forumv2/

Aku baru jer habis degree dan aku tak berjaya dapat first class, pointer aku lagi 0.07 nak dapat first class. Yup, memang aku sedih sebab tak pass tapi ada kawan aku 0.01 je lagi nak first class dan tak payah bayar ptptn. Jadi jarak 0.01 atau 0.07 tu telah menjadikan kami penghutang dengan ptptn selama 15 thn. Aku sedih pikir menda ni sebab dulu sem 1 aku dapat pinjaman boleh ubah bank rakyat tapi aku tolak sebab masa tu tak ada sapa nak nasihatkan aku, tak ada sapa nak guide aku. Aku cuma tanya sorang je, atas apa dia bagitau akula yang aku tolak biasiswa tu.katanya, bank kita tak tau masa depan dia cas kita macamana. Aku akur, aku ingat aku mampula dapat jadikan ptptn tu biasiswa, pun aku gagal. Jadi aku asyik terkenangkan pasal biasiswa yang aku tolak tu. Dari sekolah menengah aku dah biasa dapat biasiswa, dan aku memang tak mahu amek ptptn ni. Hati aku belum mampu redha, Allah sungguh aku terasa bahawa lemah sangat iman aku ni. Aku nak sambung master, tapi aku ada hutang belum langsai. Benda ni buatkan aku takut mara ke hadapan, aku rasa gagal. Sungguh, dah beberapa bulan berlalu dan aku pun dah mula bayar ptptn tapi rasa kesal tu masih tak boleh dibuang. Aku tak nak salahkan sesiapa cuma aku masih geram sebab aku ingat bila rujuk pada yang lebih tua dia lebih tahu dan bantu aku buat pertimbangan dalam mengambil keputusan bukannya atur aku untuk buat keputusan yang macamana. Memang, itu last aku rujuk pada orang yang tak bole bantu aku. Wajar untuk aku marah, itu masa depan aku. Kau dah buat aku hilang sesuatu yang bernilai kerana dengar cakap kau. Nasihat aku, korang kalau nak nasihat orang yang bingung berikan dia cadangan atau maklumat berkaitan pilihan yang dia bingung. Kalau dia tak tahu nak pilih A atau B kau bekalkan maklumat tentang A dan B bagi dia pilih sendiri, itu cara kau bantu. Bukan kau suruh dia pilih A sebab kau rasa itu betul. Sebab orang bila bingung, dia ikut je apa orang kata. Jadi berhati-hati, kau taknak dia salahkan kau kelak. Pada yang sudi baca ni, harap bolehlah bagi galakan atau cerita pengalaman yang boleh bantu aku redha dengan situasi aku ni dan buang rasa terkilan aku ni. Susah betul aku nak tinggal setan yang hasut aku untuk pikir perkara silam ni. Doakan aku berjaya dalam hidup, berjaya selesai hutang aku. Insyallah aku akan maafkan dia, aku pun tak sempurna cuma aku manusia. Aku perlu masa. Semoga Allah buka pintu hati aku ni dan jadikan ia bersih sikit. Kotor sgt ni aku rasa.

– poketdora

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *