aku pernah gemuk

Aku ni nak kata cantik, boleh la. Mata koko, hidung mancung, muka boleh belah la jugak. Ni kalau mak aku dengar mau kena ligan keliling rumah. Kakak aku dengar lagi la, silap-silap hari bulan kena bahan berbulan-bulan. Sila jangan kecam saya. Hahahahaha

Aku pernah gemuk. Lama sangat duduk rumah, mak pulak selalu masak. Tunggu lagi. Berat aku naik 20kg. Ha, terkejut beruk aku naik banyak sangat. Bila dah naik banyak, baru aku bertekad nak kurus. Bukan sebab nak cantik sangat pun, aku tak kisah sangat cantik ka tak cantik. Tudung pun kadang kedepan lagi kalau makan. Tak cukup syarat lagi nak jadi wanita matang zaman serba moden ni. Sebab aku jadi cepat letih, selalu sakit kaki. Tu aku tertekad. Padahal selama ni ramai ja cakap aku makin gemuk, aku buat bodo je, lansung tak terasa.

Dan ya, manusia memang memandang yang cantik plus kurus. Bila aku dah gemuk ni baru aku nampak. Kadang-kadang bila aku makan, ada ja yang tengok-tengok aku. Budak-budak laki yang mulut puaka jangan cakap, mentang-mentang aku payah gila nak sentap, sedia dok ejek. Selamat la hakak berjiwa kental. Tapi aku terasa jugak bila ada yang senyum sinis. Macam aku ni teruk sangat. Cara orang layan aku memang lain time aku kurus and gemuk ni. Sangat berbeza. Pelan-pelan, aku mula tak yakin dengan diri sendiri. Selamat la ada kakak yang baik, selalu puji aku, encourage aku suruh diet.

Sekarang, berat aku dah turun 25kg. tinggi aku 167, berat aku 50. Ok la tu, ingat senang nak turun. Mulalah tanya macam mana aku buat, putera-putera yang turun dari bumi kayangan pun mulalah datang mencari jodoh. Abam-abam hot plus sado pun mulalah pandang aku. Oh, pandai. Kirim salam ja la, masa aku gemuk, macam-macam dok cakap. Dah nampak muka aku yang tak tersorok dalam lemak-lemak tu, baru terhegeh-hegeh. Aku dah melalui dua-dua fasa, dan aku dah hadam pelbagai jenis tingkah laku manusia. Aku tak heran kenapa yang gemuk ni kadang-kadang sangat merendah diri.

Diet aku? Memang tak stress sebab aku rela sendiri nak buat. Kalau agak-agak nak stress, aku stop. Aku memang tak akan buat kalau aku stress, stress tu yang nak kacau. Dari boleh control makan, tiba-tiba jadi hantu.

Squat 100x, skipping 2000x, segala jenis video senaman dalam youtube aku download, buat kena la jangan download saja. Menari gedik-gedik ½ jam. Kemas rumah rajin-rajin. Kalau selalu mop rumah 2 kali seminggu, aku mop tiap-tiap hari.
Bab makan, aku completely tinggal makan segera. Nasi ja aku tak tinggal. Makan jugak nasi tapi kurangkan. That’s how I lose 25kg in a year. Setahun la, nak cepat-cepat memang tension la. Segala ubat kurus tak payah try. Sekarang elok la, nanti tua macam-macam penyakit mai.

So kepada yang nak kurus, boleh try. Kalau taknak kurus jugak, jangan merendah diri. Kepada yang dah kurus, silalah jangan memandang rendah orang yang gemuk. Kita belum tentu kurus selamanya. Ada yang gemuk daripada kecil, yang ni susah nak turunkan berat badan. Jagalah hati orang, kadang-kadang dia senyum, kita tak tau dia terasa ka tak. Comel sebenarnya bagi aku orang yang berisi ni, tapi kalau sampai tahap boleh menjejaskan kesihatan, try la diet secara sihat.

– nakbalik

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *