aku nak sibuk dengan Islam

HATI. Satu daging yang sangat membebankan fikiraan. Adakalanya bila langkah kaki kearah sesuatu yang amatku cintai, ia berbunga-bunga mengalahkan segala taman bunga yang wujud didunia. Tapi, bilamana sedang berduka , dan tindak tandukku menyalahi apa yang hatiku mahu, ia bertukar menjadi satu perasaan bak bencana yang menakutkan semua yang ada. Aku punya banyak impian .. aku punya banyak sekali harapan untuk kurealisasikan dalam hidupku.
Aku tak mahu menyibukkan diri untuk memikirkan sesuatu yang menakutkan hatiku, aku takut untuk berkahwin. Serius, ini hakikat yang semua orang tak tahu. Mugkin bagi orang lain kahwin itu membahagiakan. Tapi bagi aku, kahwin itu sesuatu yang menakutkan sangat-sangat dan tersangat. Aku bukannya wanita yang sempurna. Dan sebab itu aku lebih cenderung untuk mengikut sahaja langkah kaki kedalam sesuatu yang kusukai.
Aku suka mengembara. Aku suka melihat ciptaan Allah sambil berfikir apa yang Allah nak sampaikan kepada aku yang selalu berpijak atas bumi nie. Aku nak sibukkan diri dengan ilmu. Aku nak ikut jalan para alim ulama’. Nak ikut jalan para kekaseh Allah. Aku nak ikut macam Imam Nawawi, yang terlalu sibuk dengan ilmu sehingga lupa soal kahwin. Aku nak lupakan semua benda yang membebankan hati aku .. bukan itu sahaja, aku takut nak menaruh atau memberi harapan kepada manusia. Aku bukan siapa-siapa, aku lebih kenal aku siapa. Aku xnak menyadurkan kekotoran kepada sesiapa. Yang sudah wujud apatah lagi yang bakal lahir ke dunia.
Aku bukan anti hidup berpasangan , tapi aku takut untuk hidup berpasangan. Setiap hari aku menyesali takdir hidup aku sendiri, aku menyesali apa yang dah jadi. Dan aku sedih kerana aku tahu aku sudah xmampu mengundurkan kembali waktu. Namun aku xpernah nak menyalahkan takdir. Aku tahu Allah ada dalam setiap detik waktu hidup aku yang sudah berlalu pergi. Dan aku xpernah nak fikirkan negative, aku selalu cuba untuk memikirkan hikmahnya. Ya, besar sangat hikmahnya, sehingga ke hari ini. Aku sanat menjaga pergaulan dengan ajnabi. Aku takut aku jatuh kedalam perasaan suka dan sayang. Dan aku tak mahu perkara itu terjadi.
Yang berlalu biarkan berlalu. Aku selalu doa supaya setiap langkah aku adalah kearah apa yang Allah suka. Biar Allah saja yang mengatur hidup aku. Aku takut kalau Allah tinggalkan aku dan aku buat keputusan ikut hawa nafsu ssendiri. Allah tau apa yang terbaik untuk aku. Aku tak mau fikir banyak-banyak pasal benda2 remeh temeh. Aku nak jadi macam khaulah al-azwar, walaupon muslimah tapi tangkas mempertahankan agama. Aku xkesah pandangan orang, aku xkesah orang nak suka aku atau tak, yang aku tau, aku nak ikut jalan yang Nabi lalui. Aku nak dakwah , aku nak rasa tarbiah islam. Aku nak jadi penyambung rantai perjuangan nabi. Yang xsibuk nangis sebab benda remeh temeh. Aku nak sibuk dengan Islam. Ini cita-cita aku. Walupon pergerakan aku terbatas hanya kerana aku wanita. Doakan aku.

– khaulah in process

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

9 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *