Aku Pernah Malang III

Assalamualaikum semua pembaca. Terima kasih admin siarkan siri Aku Pernah Malang III… Aku kongsikan kisah perjalanan hidupku di sini banyak memberi impak positif. Aku seorang yang tidak mudah menceritakan hidupku pada siapa-siapa melainkan mereka yang benar-benar rapat denganku. Bila bercerita di sini, aku lihat betapa ramainya insan-insan yang menyokong aku dan mendoakan aku. Kalaulah kita bisa bertemu ingin kusalam dan peluk satu-satu (perempuan sahaja ya.. hahaha). Beban kutanggung rasa ringan. Allahu.. aku sungguh terharu..

Pembaca yang budiman, aku sebenarnya tiada kekuatan untuk bertanya kepada N sebelum ini. Dengan kata-kata perangsang daripada pembaca semua, aku mula mengatur strategi. Aku solat sunat taubat, sunat hajat dan istikhorah (tapi mungkin masih tidak mencukupi). Aku sebut nama N di dalam doa-doaku seperti selalu. Aku juga banyak membaca artikel-artikel motivasi tentang “strong women”. Jika ada yang berminat ingin membacanya, aku kongsikan di sini sebahagian (termasuk video):

https://thepowerofsilence.co/when-a-strong-woman-says-goodbye-theres-no-turning-back/

https://web.facebook.com/aidaazlinpage/videos/1590126724399855/UzpfSTEwMDAwMTM4ODg2NzgyNzoxODczNTczODg5MzY1NTU1/

https://web.facebook.com/permalink.php?story_fbid=2076238302450375&id=192969654110592

Sebenarnya banyak lagi.. bolehlah cari sendiri untuk lebih lanjut bagi memerlukannya. Benar kata-kata seorang pembaca, kisahku macam filem hindustan. Untuk makluman semua, bulan Ogos ni satu penulisan artikelku akan dibentangkan dalam konferens antarabangsa di Johannesburg, South Africa. Kalau rajin usahakan cari. Hanya ada dua orang nama melayu yang tersenarai dalam konferens itu. Aku dan penyelia PhDku. Tahun ini juga berita tentang kejayaanku di peringkat antarabangsa telah mendapat liputan beberapa akhbar tempatan. Malah tertera di muka depan. Media sosial turut mem”viral”kannya dan kejayaanku mendapat ribuan like dan share. Mungkin pembaca di sini juga ada yang terlike tanpa sedar.. hahaha.. Google? Ya cuma taip nama penuhku. Tapi bukan Roopleen… hahaha… Semua pencapaian yang tertera itu aku bina di atas rasa kecewa, rasa lemah, rasa hina dan rasa derita. Aku bina juga atas kasih sayang keluargaku dan pergantunganku pada Allah nan satu. Aku tiada niat untuk bercakap besar. Niatku cuma aku mahu mahu wanita-wanita yang rasa lemah saat ini bangkitlah semua. Tiada guna kita bersedih pada perkara lepas. Susah? Memang susah, pedih, sakit dan macam-macam rasa!!!

Berkenaan soalan-soalan yang tidak terjawab tentang N sudah selesai.. Alhamdulillah aku sudah mengajukan soalan-soalan itu. Seperti jangkaan pembaca, dia memang pernah mengalami kisah sedih dalam hidup 10 tahun yang lalu. Sepatutnya dia berkahwin tetapi angkara dendam insan lain segalanya musnah. Dia seorang lelaki tulen. Dan dia hanya menganggap aku sebagai seorang kawan biasa – kawan sepengajian PhD untuk bertukar pandangan dan idea. Dia menjawab pertanyaanku dengan ringkas, padat dan jelas. Seperti yang aku kenal, dia seorang lelaki yang sungguh budiman. Dari dulu dia mahu keluarganya yang pilihkan calon terbaik untuknya kerana dia ingin melihat ibu bapanya bahagia. Aku menduga mungkin orang tuanya sudah ada calon untuknya. Cuma katanya dia belum boleh berkahwin kerana dia belum cukup sihat kesan perbuatan orang-orang tertentu. Sungguh aku terharu mendengar penjelasan seperti itu. Tidak sangka masih wujud lagi lelaki sepertinya di akhir zaman ini. Di akhir perbualan kami, aku katakan padanya, aku berharap satu hari nanti aku akan dapat bertemu insan sama sepertinya untuk menjadi teman hidupku. Dia turut mendoakan aku… Perasaanku saat itu sukar untuk ditafsir dan tiada kata-kata mampu mewakilinya.

Kosong. Hanya itu sahaja yang aku rasa saat ini. Menyambung penulisan thesisku rasanya aku belum bersedia. “What next?” Esok adalah hari baru untukku. Mungkin aku perlu ubahsuai ayat di dalam skrip doa-doaku selepas ini. Tidak lagi seperti semalam. Esok aku adalah individu baru sekali lagi. Aku setuju dengan pembaca, lelaki yang baik jangan dilepaskan. Tapi bila aku renung kembali diri ini, adakah aku cukup baik untuk lelaki seperti N yang kudambakan? Adakah aku menepati ciri-ciri yang diimpikan oleh orang tuanya? Haruskah aku tebalkan muka mencari rumahnya lalu menyatakan bahawa aku mencintai anak mereka? Huh… perlukah aku bertindak sejauh itu… Aku akui aku tidak ubah seperti seorang bayi yang baru merangkak bila bercakap soal hati dan perasaan. Aku tidak banyak pengalaman. Aku tidak pandai mengayat, apatahkan lagi menggoda. Apa yang kutahu, aku cuma mahu saling cintai mencintai, sayang menyayangi, hormat menghormati, lengkap melengkapi dan bersama-sama mencari redha Ilahi.

Aku tidak memaksa N menerimaku sungguhpun aku ikhlas menyayanginya. Bertepuk sebelah tangan itulah yang menggambarkan diriku kini. Aku meminta agar dia berhenti berkongsi tentang progressnya. Sebelum ini, kami saling berkongsi pencapaian/kejayaan kami walaupun kecil (meski terbatas hanya pada kerjaya dan pengajian sahaja). Permintaan itu berlaku spontan, tanpa dirancang. Aku percaya kenapa wujud rasa cinta padanya bukan sahaja kerana dia full package, menepati ciri-ciri yang kumahu, aku rasa serasi bila bercakap dengannya, dia bagaikan cermin pada diriku, sekufu, malah kami banyak persamaan. Impian sama, minat pun sama. Terkenang pula kata-kata pujangga, mencintai tidak semestinya memiliki. Dimiliki atau memiliki pun belum tentu saling mencintai. Wahai pembaca yang berpengalaman, kenapa soal hati dan perasaan sukar untuk diinteprestasi? Sungguh kompleks dan abstrak bagi insan naif seperti diriku.

Mengenali O, P, Q, R…. Z? Entahlah. Aku bukan jenis bersosial baik di dunia nyata mahu pun maya. Aku tidak ramai kenalan lelaki. Di tempat kerja semua milik orang. Takkanlah aku tiba-tiba bertukar watak jadi Husna pula (aku tidak mengikuti drama ini, tapi ia menjadi satu fenomena – yang hebat bagiku bukan Shah, Fika mahupun Husna, tapi Dr Emy, penulis novel JBC yang berjaya memanipulasi pemikiran dan perasaan ribuan penonton). Di tempat pengajian pula… hahaha… sudah tahu realitinya bagaimana. Lelaki yang single cuma satu dalam seribu bagi level post-graduate macam aku. Pun sama semua milik orang. Perempuan ramailah yang single. Rata-rata yang berlatar belakangkan kecewa. Ini satu fakta, saya tidak reka cerita. Dunia di luar dari parameterku? Agaknya adakah yang sanggup menerima perempuan sepertiku? Boleh menerima kekurangan dan kelebihanku? Seorang yang berpendidikan tinggi bukanlah syarat bagiku. Tapi dia (“the next person” itu pun kalau ada lah…) harus tahu, faham dan hormat caraku berfikir.

Dalam siri III ini, aku ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pembaca yang berjaya menghayati kisahku dari awal hingga siri ini. Aku mengaminkan doa-doa kalian. Semoga kalian juga mendapat limpahan rahmat dariNya. Jika ada yang sudi, turunkanlah ilmu baru untukku dan perlukah aku menulis untuk siri IV? Untuk N, semoga N bertemu jodoh yang selayaknya dan akan membahagiakan orang tuamu. Semoga N juga berjaya capai semua impian yang pernah dikongsikan padaku dulu. Aku pernah bahagia mengenalimu. N, awak bertuah kerana pernah disayangi seikhlasnya olehku. Aku sendiri pun belum tentu ada yang memperlakukan aku sebagaimana aku melakukannya padamu. Terima kasih pernah buat aku gembira, bercita-cita dan bersemangat menjadi diri sendiri. Aku memang syok sendiri kan? hahaha… Aku yakin Allah sengaja menemukan kita dulu. Mungkin supaya aku menulis di sini, supaya kuranglah beban perasaanku ini, supaya aku sedar ramai menepuk bahuku di sini, supaya ada di antara pembaca yang terinspirasi oleh perjalanan hidupku ini. Bukan saja-saja Allah menjentik hatiku untuk membicarakan soal hatiku secara terbuka ini. Jujurnya, inilah penulisan paling santai dan paling bersahaja aku pernah buat tapi kesannya cukup mendalam. “Not bad”… Biasanya penulisanku cukup kritikal dan hanya akan difahami oleh golongan tertentu sahaja. Lalu penulisan itu dibahas, dikritik, ditambahbaik oleh pihak ketiga dan jika bernasib baik akan menjadi rujukan scholar lain pula. Bukan senang untuk senang… Huhu…

– Aku Roopleen… bukan nama sebenar

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *