aku overthinking penakut gila yaaA Rabbiii ! ! !

assalamualaikum , hye . aku ada satu problem bekait dengan diri iaitu penakut gi la yaa rabbi . kadang tu perkara tu sebenarnya tak ada apa² pun . cuma tu lah . aku ni jenis over thinking . dan sebab kan over thinking ni lah something yg sebenarnya takada apapa sangat pun , tp boleh jadi huru hara dekat aku .

kisah nya macam nie . okay , first aku nak bagitahu yg aku bukan budak iium . tadi aku teman kawan aku si D pergi pekan sebab dia nak beli tiket bus untuk balik final nanti . and bila dah sampai pekan kitaorang g bank kejap . sebab D nak keluar duit dulu . then lpastu kitaorang jalan lah kaki nak ke stesen bus . ada lah dlm 5 ke 10 minit jalan kaki nak sampai ke stesen tuu . D ada tanya aku nak lalu jalan dalam ke luar . aku cakap lah dalam , sebab luar tu jalan besar . takut (banyak lori lalu lintas) . so okay lah lalu jalan dalam . masa dlm pejalanan tu aku sembang² ngan D , adalah bukak topik pasal budak yg hilang baru² ni kan . masatu kitaorang lalu jalan yg dh biasa kitorang lalu . so rasa biasa je lah kan . lagipun malam tu ada pasar malam . setiap rabu ada pasar malam . so aku expect ramai org lah lalu jalan situ even gelap sikit .

okay . masa nak pii tu takda hal . tapi masa jalan nak balik tu , lalu jalan yang sama . masatu aku tengah sesembang ngan D . D belah kiri , aku belah kanan . masa aku tengah cakap² tu muka aku straight lah kan . D muka dy macam pandang ke kanan lah sebab nak dengar cerita aku . lpastu dy ada cakap jugak , tetiba dy benti cakap n dy kata "ada org ke situu ..?" dy pandang kanan aku . masatu kan muka aku straight . so aku pandang lah kanan . nak tengok . lepas tu aku nampak memang ada bayang org . dh la rumah tu macam rumah tinggal babyak semak² . masa aku pandang tu aku nampak bayang org dy tengah duduk mencangkung and ada gerak² sikit .

lepas je aku terpandang macentu , pehh aku terus lari pecut weiiiiiii . kawan aku si D tu pun pecut jugak . si D ni dy okay je lari x de la lambat kepe . cuma dy takboleh kalau mcm terus lari tekejut ni . nanti dy cepat sakit badan sakit situ lah sana lah sini lah sinuuun semua . n masa aku tengah lari pecut tuu , aku dengar si D ni macam ada cakap somethg . tp aku x brapa nak jelas sangat . tapi nada tone dia macam somethg panic . aku try denga apa yg dia cakap . aku pikir dia cakap "wa,, org tu kejar kita.." srs aku x pandang belakang dah memang aku terus laju kan lagi lari pecut aku . up kn level speed .

bila dh sampai kat depan sikit tu ada lah kedai makan cina dkat area perumahan . aku berenti . sebab aku dh kompiden sikit sebab nampak ramai org kan . lpastu si D ni mengah² . n then baru dy cakap , "waa,, perut akuuu …" (D ni tengah senggugut . tu yg perut dia buat hal) . bayangkan lah dh la sakit perut macentu lpastu kena lari macentu pulak . haih . aku serbasalah kat D . n rupanya sebenanya yg tadi tu D bukannya cakap "wa,, org tu kejar kita.." tp senanya dia cakap yg perut dy tengah sakit sangat . lpastu aku pulak pii up kan speed lari . lagi kesian drkat D . ye aku tahu yg jauh beza bunyi antara "org tu kejar kita" dengan "perut akuu .." tapi tu lah macam aku kata . aku ni kalau dh overthinking takut dia sampai macam tu sekali .

aku bukan nak lepaskan diri sendiri je sbb masa aku up speed pecut tu si D ni pun upkan jugak speed dia even terpaksa walaupun peeut dia sakit masa tu ( D ni atlett .. so nak lari laju² ni xda hal kat dia . tp masa tu tgh senggugut kan ..) masa aku dh stop lari tu si D punya membebel² kat aku . hahaha . siap dia kata habis shawl dy tecabut² . sebab memang ada jarum dy dah tercicir pun . hehe . kesian D . semua nya gara² aku .

lpastu aku betulkan lah tudung D sikit . lepas tu kan , aku pandang belakang balik . aku nampak ada 1 kereta hitam . besar . lebih kurang macam kereta Ford ke Hilux haa gituu . nak tahu ? lepastu aku pergii pecuttt balikkk . sampai ke depan . si D pun apa lagi dy pun follow lah jugak pecut . D ni bukan apa , dy kalau nampak apa aku buat , mcm lari kepe dy memang akan ikut juga . even dy tau sebenarnya xada apapa pun . aku jeh yg lebih over thinking .

lepas tu aku berenti . kena bebel lagi dengan si D huiii . kesian dia . dengan perut dia sakit lagi .

hm itu lah problem aku . aku jenis yg over thinking terlebih sangat . sebenarnya x ada apapa pun . tapi aku yg bertindak lebih . bukan apa , bedasarkan viral yg pasal budak hilang tu , lpastu kawan aku ada kata kat grup hati² semua and so on lah . lpastu boleh pulak dy kata dekat aku "hati² .. kau tu dh la kecik , ringan , xpasal² senang² je nak kena dokong… sana dh la ramai bangla" (tinggi aku 153 n berat dalam 37kg gitu . comelkan aku . heeee…) . ya Allah . bila dia cakap macam tu lagilah buat aku rasa lagi takut tau tak .

dan aku pernah jeh bila naik kereta sapu minx tolong pakcik or student hantarkan pii stesen bus , aku memang akan bawak pisau lipat (pisau yg org selalu asah buat pencil khat tuu..) dan ada org kalau dy bawak pisau pun , dia akan prepare letak dalam beg kan , tapi aku tak . aku akan pegang pisau tu . sebab bagi aku , kalau diapa-apakan rasa macam susah nak keluarkan dr beg , nak mencarinya lagi . so better aku pegang siap² . ada pernah sekali tu aku naik ngan pakcik , dia nampak je aku pegang pisau tu . dia senyum je (pakcik tuu baik jee sebenarnya ..) . x da kata or tanya apapa lah . kadang tu aku mcm saja nk tunjuk kt org yg aku ada senjata , biar dorang akan fikir yg dorg takkan berani nak usik aku sebab aku bersenjata . tu je tujuan aku nak show off senjata tu . takada niat apapa pun sebenarnya .

masa aku dh sampai U tu , aku ungkit balik kat D apa yg jadi tadi . aku just cakap kat dia "tu baru biasa² weh panic aku , org tu x kejar pun aku dh panic pi pecut lari . cuba andai kata kalau org tu keluar dr semak , dy just keluar je , bukan nak kejar kita or apapa , aku dapat bayangkan yg aku akan menjerit . kau bayangkan kalau aku menjerit sekuat alam ni , padahal sebenarnya tak ada apapa pun yg jadi . just aku jeh yg overthinking lebih" . D just diam n ada nasihatkan aku sikit . jangan terlalu panic sangat .

balik tu aku story dekat roommate aku . dia boleh bantaiii gelak dengan aku punya perangaiii . hahahaha . dia geleng kepala je . sebab dia x sangka yg aku sepenakut itu . dy cakap aku patut jumpa caunselor tanya apapa tips yang patut untuk nak atasi over panic overthinking aku ni .

so kepada engkorang ada tak tips² or cara² untuk aku nak atasi prangai overthinking nii . sebab iyelah . ni baru hal macamnie , aku dh buat perangai macam² lari lah apa lah . takut nanti akan datang akan terbuat yg pelik² pulak nanti . Na'uzubillah . sebab masalah yg akan datang kita tak dapat nak jangka dalam bentu macam mana pulak kann .

– Dinda

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *