Aku Penat

Assalamualaikum buat semua pembaca. Lama dah aku tak jenguk page ni, hidup aku terlalu busy dengan ujian sendiri sampai aku tak rasa nak membaca luahan hati orang lain….

Seperti manusia lain, aku pun ada ujian yang Allah bagi. Tapi kenapa aku rasa macam nonstop… Adakah aku tak layak bahagia.

Hampir setiap hari aku motivasikan diri aku, Allah uji sebab sayang, Allah takkan uji lebih dari kemampuan kau,

Kau kena bersyukur Allah masih bagi ujian kat kau, Allah nak hapuskan dosa kau, kau kena sabar nanti akan ada hikmahnya. Ayat ayat tu akan jadi penyejuk hati aku buat sementara..

Tapi kadang jiwa aku rasa berat tak mampu tanggung apa yang aku hadap sekarang ni.

Apa yang aku boleh fikir, Allah matikan aku, aku takut dosa bunuh diri maka matikan aku Allah, penatnya aku untuk hidup…

Mesti tertanya kan… Apa yang aku hadap sangat ni sampai aku rasa penat..

Kau tak penat? Dari kecik kau dah hadap keluarga pecah belah, meningkat dewasa kau dianiaya dibuat macam sampah.. Sampai kau hilang percaya pada manusia, kau hidup bagai mimpi, kau dah penat kan?

Tapi Allah bagi pulak kau anak istimewa.. Aku bersyukur ya Allah kau hadirkan hadiah istimewa ini sebagai pengganti atas dukaku.

Tapi hadiah ini terlalu berat untuk aku. Kadang aku rasa tak mampu menahan perasaan sendiri, menahan sakitnya pengorbanan.. Pengorbanan apa aku buat? Yang ada anak istimewa akan faham maksud aku.

Aku makin hilang diri aku, aku hidup demi anak semata, aku cuba bangun tapi hanya semangat sebentar sahaja.

Suami pula, aku bersyukur dia baik melayan aku tapi segala nasihat aku dia hiraukan.. Masih memilih lepak dan game, dari aku mula sayang mula percaya buat aku rasa seorang diri.

Lantas apa doa aku? Matikan aku dan anak aku bersama ya Allah, tidak aku ingin bebankan sesiapa dibumi mu ini.

Aku penat, nak meluah jauh sekali. Pada siapa boleh aku luah hal begini? Hanya pada Allah. Hanya sesekala aku menangis tanpa raungan untuk melegakan rasa penat didada.

Aku pendosa tapi aku penat nak teruskan. InsyaAllah masih ada sekecil iman dihati, aku sekadar meluah walaupun kita semua tidak saling mengenali.

Terima kasih sudi mendengar luahan aku.

– Putih (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Assalamualaikum puan putih. Saya doakan puan dan anak sentiasa berada dalam rahmatNya.
    Mungkin keadaan kita sedikit berbeza, saya juga diuji dengan ketua keluarga bermasalah sedari kecil. Dan kini saya juga diuji perkahwinan saya dan mendapat hadiah juga dari Allah, 2 orang anak istimewa.
    Setelah beberapa tahun, saya sedar, walaupun saya sentiasa berdoa Allah bimbing saya dan beri saya keluatan, bimbingan dan kekuatan itu perlu sicari dengan amalan dan perlu konsisten setiap hari walaupun sekejap.
    Jadi usai pagi, saya akan buka ceramah agama atau zikir atau rancangan motivasi. Saya dengar ataupun tidak, janji buka, sebab kita sebagai ibu anak-anak istimewa perlu vibe positive untuk lalui hari-hari yang mencabar.
    Dan yang kedua, buat satu amalan konsisten setiap hari contoh zikir ketika memandu atau memasak. Baca Quran at least setengah page pun takpe. Buat ikut selesa dan kesesuaian masa puan janji konsisten. Masalah yang lainnya Allah akan permudahkan jalan sesuai masa yang dikehendakiNya. Seberat mana ujian, bila kita terima dengan redha, inshaAllah Syurga menanti di kehidupan yang kekal abadi.

  2. Aku tak tahu nak cakap apa. Tapi aku sekarang ni juga ada masalah yang aku hadapi seorang diri. Ianya tidak sebesae mana tapi macm sakit jugak lah sebab buat semua seorang diri. Motivasi naik turun naik turun. Kadang kadang rasa takde perasaan satu hari tu sebab teruk sangat. Tapi masih dapat bertahan alhamdulillah. Apa pun all the best kak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *