aku nak tukar ayah

Salam. Aku perempuan. Aku seorang anak kepada seorang lelaki yang aku benci perangai dia. Andai Tuhan memberi peluang untuk aku memilih satu sahaja perkara, aku akan memilih agar aku tidak datang dari ayah aku sekarang. Aku nak tukar ayah!

Bila aku tengok ayah orang lain baik, ambil berat, soleh, aku rasa sangat sedih. Aku tertanya-tanya bagaimana perasaan dapat ayah yang baik? yang bagi nafkah kepada keluarga, yang tak marah-marah, yang tak lebihkan orang lain dari anak-anak dan isteri sendiri, yang berkerja sungguh-sungguh untuk menyara keluarga.

Selalu aku terfikir, kalau aku dah kerja, wajib ke aku bagi belanja dekat ayah yang tak pernah bagi nafkah kat aku? yang tak pernah tanya macam mana prestasi pelajaran aku? yang tak pernah belai dan manjakan aku? Aku kerap kali mengadu kat Tuhan supaya ambil nyawa ayah aku yang tak pernah sekali pun berbuat ihsan pada keluarga seperti saranan Nabi s.a.w. Aku pernah membayangkan kalau ayah aku mati, mungkin aku akan tersenyum sangat lebar dan jadi orang palinggg bahagia. Sekurang-kurangnya aku dah tak tambah dosa pada orang yang wajib taati.
Daripada hari-hari aku sumpah seranah dia dalam hati, alangkah baik kalau dia pergi.

Doaku hari-hari ialah aku nak sambung belajar, kerja, beli rumah dan tinggalkan rumah ni. Aku dah tak sanggup nak tengok muka ayah aku. Hati jadi sangat sakit. Last2 aku yang menangis. Kalau ada orang interview aku tanya pasal kejayaan aku, semua aku akan jawab sebab berkat doa mak aku. Maklah selama ni yang berkerja untuk kami adik-beradik. Sebab doa mak jugak lah aku dapat belajar tinggi. Terima kasih mak.

Catatan ini untuk lelaki ;
yang tak pernah menjadi seorang raja yang layak dipuja permaisuri,
tak pernah menjadi seorang ayah yang disayang puteri,
tak pernah menjadi suami yang didamba isteri,
tak pernah menjadi pejuang yang digilai bidadari,
tak pernah menjadi anak yang mendoakan ayah bonda,
tak pernah menjadi ketua yang ditaat pengikutnya,
tak pernah menghargai susuk tubuh penat lelah sang isteri,
yang terbias padanya hanya dendam dan busuk hati.

Nantikan di akhirat saat lelaki2 jenis ini dihisab, akan beratur ramai orang yang dizalimi di belakangnya meminta hak mereka yang tak tertunai di dunia.

Tuhan, jika ini bahagian aku, maka kuatkan aku untuk redha.

– jamys

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

18 Comments

  1. Syukurlah ada ayah. Berapa ramai org kat luar sana teringin nak tengok muka ayah dia. Yang nak sangat ada ayah walaupun teruk perangai dia. Dapat jumpa seminit pun dah cukup.

  2. Seburuk mana pun…sejahat mana pun….dia tetap ayah adik… tanpa dia.. adik mungkin x dpt melihat dunia… doa banyak2…supaya ayah adik diberikan hidayah….☺☺☺

  3. Waalaikumussalam.. Siapa pun dia, seteruk mana pun dia, dia tetap ayah awak, wali awak. Cuba cari sisi baiknya, cuba gerakkan usaha untuk mendekatinya, untuk memahaminya. Kalau awak rasa ayah awak bukan yg terbaik bg awak, sy harap awak dpt buktikan awak anak terbaik yang ayah awak ada :)

    Kebaikan awk tu pasti akan menyentuh sedikit hati ayah awk

    Doakan yang baik2 buat ibu bapa kita :)

  4. Macam cliche kan semua asyik cakap “walau apapun dia tetap ayah kita…tanpa dia tidak adalah kita…bla bla bla haha”. Memanglah tanpa diorang kita mungkin takkan lihat dunia ni bla bla bla.Itu fakta yang saya tak boleh nafikan.Macam dah meluat kan dengar benda yang sama over and over again.Saya faham keadaan sis sebab saya melalui benda yang sama.Saya setuju dengan bahagian bersyukur adanya seorang ayah ,sis kena pupuk jugak perasaan tu dengan berdoa agar dia berubah.Untuk sekarang ni,sis dapat kerja elok2,bantu mak,bantu keluarga.Jangan serabut otak sangat dok fikir pasal ayah sis tu.Saya pun dulu mcm tak redha dapat ayah ngong camtu tapi sooner or later saya sedar yang kitalah asset yang membawa ibubapa kita ke syurga.

    • Kan…aku ada knl org yg ada ayah cmtu…mmg bg tekanan kpd keluarganya..n org2 sekeliling.. nsb la anak2 pndai n xda buat hal..jd suami n bapa ni kn tahu tggjwb..derita n trauma tu sgt bhy kpd anak2 n ms dpn dorg..org xalami mgkin xtahu..tabahla confessor..doakan bapa ko berubah n ko terus je maju ke depan..moga doa anak2 soleh solehah ni sampai n dimakbulkan Allah hendaknya..

  5. Saya tidak tahu bagaimana perwatakan sebenar ayah sis. Cuma dari apa yang saya baca, sis menggambarkan kebencian terhadap seorang lelaki yang bernama ayah.
    Dan kalau sis minta pada Allah untuk tukar ayah sekalipun, demi Allah itu tidak akan terjadi kerana takdir Allah tidak pernah silap dalam mengaturkan siapa yang akan menjadi ibu dan ayah kita.

    Mungkin untuk kali ini, pandanglah ayah sis dengan pandangan rahmat sepertimana Tuhan memandang kita yang penuh dengan dosa dan kekotoran. Dan dengan dosa itu, Tuhan tidak pernah berharapa untuk mendapatkan hamba yang baru, tetapi Tuhan memanggil kita untuk kembali kepadaNya.

    Setiap orang yang berkelakuan lain dari fitrahnya, atau yang punya masalah, kebiasaannya ada faktor pendesak.
    Dan mungkin faktor itu belum ditemui dari diri lelaki tersebut

  6. Sis kene selalu doakan yg terbaik utk ayah sis dan berdoa semoga dia berubah… bukan mendoakan dia mati !! adakah kita layak utk tidak memaafkan sedangkan Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat… layakkan kita ?!!

  7. doa byk2 pada Allah….semoga Allah bukakan hati ayah cik agar dia sedar kesalahannya & berubah menjadi ayah yg baik…… jgn berputus asa untuk berdoa….inshallah..

  8. Dan saat ble dia menutup mata 2 baru kau sedar org yg plg kau benci 2 la akn jd org yg plg kau syg.even dia xbg nafkah kt kau.even dia xpernah ambk berat psl kau.melainkn dia pernah rosakkn kau,main perempuan,ambk dadah,atau segala kejahatan yg tcatat dlm sejarah penjara org mcm 2 layak kau benci.tp xslh kau doa yg baik utk dia.sbb ble kau bt silap Allah blh bg pluang kdua dan detik kt hati kau utk kau bertaubat knp kau x mnx kt allah detikkn ht dia utk bertaubat jgk.doakn dia berubah bkn doakn dia mati.klw dia da berubah tp kau xsyg dia lg 2 lain cite sbb sejarah silam kau hny kau je yg tau

  9. Sis, jgn sesekali benci pada manusia yang bergelar ayah sis. Ayah kandung pula. Jangan sampai pabila ayah sis menutup mata dan tidak kembali lagi, sis menyesal tak terhingga. Saya pernah berada di tempat sis dan sampai sekarang sakit menyesal tu ada walaupun setahun dah berlalu ayah pergi menghadap ilahi. Jangan ego mengaburi hati sis.

  10. Allah values effort more than action. Sis jangan jelous tengok hubungan baik kawan2 dengan ayah masing2. Sbb kadang kala hubungan tu datang dengan mudah. Dapat ayah yg mmg penyayang so tak susah pun nak sayang balik.

    Tapi Sis tak dapat ayah yg macam tu. Jadi tak salah kalau hubungan tak seelok kawan2 yg dapat ayah yg baik.

    Tapi adalah lebih mulia bagi Sis kalau Sis berusaha untuk memperbaiki hubungan itu. Even if tak dapat jadi macam hubungan mcm orang lain, your effort will be seen by Allah. Kedudukan Sis akan lebih mulia di sisi Allah.

  11. Doakan yg baik utk ayah sis, jauh lebih baik drp doakan keburukan utk ayah. Doakan ayah berubah. Bukan senang nak terima org yg buat jahat pd kita, tp pujuk hati kita dgn doa yg baik utk dia.
    Lg satu, selalu kan kita dengar ayah mcm ni mcm tu, tapi rupanya di sebalik perbuatan dia ada pengorbanan besar yg dia buat. Saya xtahu kisah sis, tp ni yg mampu sy kata

  12. I feel u sis… people that’s come from broken family.. mcm nihla perasaan kita, family sy broken sama mcm sis.. cuma x perlula sy crita pnjng lebar sbb apa tp lebih kurg dgn sislaa but in diff version … org x fhm apa perasaan kita, emosi kita, yup sometime memg rasa nk cerca coz kita manusia.. ada perasaan marah.. paling tak menangis..tuhla yg kita mampu, sy pon kdg2 jdi hilang kepercayaan dkt lelaki sbb dri perbuatan org yg dkat dgn kita sdrik.. serik?? Of cozla ader.. but whats life goal sy skrg, sy lg nk fokuskan kebahagiaan mak dan adik2 sy memandangkn sy ank slung dan adik brdik sy x broken..masa dpn dyorg lg cerah dri ayh sy sdrik.. dan sy x kisah fasal kebahagiaan dri sy sndiri .. x kahwin pun xpe, entah mcm serik pun ada tgok ape dh jdi pd mk kita n adik brdik kita sdrik.. cuma sy nk pesan nk rebel, rebellah dgn cara yg baik coz kalau kita buat jahat skalipun ape beza kita dgn dia.. even hati kita ni tuhan shj yg tahu betapa nk memberontaknya kita…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *