Aku pelupa
Hai, aku ada masalah pelupa. Aku dulu waktu kecik baca sekali dah boleh hafal. Budak bijak. Tapi sekarang ni baca 10 kali pun belum tentu boleh hafal.
Aku tak tahu punca sebenar aku jadi pelupa ni. Mungkinkah kerana dosa yang banyak ataupun kerana aktiviti lasak. Aku banyak kali je jatuh dan terhentak kepala. Pernah sekali kem tu aku jatuh dari tempat tinggi (2.5m kot) tak dapat control kaki sebab tanah licin. Sampai tudung aku tercabut entah macam mana. Tu la lagak berani sangat.
Sekarang ni aku susah sangat nak ingat. Kadang aku rasa memori aku makin lama makin loss. Aku makin susah nak ingat walaupun umur aku baru 24 tahun. Bila aku tengok citer Remember War of Son. Aku rasa macam aku ni ada alzheimer ke. Huhu Berapa banyak cerita korea yang aku tengok pun aku dah tak ingat jalan cerita/ tajuk dia.
Aku tak boleh ingat apa yang aku baca. Kadang-kadang, baju apa aku pakai semalam or semalamnya pun aku tak ingat.
Patut ke aku check doktor? Ada ke cara nak pulihkan balik ingatan aku ni?
– hanari rose