Aku ni kenapa sebenarnya??

Assalamualaikum, harap admin boleh share confession ini.. Terima kasih admin
Aku tertarik confess pasal depression Dan aku rasa aku ada tanda² penyakit depression tapi tak tahu lah kalau² aku ni ada penyakit lain pulak.
Sebenarnya aku malu nak luah kan dekat sini Dan aku ni tak adalah pandai sangat nak mengarang ayat² ni.Harap semua faham apa yang aku tulis nanti.Aku sekarang rasa dah semakin teruk sebab apa aku sekarang nak marah Dan marah je.Kadang² hal kecik pon aku boleh buat aku marah.Macam dah hilang rasa happy dalam diri aku ni.Bila aku marah mulalah hati ni mengacau.rasa sakit sangat nak jaga hati ni.Sifat aku sentiasa berubah².Kadang² aku marah,Kadang² aku menangis Kadang² aku gelak sorang.Akak aku dia takut tgk aku Bila aku gelak sorang²,mcm budak psiko.yelah aku tengah marah lepas tu aku gelak.Kadang aku ada juga cakap sorang².Aku sendiri tak faham dengan diri aku.Kadang² aku tertanya² diri aku sebenarnya aku nak apa? Stress bila fikir masalah aku ni.Aku nak berubah.Dan aku ni juga seorang yang tak ramai kawan.. Boleh kira dgn jari berapa ramai kawan aku.. Aku ni juga jenis pendiam dan aku Kadang² rasa semua orang tak suka aku.sbb tu buat aku jauhkan diri daripada orang.kalau boleh aku tak nak jumpa langsung orang lain.aku tak ada keyakinan diri untuk bercakap Dan berjumpa dengan orang.Dulu waktu aku kecik² aku memang tak ada nak marah² ni sbb mak aku cakap memang aku ni jenis yang tak ada perasaan, aku suka buat hal sendiri.Dan aku pon pernah di cop sebagai seorang yang lurus.Aku ni bkn jenis yang suka berkongsi kisah duka aku pada orang.aku lebih rela senyap Dan pendamkan. Mak aku dulu tak tahu masalah aku mcm mana kat sekolah sama ada rendah Dan menengah.sekolah rendah Bagi aku banyak kenangan buruk daripada manis.waktu sekolah rendah aku adalah juga ramai kawan tapi kenangan Buruk Dari sekolah rendah buat aku bila masuk sekolah menengah aku jadi pendiam teramat, Kadang² aku macam tak wujud dkt sekolah tu.aku memang tak ada keyakinan diri mmg down gila.. Sekarang aku telah cerita semua masalah aku pada mak aku, aku dah luah kan semua.lapang sikit aku rasa.walaupon bkn 100℅.Tapi Aku rasa aku jadi begini sebab hati aku dah lama pendamkan masalah aku.Dan sampai sekarang rasa aku macam benci semua orang.Mak aku ada juga Bagi cadangan kat ayah aku bawa aku pergi jumpa kaunselor. Tapi abah aku tak nak.Abah aku cakap aku boleh berubah dekat Rumah tak perlu jumpa² ni sebab aku yang kena ubah diri sendiri.aku sebenarnya menunggu keputusan upu sekarang.Tapi masalah nya sekarang memang aku betul² tak boleh nak berubah dekat rumah. Susah sangat².Hati aku tetap tak tenteram. Aku sebenarnya tak nak juga jumpa pakar² ni sebab aku tak nak nampak aku lemah dan sakit,aku nak sorokkan hanya keluarga aku je tahu aku macam mana.Dah mcm² aku buat untuk bersihkan hati ni.Tapi tetap gagal.Aku rasa kecewa dengan diri sendiri. Kenapa aku sentiasa tewas.Bila nak buat baik ada je yang uji kesabaran aku.Sampai sekarang aku ni dah jadi panas baran lepas tu berubah jadi lembut hati sikit lepas tu marah.Mmg sekarang aku dicop seorang pemarah.Aku ni tak suka marah² ni,aku je kena jaga hati orang, orang ada nak jaga hati aku.Aku Dah penat!! Aku sekarang pon dah susah nak tidur malam, lepas subuh Barulah dapat tidur.Kadang² aku lebih tidur waktu siang aku.Aku sekarang tak boleh kena marah. serius hati aku panas Dan aku benci.Mulalah muncul api kemarahan tu,lepastu reda sikit keadaan.haha.pelik betul aku dengan diri aku ni.Kadang² silap aku bukan besar mana pon kena marah mcm buat salah besar. Kadang² aku rasa tak ada tempat luahkan perasaan ni walaupun aku tahu Allah ada tapi Kadang² aku perlukan seseorang untuk aku luah kan perasaan ni..Sakit sebenarnya pendam sorang² masalah ni..Tapi aku kena yakin juga ni mungkin ujian buat aku. Allah uji aku sebab Allah sayang aku kan.. Tapi aku tetap sedih dengan diri sendiri kerana Kadang² diri aku gagal tabah dalam menghadapi ujian-Nya.
Maaflah kalau confession aku ni tak menarik, dan penulisan aku agak kelam kabut sikit.. Sebab aku ni tak ada diary so susah sikit untuk luah kan dalam bentuk sebuah penulisan. Selalunya simpan Dan luah dlm hati je.Apa² Terima kasih sudi membaca.Harap² semuanya positif belaka-

– missQ

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

7 Comments

  1. Ur situation..is 110% exact.same with me.every your sentences describe me.kadang rasa macam ada dwipersonaliti.people don’t like to ask how our life.we laugh like crazy.kita bagi orang gelak.bila kita sedih.orang cakap kita cepat kecil hati.yeayh.i started to change during secondary time too.memory is there.

  2. Adik, kalau betul depression, nanti lagi teruk kalau tak jumpa doktor pakar.

    Depression klinikal ni bwh kategori mood disorder. Gangguan hormone menyebabkan mood terganggu. Sbb tu asyik nak marah2 je. Walaupun tak ada sbb utk marah atau sedih, perasaan tu tiba2 je dtg sbb hormone tgh terkacau.

    Dari cerita adik, ada tanda2 kemurungan.
    1) rasa rendah diri/ takde keyakinan diri
    2) tak boleh tidur
    3) rasa nak marah2
    Dan beberapa lagi.

    Jadi, utk confirmkannya, sgt perlu jumpa pakar utk proper diagnose. Takde nampak lemah pun. Org yg mengidap depression bukanlah lemah. Bkn salah adik pun :) adik mampu bertahan tahap ni pun dah kira strong sgt dah tu tau.

    Tp demi mengelakkan lebih teruk, please jumpa pakar ye. Depression ni mcm sakit kritikal jugak. Dengan pemakanan dan gaya hidup yg sihat boleh membantu utk sihat, but u still need ubat dan terapi utk mengelakkan perkara yg lebih teruk mcm substance abuse dan suicide. Mgkn rasa skrg kuat, tapi tak tahu bila Allah akan uji utk kita tak mampu control diri.

    Baguslah kalau ada support system yg kuat dan sering bercerita dgn ibu. Teruskan dan tingkatkan lebih amalan utk lbh dekatkan diri dgn Allah sbb kesihatan tu Allah yg akan beri.

    Teruskan kuat ye :)

  3. Trust me, memang ini ujian dari Allah, tapi tu tak bermakna kita kena diamkan diri pendam sorang2 je atas alasan ‘redha’. ‘Redha’ tu jugak bermaksud cuba sedaya upaya untuk tak putus asa dengan mendapatkan bantuan dan solusi – dan ni bukan melalui doa dan solat dan ibadah sahaja. Untuk masalah2 berkaitan emosi dan psikologi, solusinya perlu multidimensional, perlu cover setiap aspek. Rohaninya. Sosialnya. Biologinya. Seeking help is not a sign of weakness, in fact, seeking help shows that we are brave, brave enough to acknowledge that we want to be better and brave enough to be willing to do anything in order to be better. Pergi jumpa pakar atau doktor tak bermakna kita gila atau psiko. Itu juga salah satu ikhtiar. Allah takkan ubah seseorang kalau seseorang tu tak ubah apa yang ada padanya. As a fellow sufferer, nasihat saya, ketepikan malu dan dapatkan bantuan pakar. InsyaAllah kita niatkan dalam hati mahu sembuh/jadi lebih baik supaya kita boleh jadi hamba Allah yang lebih baik. Kalau tak tau di mana nak mula untuk dapatkan bantuan pakar, pm saya, saya akan beeikan guide insyaAllah.

  4. ni sama mcam kisah aku..rmai kwan xbrape suka nk brkwan ngan aku sbb ak pemarah..aku mcam xde tempat untuk luah semua msalah aku..kwan ak pelik kdg2 ak marah kdg2 ak snyum sorang..

  5. kenapa semua org kt sekeling aku asyik nk marah aku je lagi2 kwn aku…..aku buat bende kecik je pon tp semua nk marah aku..sedih ah hari2 mcm ni..penat tau tk?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *