Aku Perempuan ‘Kotor’

Assalammualaikum admin, thanks sebab approve luahan hati ni..

Salam syawal semua..

Hmm.. haritu ade satu malam kitorang satu family sembang.. Seronok la gelak pasal masa kecik la.. pasal baju raya la.. kuih raya la..

Lastly, bila one of the member citer psl kawen.. My sis persoalkan pasal relay aku sebelum ni yg asyik putus. Yg terbaru aku putus ngan bf aku.. sehari sebelum puasa. Satu family tahu.. Semua tanya reason psl ape.. Aku kata isu biasa.. perempuan lain..

Family aku salahkan aku sebab aku cari bf yg jenis camtu. Jenis kaki perempuan. Emm.. entah la ex aku semuanya budak masa aku sekolah yang memang aku dah kenal lama. Takde pun budak luar yang baru 2 3 minggu kenal. Semua aku kenal bertahun2 lamanya.

Cuma bila dah couple, baru la nampak 'perangai sebenar', aku ni bukanlah suka menyiasat pun tapi bila benda tak betul jadi belakang aku, Allah nak tunjuk ternampak dari satu kes ke satu kes yang lain.

Aku dah tak larat nak marah. Tak larat nak nangis. Tak larat nak tegur. At last aku lepas je. Walaupun aku memang sayang. Sebab aku ingat setiap satu kebaikan yang dyorang buat pada aku.

Paling buat aku rasa sedih, last ex bf aku sangat disayangi oleh mak aku sendiri macam anak dia sendiri. My mom kalau dah syg, suka sangat bagi hadiah. Pergi jalan ke mana dia ingat je kat bf aku tu nak bagi hadiah ape. Punya syg..

Kalau aku gaduh ngan bf aku tu, mak aku asyik menangkan dia je. Rasa seronok sgt my mom ni sporting terima bf aku mcm anak dia sendiri.

Tapi nasib tak menyebelahi aku, ex bf aku ni buat hal. Dari satu perempuan ke perempuan lain. Aku dapat tahu secara xsengaja. Dia contact ex dia. Bersayang bagai. Remuk hati aku dibuatnya.

Padahal dia call mak aku siap janji dengan mak aku nak amik aku sebagai wife dia. Mak aku pegang janji dia sebab masa tu aku dah heartbroken sgt. Sakit hati.

But at last dia masih repeat sikap dia yang sama berulang kali dan akhirnya aku buat keputusan… untuk break. Aku htr segala barang yang dia bagi kat aku ke rumah dia. Masa tu aku ade masalah jantung. Aku jalan kaki ke rumah dia sebab aku tak reti bawak kereta ataupun motor, basikal pulak mak aku dah buat tukun tiruan kat belakang rumah. So aku malas nak bagi family aku masuk campur aku pergi sendiri walaupun aku sakit. Rumah dia bukan dekat. Kena lintas jalan besar, naik jejantas, lintas jalan besar, lalu la dalam 2 3 kampung baru sampai rumah dia.

Aku bagi kat adik dia suruh bagi kat dia. Aku peluk adik dia kuat2. Aku sayang adik2 dia macam adik2 aku sendiri. Rasa sedih sangat nak berpisah. Aku tahu lepas break ni aku takkan jumpa dyorang dah. Pedih gila aku tahan rasa sakit hati masa tu.

Aku balik rumah. Aku berlagak macam takde ape2. Tapi even aku senyum, ketawa, buat kerja macam biasa. Tapi deep down hati aku macam hancur. Selera makan aku berkurang..

Buat aku rasa bersalah, bukan pasal sikap dia je. Tapi pasal kerja jahat yang kitorang dah buat sama2. Maruah dah robek. Family aku sorang pun tak tahu. Itu buat aku heartbroken sangat. Sampai aku hilang waras. Aku rasa taknak hidup.

Luckily, aku dah ok sekarang. Just kena control depression. Sebab kadang2 rasa diri tak berguna jugak. So untuk tebus rasa bersalah aku, aku niat diri aku untuk taknak kahwin sebab aku taknak zalim dengan suami dan anak2 aku nanti. Biarlah bujang pun. Aku tak nak dosa aku ditanggung orang lain pulak. Aku tahu lelaki mana nak accept perempuan kotor macam aku kan.. Lebih baik alone forever..

So now, the saddest part, kakak aku dah carikan jodoh untuk aku. Seorang ustaz dari pantai timur. Satu family aku bincang dan pujuk aku suruh accept ustaz tu sebab ustaz tu kata dia terima aku seadanya.

Aku tersembam muka aku ke karpet rumah. Nak sorok muka. Rasa nak nangis. Aku sedar aku dah 'kotor', macam mana aku nak accept orang camtu. Rasa bersalah menggunung.

Aku cakap aku dah taknak kahwin. Aku bagi reason sebab aku sakit. Susah nak jaga aku. Maintenance tinggi. Menyusahkan orang. Fullstop.

Family aku still lagi try approach pasal kahwin sebab nak ada org jaga dan my mom pun dah uzur. Takut nanti hidup aku lifeless dan takde org jaga.

Still, aku bulat hati untuk tak kahwin sampai bila2. Sekurang2nya terjaga tangan2 'suci' kat luar sana tu amik aku yang kotor ni.

So, aku just harap korg yg kat luar sana jgn jadi macam aku. Tolong jaga maruah diri. Jangan cabul maruah keturunan korang yg sebelum dan akan datang. Bad for community.

Now, aku nak fokus pd study dan bina ekonomi hidup aku. Bila ade duit, hidup aku boleh berubah. Tanpa lelaki pun aku still boleh hidup untuk tanggung hidup aku.

So untunglah sape masih 'suci' dan ade jodoh boleh kahwin. Kalau couple takyah la try test yang bukan2 nanti end up macam aku. So take care u olss. Love you!

Doakan aku boleh hidup lebih baik lepas ni..

– Insan Tak Bernama

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

50 Comments

  1. Tapi wak, kalau awak bertaubat sungguh sungguh, taubat nasuha kan, awaklah manusia yang paling suci tau, suci kembali daripada dosa.

    Allah tak pandang kita yang dulu, Allah pandang kita yang sekarang. Yang penting, mesti berubah, bertaubat, azam takkan ulang lagi.

    Terpulanglah apa pendirian awak, tapi dah kalau Allah memang takdirkan untuk awak kahwin one day nanti, macam mana? Kita siapa nak lawan kuasa Allah.

    InshaaAllah, mana la tau, akan ada lelaki baik yang akan menerima awak, atas sebab dia pandang awak sebagai seorang yang dah bertaubat sesungguh-sungguhnya, dia tak pandang masa silam..

  2. ان الله غفور رحيم..allah maha ampun..jahat mana sekali pown..allah boleh ampun kecuali syirik….n satu agy..jgn tolak perkahwinan..sbb perkahwinan itu sunnah..nabi kata ..bukan dari kalangan aku..

  3. Jgn buka aib sendri… Allah dah ttp aib kite serapatnye… Siapa kite melebihi Allah???
    Mmg kite rasa bersalah dgn hal yg jd kat dri kite sndri… Sbb dah xsuci.. Xlayak tok lelaki… Bgn la adek… Jgn tolak sunnah rasulullah… Perkahwinan tuh sunnah rasulullah… Kite dah berbuat dosa lps tuh kite tolak sunnah rasulullah.. Layak Sgt ke kite… Letak redha Dan yakin pd Allah… Allah shj yg berhak menilai dri kite…. Doa pd Allah… Letakkn hrapan pd Allah supaya kite dikurniakan seorang lelaki yg mampu pimpin kite disyurga kelak…jgn terlalu ikut kann rasa dik… Muhasabah diri… Bwakkan dri tuk dekat pd Allah.. insyaallah dimudahkan jlnnye… Jgn terus cari Jalan buntu… Kite ade Allah tmpt mgadu segala hal….letak sepenuhnye pd Allah….. Moga Allah Bantu Adek Dan kite semua….. Jgn persoalkan masa silam.. Krn Allah xlihat semua tuh.. ALLAH lihat mujahadah kite tuk meraih redha NYA…
    Moga kite diberi faham…..

  4. Ini baru betul taubat nasuha, kesal smpai xnk kawen nk slmtkn lelaki baik punya pasal. Bkn mcm sstgh yg kt lua tu, mgaku dh tlanjur dh taubat bagai tp masih sibuk dekat2 dgn pompuan. pandai plak tu cri pompuan baik2. Ceh!

  5. Jahat tak bermakna kau ahli neraka. Baik belum tentu kau dijemput masuk syurga. Jangan jadi Tuhan yang bersifat manusia. Kerana Tuhan itu lebih tahu daripada kita segala-galanya. Ambil cermin, pandang diri sendiri. Tanya dalam hati, “Layakkah kita dapat nikmat syurga?” Sebelum kita bercakap “kau ni memang ahli nerakalah!”.

  6. Awak bleh dekatkan diiri dengan Allah bila kawen dengan Ustaz tu,skurang kurangnya dia boleh Bantu kita DLM agama..mungkin Allah dh takdirkan awak untuk Ustaz tu

  7. Sis, kahwinlah sis.. Sis tak kotor pon.. That was a moment, it happened and it passed by.. Sis dah berubah, dah reborn.. Usahlah bawak kenangan lama bersama dalam hidup.. Terimalah jodoh dari keluarga.. Kalau dah masuk alam perkahwinan, hal-hal sebelum kahwin tu lupakan jelah.. And kalau ex nak contact balik selepas kahwin, avoid fully and make sure you change ur number before marriage itself :) no one is dirty sis.. NO ONE.. Everyone deserves a chance.. Many chances also is not wrong if it’s for good :)

  8. Alangkah ruginya…sedangkan firaun manusia yg dilaknat pun memilih pasangan hidup yg baik…jgn buat kputusn mcm ni…mintk petnjuk dn klau rse die baik trime lah…smue org prnah buat silap dn smue org kotor bezanya bnyk atau sikit…dn rmai org yg ‘kotor’ tp Allah sembunyikan kn aib nya…ustz yg awk anggp ‘suci’ tu x suci 100%..percayalah

  9. Semua orang ade kisah silam masing2.. Manusia mane yg xbuat kesalahan. Perkara pertama yg sis perlu buat adalah bertaubat dgn taubat nasuha. Dekatkn diri kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lg Maha Penyayang. Perbanyakkan sedekah dan istighfar. Perkara ke-2 open ur heart and move on! You deserve to be happy and get a new life.. Tak perlu tolak orang baru yg datang dlm hidup n xperlu citer aib awak kt sesape. Banyak2 dgr ceramah agama n stay motivated. Perjalanan sis masih jauh.. Elok la focus study n after this masuk zaman pekerjaan confirm akn jmp lbh raaaamai org lain lg.. Bukak pintu hati tuuu.. Kalau xnk kawin dgn ustaz tu pn.. kawin dgn foreigner pn ok.. carik mamat mata biru ke.. Muallaf ke.. Duda pn xd issue kot.. Yg pntg kawin! Lmbt sikit pn takpe.. Tp jgn tutup pintu hati.. Duk ober c jauh2 dr ur ex.. Travel keluar dr kampung tuu.. Meet new people.. Get a new mind.. See a new world and be a new girl! Good luck and jgn putus asa.. Doa bebanyak. Doa dan terus berdoa….

  10. Selalunya orang tua ini boleh tahu perempuan tu ada dara ke tak.. tengok keadaan fizikal, cara berjalan & sebagainya.. mak awak mungkin sudah perasan masa awak berkawan dengan ex bf awak tu keadaan fizikal mula berubah.. mungkin sebab itu, mak awak layan ex bf dengan baik bbanding ex2 bf yg lain sebab hendak lelaki itu bertanggungjawab.. huhu..

  11. Cume nak gtaw..tade istilah tanggung dosa dalam islam nie..and 1 more thing,kite kawen sbb dara ke??perempuan baik untuk lelaki yg baik bukan beerti ustaz cume layak untuk ustazah..noted that..u r fine

  12. pengakhiran hidup seseorang lebih bermakna. yes, awak salah. tapi mana ada manusia x buat silap. walau apa pon kesalahan yang kita buat, selagi masih bernyawa means ada masa dan peluang untuk kita bertaubat. setiap orang diuji dengan perkara/ masalah yang berbeza. moga sis hidup dalam pelrindungan dan redha Allah serta dikurniakan pasangan yang baik, in shaa Allah :)

  13. dik, lain kali kan jgn bagi diri tu rugi byk2 sgt. kau dah la rugi sbb lelaki tu curang, rugi sbb ‘maruah dah robek’ (aku tak faham maksud benda ni), pastu kau rugi lagi sbb pulangkan brg2 dia.

    patutnya dik, jgn pulangkan brg2 dia tu. kau jual dan hasil jualan ko buat la apa2 cthnya cantikkan diri ke atau pergi travel. baru puas hati!

    pastu dik, nak pesan ni. dlm hidup, jgn percaya lelaki tau. jangan. jangan. jangan. percaya tuhan je. diri sendiri pun jgn percaya sebab diri kita sendiri pun kadang2 menipu kita.

  14. Awk awk awk awk….plz pm sy… Awk awk awk.. Jgn bazir kan hidup awk… Allah dh bagi awk peluang kedua… Kalo awk dh bertaubat… Alhamdulillah… Pm sy plz…. Sy 2ggu awk pm… Kita slow talk… Awk berhak tuk bahagia… Xde yg kotor.. Plz think positif….

  15. Keep strong kamu…kalu rasa need some1 utk share n luahkn,kamu blh pm sy…sy pun pernah lalui masa yg mana sy rasa xnk idup dh masa tu..Almost 2 year sy down, tp skrg Alhamdulillah…kamu blh pm sy kalu nk share story o need friend o talk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *