Hmmmm. Assalamualaikum w.b.t semua. Aku tak tau nak mula dari mana. Hidup ini penuh dengan nafsu dan tipu daya. Sumpah demi allah.
Aku lelaki. Tak kacak. Muka biasa2 je. Mungkin ada yang tak tau plu tu apa. Sini aku terangkan dulu. Plu atau people like us adalah akronim yang digunapakai oleh golongan lelaki bernafsu songsang atau lebih dikenali sebagai gay.
Aku baru je berkecimpung dalam dunia ni. Hari demi hari aku teroka term2 baru seperti top, bottom, fun, LTR dan macam2 lagi. Search je Google mesti ada. Harapan jela nak tengok pihak berwajib sekat porn2 ni. Makin rosak dunia aku dengan benda2 ni.
Aku saja nak test kesedapan dunia plu ni pada awalnya. Mula2 aku kulum dulu pastu ke projek plak. Macam2 laki gak aku dah test. Aku baru sekali kena tebuk tapi mujurlah laki tu tak power. Mati pucuk agaknya. Hahaha.
Yang buat aku tambah hairan ialah rupanya ramai lelaki plu di luar sana yang nampak biasa je tak macam songsang pun. Aku saja test market dan tengok kebolehpasaran aku dalam dunia plu. Tak sangka aku pun hot rupanya.
Dengan effect camera nampak la comel sikit aku ni. Aku tukar dp wechat aku. Aku update status aku yang hanya boleh dilihat oleh people nearby. Orang yang pakai Wechat je faham benda2 ni. Ramai gak yang sapa aku. Say hi. Tapi aku faham dah tujuan dorang ni. Nak aku la tu.
Pernah beberapa kali aku melakukan perbuatan terkutuk tu aku ternampak sejadah dalam bilik dorang. Allah. Aku solat, dia solat tapi buat perkara dilaknat ni. Bukan sorang dua je tapi ramai sangat plu kat luar sana. Bukan takat plu, bisek pun ada je yang try aku. Ada awek katanya pernah projek dan dengan aku nak ringan2 je. Suami orang pun ada. Sebaya bapak aku plak ni. Ajak aku jadi bini no 2 kononnya. Okay layan jela. Nafsu punya pasal beb.
Sumpah demi Allah. Nowadays laki tak boleh caya. Muka baik, suci, g masjid, jaga solat semua tu macam aku tapi cari cara lain nak puaskan nafsu. Masyaallah. Tahap aku ni, aku boleh renung mata laki dan agak dia plu ke tak. Kalau laki tu bagi respon yela tu.
Ya allah. Hanyut betul aku dalam dunia plu ni. Macam2 aku dah buat. Kadang2 aku takut gak nak buat benda terkutuk ni. Aku takut masa aku tengah buat allah tarik nyawa aku. Ya allah malunya. Mati dalam keadaan melakukan maksiat. Solat aku tak khusyuk. Solat 4 wajib rokaat tapi kadang2 aku hanyut ehhhh dah berapa rokaat aku solat ni. Allah allah allah. Hinanya aku. Dalam solat sempat lagi aku fikirkan hal2 kotor tu. Sebab tu aku suka solat jemaah kat masjid. Terjaga sikit solat. Hmmmm.
Orang tak faham dan tak akan faham sebab tak lalui benda ni. Aku takut betul hanya kerana aku dan orang2 lain macam aku dunia ini akan ditimpa bala bencana macam kaum luth tu. Hanya kerana aku. Hanya kerana nafsu aku. Hanya kerana aku kamu semua terlibat. Maafkan aku. Maafkan aku. Aku nak masuk syurga jugak tapi macam mana ni. Nabi Muhammad nak ke mengaku aku ni umat dia? Ya Allah. Aku nak taubat dengan taubat nasuha tapi ya Allah susahnya. Besarnya dugaanmu untuk aku terus istiqamah, taubat dan jauhkan hal2 songsang ni.
Kalau aku bagi tau naqib aku ni mesti kena ceramah ni. Bukan ceramah yang aku nak tapi doa. DOA. Doa. Doakan aku kuat untuk lawan nafsu haloba ni dan insan2 plu lain kembali ke jalan yang benar. Tolong bantu kawan2 kita yang ada kecenderungan plu ni. Bukan gelakkan. Bukan sokong. Tapi bantu kembalikan ke lumrah asal. Sekali terjebak pasti sukar menemukan jalan pulang.
Lelaki lurus diluar sana tolong jangan hina kami dan tolong jangan nak menawar, mencuba dan memberi apa yang kami inginkan. Sebab apa? Nanti kamu pun akan turut hanyut dalam nafsu syahwat yang mengasyikkan ini.
Aku plu, aku pendosa, aku ingin syurga. Doakan aku berjaya keluar dari kancah ini. Dan doakan yang lain juga.
– Cikgu ken
tuhan nak tarbiyah manusia macam2 cara. Bukan cara kita. Cara Dia. Kalau tuhan bagi ujian tu tabahlah. Tuhan nak test. Nak tengok kau boleh survive dengan ujian dia ke tak. Ujian yang hebat untuk orang yang kuat. Allah tu adil. Aku doakan kau. Aku pun sejenis kau jugak. Tapi tak expose lagi dgn dunia nafsu. Doakan aku :)