Aku perempuan dan aku suka pada perempuan

Assalam. Harap admin dapat siarkan cerita aku ini,aku bukan ingin membuka aib sendiri tetapi sekadar ingin berkongsi cerita. Sejak kecil aku adalah seorang yang kasar sehinggalah kini, tetapi tidaklah sekasar dahulu mungkin kerana aku mempunyai 3 orang abang dan aku adalah satu-satunya perempuan di dalam adik beradik. Apabila aku meningkat dewasa, aku mula perasan kecenderungan dan naluri aneh diriku, iaitu aku mudah tertarik pada kaum sendiri. Pada mulanya aku beranggapan ini hanyalah sementara sahaja atau mungkin perkara biasa jika aku suka lihat perempuan berpakaian cantik. Aku mula perasan aku suka melihat perempuan cantik sejak sekolah rendah lagi, tetapi hanyalah suka tengok sahaja dan andai kata aku mempunyai perasaan pada seorang perempuan, ia hanyalah sementara sahaja. Aku tidak mempunyai ramai kawan perempuan kerana aku merasa tidak selesa dan malu untuk bergaul dengan mereka. Kemudian aku menyambung pengajiannya di Politeknik dan mengambil bidang kejuruteraan mekanikal kerana bagi aku bidang yang aku ambil ini mungkin dapat menghilangkan perasaan aku terhadap kaum sejenis kerana tidak ramai perempuan yang menceburi bidang kejuruteraan dan selain itu aku merasa lebih selesa berkawan dengan lelaki. Perasaan suka pada perempuan hilang sebentar selama aku menyambung pengajian aku, sehinggalah aku memasuki alam pekerjaan perasaan itu timbul semula. Hari pertama aku masuk kerja, aku telah dilatih oleh seseorang dan itulah saatnya perasaan aku muncul kembali, aku tertarik pada seorang perempuan yang aku namakan sebagai S. Pada mulanya aku yakin perasaan ini akan hilang seperti sebelumnya, tetapi aku gagal. Sejak pada hari itu, aku mulai perasan kehadiran S. Hampir setiap hari aku akan mencuri-curi pandang S sehingga dia akhirnya perasan seolah-olah diperhatikan. Saat itu aku mulai mengurangkan melihat dia kerana tidak mahu dia tahu.
Pernah satu hari aku tidak nampak dia ,dan saat itu aku berasa sangat bimbang. Aku terlalu sayangkan dia, aku cuba pelbagai cara menafikan perasaan ini tapi masih gagal. Aku pernah menanggis banyak kali kerana tidak lagi tahan menanggung perasaan ini. Aku pernah mempersoalkan kenapa begitu berat ujian yang tuhan berikan ini.kenapa mesti aku?

Saya sangat sayangkan dia, aku tidak pernah jatuh hati kepada seseorang bagaimana aku suka kan dia. Bagi aku dia berbeza dari perempuan yang pernah aku kenal sebelum ini dan aku merasakan dia sangat istimewa. Aku tidak tahu apa istimewa sangat tentang dia tapi aku sangat sangat tertarik kepada dia. Perasaan itu kian membara kerana dept dia berdekatan dengan dept aku, jadi aku tidak boleh lari daripada tidak berjumpa dengan dia. Hampir setiap masa aku teringatkan dia seolah-olah dia melekat dalam fikiran aku. Aku tahu itulah permainan syaitan tapi aku gagal mengawal diri. Bertahun telah berlalu tapi perasaan suka itu tidak pernah padam.dan aku tak pasti smpai bila perasaan ini akan terus ada, aku hanya mampu pendam, pendam dan pendam. Aku akui aku panik bercakap dengan wanita yang walaupun tidak secantik mana, mungkin kerana aku juga wanita maka aku sangat memahami jiwa dan naluri wanita. Aku terlalu ingin memiliki sesuatu yang ternyata bukan hak aku dan tidak mungkin aku akan dapat.
Aku sedar yang aku tidak lagi boleh hidup dengan perasaan ni. Aku nak berubah. Aku tak boleh melihat dia,atau perasaan sayang itu akan menebal. Tetapi bila tak melihat dia, perasaan rindu bertandang. Aku tak boleh berada tempat dimana dia berada. Tolong aku atasi perasaan ini. Tiada lagi air mata yang mampu dicurahkan. Aku menyayangi dia,sangat menyayangi dia. Aku terlalu teringin untuk menjadi pendamping dirinya, aku ingin sentiasa ada bersamanya semasa waktu susah dan senang. Mungkin kerana terlalu mengejar cinta ni,aku rasa aku makin jauh pada Yang Esa. Aku akui kelemahan diri,aku tidak mencintai Yang Esa seperti yang sepatutnya. Aku masih melaksanakan apa yang diperintahkan Allah swt dengan sebaik mungkin tapi perasaan cinta kepada manusia nampaknya mendahului perasaan cinta yang aku patut curahkan kepada Allah swt dahulu. Aku tewas.

Mungkin ramai yang gagal memahami perasaan orang seperti aku. Ramai yang lebih suka mencemuh dan menasihat dengan kisah-kisah nabi terdahulu. Aku tahu semua itu, cuma aku mahu cara untuk atasi bukan nasihat kerana aku sudah bertahun- tahun mendengar perkara yang sama. Aku hidup dengan bersembunyi dicelah-celah manusia, merahsiakan kesongsangan diri dan menahan kehendak diri. Diluar nampak seperti tiada apa yang membelenggu tapi tahukah mereka aku sedang menangis dan berperang dengan diri sendiri setiap hari dengan sesuatu yang sangat dasyat. Sehingga kini tiada siapa yang tahu masalah aku. Tiada siapa yang boleh aku percayai. Aku buntu, aku berdoa namun masih gagal nak merawat. Aku rasa malu dengan diri sendiri, rasa jijik. Tetapi aku bersyukur kerana perasaan takut masih ada dalam diri untuk aku mengambil tindakan yang salah. Namun aku takut dalam dunia yang sangat gila ini,mungkin bila-bila saja aku kan melakukan sesuatu yang salah. Ya Allah,tolonglah hambaMu ini.bagaimana aku nak lupakan dia terus dalam hidup aku.

– Sha

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

10 Comments

  1. Katakanlah: “Jika bapa-bapa , anak-anak , saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalan Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan Nya”. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik. (QS. 9:24)

    “Tidaklah (sempurna) iman salah seorang di antara kalian sehingga aku lebih dicintainya daripada orangtuanya, anaknya dan segenap umat manusia.” (HR. Bukhari dan Muslim)

    Mencintai Allah dan Rasul-Nya melebihi dari segalanya adalah jalan menuju keselamatan yang hakiki.

  2. Bergaul lagi dgn lebih byk wanita sehingga anda rasa biasa,tidak kekok,malu dan segan..semakin menjauh diri dgn wanita dan bergaul dgn byk lelaki semakin membuatkan anda berada di takuk sama.lawan semula ketakutan dgn cuba mengatasi ketakutan tersebut.jika perlu, sewa rumah dgn byk kawan perempuan..pergi usrah dgn kwn perempuan..bersenam berjogging bershopping dgn kwn perempuan sampai anda mual.lama2 inshaAllah hilang.ini terjadi mungkin disebabkan pergaulan anda terlalu bertumpu pd lelaki sejak kecil,sekolah dan di universiti.semoga berjaya.

  3. parah dah awak nih..cer awak bawak bertenang..cakap senanglah suh tenang,but, you know what?kite teammm!! wat lek wat pis jer..awak takut rasa tu ada kan..awak g cakap dengan die.sembang dengan dia.bergaul dengan die..buttttt…jgn over the limit ok..benda tu suma utk buat awak kurangkan beban sayang pada dia.jgn lebih-lebih…kawan dengan orang lain jugak(perempuan yer)..utk ajar hati and otak awak familiar dengan persekitaran perempuan and untuk buat hati dan otak awak adept yang ohh aku ni pun pmpuan..mana boleh pmpuan dengan pempuan ada sumtin…hehehe..but at the same time, cer tengok perempuan tu dalam-dalam. tanya kat diri awak tu pun pmpuan, tak bawak ke mana pun rasa tu..hahaha… ajar hati tu cakap sorang-sorang, dapat apa if teruskan rasa sayang yg membuak-buak tu..so, cara paling senang, g kawan dengan die. dari situ dapat kurangkan sayang tu. sebab apa dapat kurangkan?sebab die pun bukan mcm kita..hahahahaha..BUT, dalam berkawan tu, jgn awak g pegang-pegang die or awak biar die pegang-pegang awak..sebb saya tak leh pmpuan pegang saya, nnt sy jadi lain..hahahahaha..satu lagi..tak yah la pk mcam mana nk lupakan die ke apa ke.hadap je..hahaha.saya dah try.xleh..so, bila saya saya terpk dia saya pk jelah..sengih sorang-sorang pastu smbung keje balik..hahahahaah..

    • terima kasih atas nasihat yg d berikan..but seriously, sy prnh cba utk bertgur sape dgn dia, sy cba kmpul sgala kekuatan yg sy ade utk berckp dgn die,tp bila die llu jew dpan sy, jntung sy trus berdgup lju sgt2 n lidah jd kelu seribu bhs.. utk snyum pdnye sj, sy x ckup kekuatan, apatah lg ingn bertgur..slaen dr 2 sy akn bers cemburu dan skit ati jika ada sesiapa yg mndkati die..setiap pg sblm sy memulakn kerja,pasti sy akn mncri die terlbh dhulu,krn dgn cara itu lah dpt mmbuat sy smgt utk bekerja..spt ari nie, smue yg sy lkukn lngsng x mnjd d sbbkn 1 ari sy lngsng x nmpk klibat die..ntah la,kdg2 sy slalu berharap sy dpat menjadi pndamping dirinya..sy terllu teringn untuk mnjd org pertama yg ada bersamanya semasa susah & senang..semasa die gembira, marah, sedih dan menangis..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *