Aku Pendosa Orang Ketiga

Salam semua, nama saya Dinda (bukan nama sebenar), berusia 30 an dan bekerja, saya seorang yang memiliki rezeki yang baik kecuali cinta…

Saya benar benar dalam proses ingin mencari imam dan disini lah bermula kisah cinta yang menyakiti saya.

Saya telah berkenalan dengan seorang lelaki, semasa diawal perkenalan saya memang telah bertanya status dia, dan dia mengatakan dia bujang.

Dengan niat yang ikhlas saya telah membuka hati kepada si dia dengan baik nya, apatah lagi sepanjang perkenalan kami, dia sangat menunjukkan minat kepada saya.

Saya juga telah menjaga dia dengan sangat baik, cinta, rindu, kasih sayang dan keikhlasan kepada dia…

Pada suatu hari saya telah berjaya menjumpai sekeping gambar kawin dia, dan saya pun tanya status dia, dan dia mengaku telah berpisah,

Dan silap saya juga kerana terlalu percaya tanpa selidik, kami meneruskan hubungan walaupun saya tahu dia seorang duda dan mempunyai anak2..

Sampai satu masa, saya memilih untuk melanjutkan hubungan yang halal dan disitu dia mengakui sekali lagi yang dia masih mempunyai isteri dan belum bercerai, betapa hancurnya hati dan perasaan saya pada waktu itu..

Kerana keikhlasan saya dibalas dengan penipuan.. Sedangkan saya memang sangat mencintai dia dan ingin menikahi dia…

Tapi kami masih berlarutan berkawan sampai kantoi dengan isteri dia dan disitu la konflik berlaku… ]

Dia sendiri mengatakan masalah isteri ye kepada saya dan saya mula rasa kesian kepada dia kerana menjadi mangsa dalam perkahwinan..

Tapi apa kan daya kerana anak2 memilih untuk terus bersama2… Dan saya semakin hari semakin keliru dengan apa yang berlaku dan firasat saya mengatakan dia sangat cinta kan isteri dia dan dia sayangkan saya..

Tapi saya tak nak jadi insan ke 3 dalam hubungan.. Saya memilih melepaskan dia dengan perlahan2.. Sampai waktu ini saya masih keliru dan rasa berdosa dalam masa yang sama….

Sakit hati, sayang, rindu, cinta.. Perasaan yang bercampur… Tapi saya lebih sayang kan Allah.. Saya kuatkan diri untuk move on walaupun saya sakit hati…

Saya sampai jatuh sakit, tidur tak lena, makan tak lalu… Sampai saat ini saya masih dalam proses move on.. Doakan saya kuat..

Wahai isteri….. diluar sana, ketahuilah tiada niat saya untuk mencintai suami orang, ada masa kami juga mangsa suami2 anda… Saya sendiri berusaha elak dari bercinta dengan milik orang lain sejak dari dulu..

Mungkin ini ujian untuk saya kerana saya dulu seorang yang anti orang ke 3… saya juga mangsa dan sakit dipermainkan.. Sedang kan saya jujur dan ikhlas dalam percintaan..

Doa kan saya kuat… Saya cuma nak hidup normal mempunyai suami dan anak2 macam orang lain… saya ada segala nya tapi saya tiada cinta hati saya…

Terima kasih awak kerana memberi saya luka ini… Sakit ye.. Allah je mampu membalas nya…

– Dinda (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *