Ejen Tersakiti

Aku tulis luahan ni mewakili isi hati aku dan kawan² seperjuangan aku…

Lama aku kumpul kekuatan untuk tulis luahan ni. Sebelum ni aku (dan agen² yang lain) simpan rapat sebab nak jaga hati seorang founder.

Pada 2020, aku join bisnes jual produk jus untuk ibu hamil berasaskan delima dan sarang burung. Komisyen yang founder tawarkan agak lumayan untuk pakej combo.

Sifat dia yang pada mulanya aku nampak penyayang, soft spoken, lemah lembut dan gigih buat aku admire dengan semangat dia.

Tambah pulak sentiasa panggil kami agen² ni ‘shayangggg’. Memang kita assume kita macam 1 family lah.

Awal² tu happy dan seronok je sebab masih baru kan. Semangat lain macam…

Aku memang pulun dan all out dalam marketing. Sampai aku dan agen² yang lain juga hari² dapat sale.

Bisnes produk ibu hamil ni founder buat dengan husband dia yang kami gelarkan Bos.

Awal 2021, founder dan bos decide nak bagi reward berupa gold wafer Habib 999, berat 0.02g untuk agen² yang hit target sale. Top achiever dapat loket Poh Kong.

Of course excited dan semangat. Appreciation kan.

Maka aku dapat lah reward berupa 1 coin emas Habib tu utk bulan pertama.

Seperti biasa atas nama personal branding dan marketing kami agen² diarahkan flex dengan reward yang 1 tu serta diberi task untuk post yang manis² je tentang founder dan academy (recruitment jadi agen).

Pujian melangit kami agen² tulis tentang founder demi completekan task yang diberi. Puji dan sanjung kalah sultan tau. Nak muntah rasa bila ingat balik.

Hampir tiap bulan aku dan agen² lain hit target sale. Kami masih restock produk even tho rewards yang dijanjikan tidak diterima.

Kami semua tidaklah terus melatah nak tuntut hak kami yang dijanjikan atas dasar nak jaga hubungan dengan founder. ‘Shayanggg’ kannn

Live class yang membingitkan dari founder setiap minggu tetap kami join. Kalau tak masuk pun sebab memang ada emergency dan ada event family macam kenduri dan dinner.

Bila dah free aku tengok semula live video yang aku terlepas tu. Taat tak taat, komited tak komited aku nak cerita ni.

Aku dan agen² dah mula perasan sikap founder yang suka menyindir agen² yang tak fulfill kemahuan dia di socmed dan live class. Seolah² komitmen yang pernah disumbang pada dia tak bermakna apa².

Ramai yang invest buat banner, buat ads hampir RM1k dan offer free trial (which is not actually free dari hq) jenis sachet untuk kenalkan produk dia lebih meluas. But, still tak cukup untuk puaskan hati dia.

Bulan Julai dia dan bos start turunkan komisyen untuk leader. Turun mendadak kauuu…. Sumpah masa tu aku ingat aku sorang je down.

Selamba je dia announce dalam live class macam benda tu tak efek kitorang ni.

Founder sibuk layur agen dengan rank top performance. Agen² join bisnes bukan nak sangat rank tu. Kami nak cari duit. Bukan nombor untuk menunjuk².

Agen yang invest buat ads tu rugi besar.

Sebelum join founder cakap siapa buat ads akan dapat komisyen RM55 tanpa perlu follow target macam agen² yang tak buat ads.. Konon special la. Advance sale team gitu.. sekali bila nak submit order komisyen jadi RM25.

Bila tanya balik dia cakap nak komisyen RM55 kena capai sale sekian sekian.. sedangkan masa member belum on ads dia tak de langsung cakap macam tu.

Member rasa kena kencing lencun habis. Member bukan first time buat ads. Memang pro tapi sebab dah lari bajet dari target asal kes kena tipu dengan founder. Duit dah habis. Komisyen dah kena tipu.

Member dah start down dan offkan iklan since duit dah lebur. Untung tak sampai 40%. Agen tu menyepi dan terus hilangkan diri dari terlibat dalam bisnes ni.

Korang rasa founder sedar tak silap dia?

Nehiii nehii nehii….

Hujung tahun 2021 majoriti agen² makin slow down. Live class pun ramai yang dah tak join. Dalam group whatsapp pun makin menyepi.

Ingat pasal rewards emas habib dan pohkong tadi?

Ada beberapa orang yang dapat rewards tanpa missed tiap bulan.

Dan orang yang dapat complete rewards tu adalah adik bos, mak saudara bos dan agen kesayangan merangkap dah macam adik angkat founder serta adik angkat kepada agen kesayangan founder.

Agen² yang bukan ada pertalian darah dan tak berapa nak special ni dibiarkan begitu saja. Hanya mampu like post mereka dan terus menanti hak kami yang entah bila boleh dapat

Ada dalam hujung tahun 2021 atau awal 2022 tu founder pm agen² yang ada rewards tertunggak. Masa tu aku happy sebab rasa tak sabar nak terima dan boleh lah buat gadai waktu sesak. Hak kita kan…

Founder bagi tau gold wafer Habib tak boleh digadai dan dijual, manakala loket PohKong boleh. Aku tak tau la betul ke tak sebab ada yang cakap boleh je.

Jadi dia akan gabungkan semua berat emas yang tertunggak tu dan gantikan dengan loket PohKong yang sama berat dengan jumlah rewards tu. Aku macam ohhh ye ke.. okay² tak kisah janji dapat.

Sekarang dah 2023. Aku dan agen² lain ada lah cuba WhatsApp founder tapi tak dilayan. Tak de langsung kami ni maki atau sumpah seranah. Habis hemah dan berlembut bercakap, tapi dia jawab salam pun tidak.

Kawan aku ada whatsapp dan call Bos (suami founder), pun sama. Tak de langsung respon dari kedua².

Ada antara kami yang kena unfriend dan block di fb oleh founder.

WhatsApp online tapi diorang palau terus. Btw ada komisyen agen yang dia tak bayar. Dia aware pasal tu. Tapi hati kering betul aku tengok.

Dah macam tak de maruah boleh buat seolah² tak de apa2 yang berlaku.

Kawan kami pm tanya pasal rewards sebab sesak nak guna duit pun dia boleh buat bodoh je.

Founder yang aku kenal ni dulu selalu meratib jika kita mudahkan urusan orang, Allah mudahkan urusan kita.

Nampaknya dia diuji dengan apa yang dia katakan.

And she’s ultimate failure.

Sekarang ni dia aktif ‘jual air liur’ pulak buat kelas shopee affiliate.

Flex kengkonon income ribu² untuk tarik orang join kelas dia. Tapi rewards dan komisyen tak bayar.

Hati² la korang…

Dia gelarkan kami toxic dan negative vibes hanya sebab kami nak tuntut rewards yang dia janjikan dan komisyen je.

Sedangkan dia tak sedar dia hidup dalam toxic positivity.

Siapa yang tak support dia atau tak ikut cara dia habis dia cop toxic.

Ada je la nanti dia buat status play victim+narcissistic kat wall fb dia.

Gas lighting bagi nampak yang kami ni yang jahat pada followers dia.

Terpaling positive sangat kamu ya Mamar Soho

Hidup ini ibarat roda wahai founder.

You are never superior than others.

– Agen Tersakiti (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *