Sebelum tu, terima kasih kepada admin kalau confession ni disiarkan. Maaf kalau jalan cerita tidak menarik, saya tidak berapa pandai mengarang cerita hidup saya.
"Aku pendosa juga ingin ke syurga". Suka aku dengan tajuk ini, pernah aku tengok tajuk ni di fb seorang pensyarah unisza. Aku berumur 23, sepanjang perjalanan hidup aku, dah macam-macam aku lalui. Kisahnya, aku anak ke 5/6 beradik. Aku anak tengah yang aktif dalam sukan dan organisasi.
Aku tidaklah cantik, rupa tu ada la. Mungkin disebabkan aku ni terlalu mesara, orang mudah melekat dengan aku (Melekat tu berkawan la). Pintar? Tak jugak. Aku tak salahkan perangai aku 100% hingga menyebabkan aku terpesong jauh dari ajaran agama. Aku PENZINA, PEMAKSIAT.
Suami orang… sudah lanjut usianya, agak2 52 tahun. Seorang yang berjawatan tinggi di jabatan s** kerajaan negeri. apa saja aku minta pasti dia berikan, duit, pakaian, kereta, dll. Asalkan bersama dia. 2 tahun *2012-2014* aku bersama dia, akhirnya aku mendiamkan diri kerana tiba-tiba terdetik dihati ini ingin bertaubat. Ntah siapa yang hantarkan aku lagu nasyid "taubat seorang hamba". Masa tu aku buka lagu kononya nak hilangkan kusut, dalam bilik gelap..romate takde. Tiba2 dalam lagu tu sebaris ayat "hati hiba mengenangkan dosa2 yang ku lakukan". Hati aku tersentuh gilaa. Malam tu aku menangis sampai tak tidur sampai subuh. Hari tu jugak aku stop contact c dia. Dia cari dan cari aku. Aku diamkan. Akhirnya aku, tukar nombor. Bebas buat sementara dari dosa-dosa besar.
Di unversiti, aku terbabas lagi… aku tergoda oleh si dia yang acah-acah nak jadi kawan baik *bff* kononn. Akhirnya aku tewas dengan nafsu. Kalahhhhh.
aku stop jadi bff dia setahun lepas itu disbabkan aku dah tak larat dengan dosa-dosa yang aku tanggung. Serius, aku tak sanggup nak terus-terus menjadi pendosa. Aku cuba untuk beristiqomah tapi aku lemah. Aku tak tahu macam mana nak terus kukuh dalam perjuangan ini. Akhirnya aku berniat, memilih untuk tidak berkhawin. Aku berdoa agar tiada jodoh aku di atas dunia ini. Aku bosan dengan nafsu, aku bosan dengan lelaki. Aku mahu fokus dengan masa hadapan dan keluarga. Aku memilih untuk tidak berkhawin kerana aku merasakan aku tidak layak untuk berkhwin dengan lafaz ikatan suci itu.
Sekian.
Aku pendosa juga ingin ke syurga,
Ingin merasai nikmat syurga,
Tapi,
dosa ini membuatkan aku jauh dari agama,
jauh dan hanya bermimpikan syurga,
yang dirasai… cuma dekatnya neraka,
Membakar sosok tubuh ini.
Tuhan, hanya satu aku pinta,
Cekalkan hatiku,
Untuk terus dijalanMU.
biarpun akhirnya aku di nerakaMU.
– miss kemboja
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
tak payahlah part² bagai..nampak fiksyen dan mereka-reka.
Allah ampun semua dosa walau besar mana pun. Az Zumar 53. Jangan putus asa.
Tengku Ahmad Syamil lagu kau sampai skrg mengubah hidup
Benar kah x nak kwin sis? Pikir elok2 smula…doa kte x nak ad jodoh di dunia tu…kalau Allah kabulkan…sis tengok je org kwin nnt…brdoalah smoga d jdohkan pd mse sis brsedia dn dgn org yg betul…berdoa untk mndpt kebaikan dunia dn akhirt x salah…
U org kemboja ke? Amboiii mai sni sedapp menapau2 lelaki kaye ye. Dushhh. Amekkawww. Hahahha lawak ja.
Semoga Allah ampunkn.. Semoga berubah jdi sbaik muslimah