Assalammualaikum, terima kasih admin sudi kongsi cerita saya ni.
Saya nak kongsi cerita manis dan pahit yang mana saya rasa semua orang pernah atau sudah atau akan tempuhi dalam hidup ini. Saya seorang pelajar yang pernah cemerlang ketika dulu, semasa PMR dan SPM, saya antara pelajar terbaik di sekolah saya. kesemua kejayaan ini saya dapat dengan berkat usaha dan doa daripada ibu bapa saya. kesemua kegembiraan ini saya raih dengan suka namun ianya luntur sekelip mata. selepas result SPM keluar saya mendapat tawaran dari Institusi pengajian awam, dan disini semua manis dalam hidup bertukar pahit.
Semasa pengajian saya di Uni, saya sangat bersemangat dan kerap kali berdamping dengan lecturers dan hampir setiap pagi sebelum ke kelas saya selalu mengulang kaji pengajian saya, dan diantara waktu lunch dan kelas (1jam) saya kerap ke perpustakaan untuk ulang kaji, rutin ini dilakukan hampir setiap hari. Tetapi saya hairan apabila datang exam, ilmu yang saya timba bagai bocor di jalanan, sering kali saya cuba fikirkan dimana salah silap, atau mungkin tak hormat dgn ibu bapa, tenaga pengajar atau ilmu, namun tidak pula saya rasa begitu, sebab semuanya okay. Solat juga saya tak tinggal, bacaan al-quran dan lain ibadah sunat. Akhirnya saya tak terpaksa berhenti dari Uni itu atas sebab result yang teruk. Perasaan sangat sedih dan down mula tumbuh, iyalah jika kita sering menyiram air, menjaga dan memberi baja pada pokok bunga tapi diakhirnya bunga tidak jugak kelihatan siapa yang tidak kecewa.
Tidak habis disitu lagi. Selepas itu saya pulang ke kampung saya dan mula mencari kerja, disini pula saya diuji dengan sakit gout pada umur 19 pada waktu itu. Keluarga saya memang selalu makan seafood tapi diantara semua hanya saya yang terkena dan keluarga kami pun tak ada latar belakang penyakit ini, dan ditambahkan lagi saya antara yang paling aktif dalam keluarga, tapi itulah kalau Allah nak bagi yang sihat pon boleh sakit. Disebabkan sakit ini banyak kali saya sering diberhentikan kerja, kerana cuti yang agak lama(kadang2 hanya hampir seminggu), tetapi saya cuba fahamkan situasi mereka, mereka memerlukan tenaga kerja dan tak mampu lagi menanggung rugi jika tidak cukup tenaga kerja, jadi saya tidak menyimpan dendam. Selain itu mulut2 dari saudara mara jugak mula menyakitkan telinga, saya mula menjadi malu untuk ke mana2, tambah2 kenduri saudara, bukan saya tak mahu pergi, bila pergi akan ada suara sumbang yang akan mengata itu ini. “masuk U pastu keluar”, “kerja pon malas”, dan lain2, sedangkan mereka tak tahu situasi saya, dan betapa saya letak effort masa dekat U, tapi itulah kita.. suka judge orang, padahal tak tahu apa pon yang dia hadap. Disebabkan ini dan setiap kali saya balik kerja ibu saya sering bertanya “tak mahu sambung mengaji ke?” , hati saya menjadi lembut dan setuju dua cuba masuk IPT utk kali ke 2.
Saya diterima lagi untuk masuk IPT. Kali ini semangat saya tak seperti Uni awal2, saya masuk seperti terpaksa, tapi saya bertekat nak habiskan juga pengajian disini. Pada sem awal2, saya usaha bersgguh2, dan dapatlah sedikit ganjaran atas usaha saya. kemudian pada sem2 yang kedepan subjek menjadi susah (engineering) . saya pernah gagal selepas bersungguh2 study subjek demikian, tapi itu pada mid term. dan disini, disini bermula “aku tipu” kerana saya melihat “kau tipu”, saya berani jamin hampir 70~80% pelajar didalam dewan(exam) semasa itu menipu/tiru. Pada awalnya saya tidak tertarik lagi untuk turut bersama, tetapi apabila result saya dan mereka bagai langit dan bumi, dan saya atas pagar sedangkan mereka dan setinggi KLCC, disini saya mula tiru bukan atas sebab nak result cantik dah, saya tiru untuk pass. saya tiru tak mahu repeat, kerana apa? bila berbual dengan kawan akan ramai yang kata “kalau repeat, duit lagi nak pakai, masa lagi, eh banyak benda la kau boleh buat daripada buang masa repeat subjek yang sama”, so bila dengar selalu, ia dah masuk dan serap dalam otak. JANGAN KECAM lagi, baca sampai habis.
Di akhir semester, hanya tinggal praktikal dan selesailah pengajian saya di IPT ini. Disini Maha Suci Allah mahu membersihkan segalanya, Praktikal saya sering direject, tapi last2 dapat, dapat dengan boss yang… tak terungkat dengan kata, mungkin akan ada orang cakap saya manja, tapi ini dah soal nyawa, dia suruh saya pergi site yang jauh2 dengan moto(saya tak ada kereta), jalan nak ke site tu lecah dan lincin, sempit dan banyak lori sebesar lori balak lalu lalang, with no gaji, dan kerja itu ini lagi dah jadi mcm kuli dah, kalau kerja hal site saja tak apa ni termasuk hal2 selain dari tu. Praktikal saya di negeri org bkan negeri sendiri. last2 saya mntak extend praktikal saya, dan nak mntak praktikal di tempat lain. Semasa pulang ke kampung, niat saya untuk terus cari tempat praktikal tertunda lagi sebab sakit datang dan memakan masa hampir sebulan, Gout dan sakit urat belakang dkt pinggang.. ntah sakit apa. selepas sembuh saya cadang utk cari praktikal utk jangka masa sem akan datang iaitu 4 bulan dari masa itu. Saya bekerja dgn ayah saya di sawah padi dan bendang. semasa saya bekerja, jika anda pernah kerja di sawah padi anda akan tahu, anda bekerja seorang diri, di tengah2 sawah yang luas, pada masa itu banyak perkara difikirkan.. dan antara perkara yang membuat saya berhenti dan berfikir sejenak adalah perihal “HALAL”.
Hari2 selepas itu, setiap kali saya sedang bekerja perkara inilah yang terlintas.. dan yang terlintas dalam fikiran saya adalah imej saya yang sedang meniru semasa pengajian saya.. kemana ia akan pergi? apa akan jadi jika suatu hari aku bekerja dengan sijil yang aku dapat melalui cara menipu? adakah dengan gaji aku dapat nanti dgn sumber itu aku sanggup beri pada ibu ayah aku? dan bila berkeluarga, sanggupkan aku suap anak bini aku dengan sumber yang haram ni? setiap daging yang haram tempatnya hanyalah di neraka jahanam. dan rezeki yang berkat inshaAllah akan mendekatkan kita pada Allah. perkara ini aku ambil masa hampir 2 bulan utk fikirkan jalan terbaik dan diakhirnya, aku terpaksa melepaskan segulung sijil yang mana aku mahu2kan selama ini. Apalah guna jika senangku pada sumber yang tak baik. Ramai yang tak bersetuju, tapi aku tak marah dengan pendapat mereka. 3 tahun pengajian, orang gila manalah yang mahu berhenti diakhir pengajian, ingat seronok ke? tapi atas dasar haram dan halal, aku terpaksa pilih yang jalan terbaik.
Aku tahu ramai diluar sana telah pun bekerja yang mana diorang pernah tipu/meniru semasa pengajian mereka, nasihat aku, cubalah tinggalkan sedikit demi sedikit, mulalah cari sumber dgn cara lain selain mengharapkan sijil anda, tak lari, berjalan, tak berjalan pun boleh merangkak, asalkan jangan hingga di akhir hayat, bilamana nafas di penghujung, baru anda menyesal. jika anda tak kasihankan diri sendiri, kasihanlah anak bini dan ibu bapa yang mana awk beri makan dari hasil yang tak baik. akhir kata, saya tak suci, kau tak suci, kita tak suci, tapi jangan terus tipu dan menipu diri sampai mati.
Semoga bermanfaat.