Aku nak travel – 7:56 PM

Aku nak travel – https://iiumc.com/forumv2/

Assalamualaikum. Tq Admin sebab sudi approve luahakn hati aku ni.

First of all, aku ni student lagi. Sem ni sem final, jadi around bulan 7 camtu aku habis study. In sya Allah.
Ok, aku dah plan lepas study nak kerja, taknak sambung master. Aku dengan best friend aku dah plan nak visit satu tempat ni.
Oversea. Tapi, tu la. Duit.

Aku kira2, ada la kot dalam RM 2000 termasuk flight, penginapan, makan etc etc. Aku memang teringin kot nak pegi tempat ni. Tapi, sekarang memang aku tak de saving lagi. Ingat nak start save duit bila dah start kerja nanti.

Aku nak mintak tolong korang, tolong bagi pendapat je hehe. Korang rasa sekarang ni sesuai ke nak pegi travel?
Maksud aku dengan keadaan ekonomi sekarang ni la. Kadang2 aku fikir macam entah pape je nak pegi travel time2 camni. Ye la, ekonomi tengah tak berapa ok, orang lagi nak save duit sana sini. Aku boleh pulak berangan nak travel huhu. Tambah2 case aku ni, freshie yang baru nak kerja, duit gaji obviously nak bayar study loan, bagi parents, duit makan aku, duit transport etc etc.

Kepada yang tolong bagi pendapat, aku doakan urusan korang dipermudahkan di dunia dan di akhirat. Amin. Yang baca sahaja pun takpe. Aku gembira sebab post ni approved masuk page ni hahaha.

PS – Tolong juga doakan aku dan kawan2 aku dapat kerja baik2 lepas grad :)

Korang rasa camne?

– Kaneki Ken

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *