Aku Pun Terpedaya

Aku baca komen komen dalam confession, (https://iiumc.com/mangsa-doktor-kaki-perempuan/). Namun aku bukan penulis semua cerita cerita yang ada sebelum itu. Aku pun tak kenal siapa tuan punya media sosial itu.

Aku pun ada pengalaman pahit dipermainkan oleh seorang doktor pakar bedah. Aku tak pasti orang yang sama atau ada orang lain lagi, pelanduk dua serupa ke.

Aku cuma nak kongsi dan beri pendapat dari apa yang aku baca dalam confession sebelum ini.

Aku juga tidak setuju juga jika semua kesalahan diletakkan kepada doktor pakar bedah itu, mangsa mangsa dia pun ada kelemahan. Tetapi kesalahan tetap ada pada dia juga yang mengambil mudah soal hati perasaan dan maruah perempuan kerana sikap kasanova dia.

Perempuan perempuan mangsa termasuk aku pun ada salah kerana mudah menyerahkan diri dengan termakan pujuk rayu janji janji manis.

Sudah jadi fitrah perempuan, siapa tak nak suami kaya dan berpangkat kan?Iman pula senipis kulit bawang.

Kisah aku. Dia datang dalam hidup aku dulu dari sekadar perkenalan biasa. Dari situ mula bertelefon dan lebih mesra. Dia kata dia single.

Aku tengok dalam FB dia, memang tak ada dia masuk gambar isteri atau anak anak dia. Nak kata aku tak berhati hati tak juga sebab aku dah tengok kot ada kat mana mana gambar dia dengan isteri atau kekasih ke.

Takkan aku nak kacau suami atau kekasih orang? Tapi aku tak jumpa pulak. Aku tengok dia banyak masuk gambar kawan kawan dia, pasal kerja dia dan share perkara islamik keagamaan.

Aku tahu tempat kerja dia dari dalam FB tu. Aku ada tanya dua tiga orang yang sama kerja dengan dia. Diorang pun manalah tahu private life doktor tu.

Aku tak tahu la pasal viral kisah yang lepas lepas itu. Ingat senang ke nak jumpa dalam media sosial tu semua. Apatah lagi aku nak tahu sejarah nikah cerai dia dan berapa ramai orang pernah jadi mangsa.

Jadi aku yakin, yang tulis dalam confession tu semua tahu selepas jadi mangsa la kot. Kalau tahu awal, siapa nak?Kalau ada nak juga, itu memang salah sendirilah, sendiri gali lubang sendiri masuk.

Dia memang cakap manis je. Dengan janji dan harapan cinta yang menggunung. Cakap lemah lembut macam berbisik pun ada. Kalau dah di alam cinta memang syaitan menanglah sentiasa.

Dia pulak memang handal pujuk perempuan dengan kata kata dia. Perempuan biasalah mudah lemah lutut kena goda.

Tapi dia dengan baiknya mengaku nak bertanggungjawab sampai bila bila apa dia buat. Jadi masa itu, macam manalah aku nak tahu sikap pembohong dan pura pura dia itu.

Cakaplah apa sahaja, aku pun tak sangka kena tipu dengan perangai kaki perempuan dia. Kalau tahu awal awal siapa nak kena tipu jadi mangsa dia?

Nak kata aku mata duitan itu, adalah aku tak nafi jugak. Susah juga nak cari perempuan yang tolak lelaki berpangkat dan bekerjaya macam dia dalam keadaaan aku tak tahu sejarah hidup dia. Ingat senang ke nak gali sejarah hidup orang dalam keadaan tak kenal dari awal.

Itupun aku adalah juga tanya dia, tapi dia beri jawapan yang baik baik jela pasal dia. Takkan dia nak mengaku dah ramai dia buat perempuan, dah banyak dia cerai bini atau dia nak jujur mengaku nak buat aku stok geli geli dia je.

Dia pulak bukan muda lagi dengan pengalaman kaki perempuan yang banyak. Dia tahulah kelemahan perempuan dekat mana. Yang ni memang dia mahirlah.

Aku diberi macam macam hadiah dan duit. Takkanlah dalam keadaan aku tak tahu apa pasal dia, aku nak tolak semua itu alasan dia terlalu baik.

Dia pun elok saja masa tu layan aku dengan lemah lembut dia. Sekali lagi aku cakap, aku pun tak tahu dia ada ramai perempuan lain selain aku pada masa itu. Nak tahu macam mana?

Aku tak pernah tengok dia cakap dengan perempuan atau mesej depan mata aku pun. Ingat dia tak cerdik ke nak cover diri dia?

Akhirnya, dalam agak lama macam tu, dia cakap tak boleh teruskan. Aku pun pelik juga kenapa tiba tiba. Dia cakap tak ada hati lagi, tawar hati tak sefahaman.

Aku tak pasti pada masa itu dia ada perempuan lain atau sebab dia suami orang ke. Pada aku tak ada jodoh dan dia dengan senangnya mungkir janji dia hal yang lepas itu.

Aku pun kecewalah. Dalam keadaan masih ada perasaan sayang tu dan harapan nak hidup bersama dia mudah saja pergi macam tu je. Susah juga aku nak move on.

Apabila aku tahu cerita yang viral pada doktor tu dan dalam media sosial tu, aku tak adalah terkejut sangat. Mungkin dia memang jenis mudah tundukkan perempuan. Tentang macam mana modus operandi tu aku tak pasti sangatlah.

Ada perempuan lain mungkin dia buat sama macam kisah aku dan perempuan itu meluahkan kisah dia. Aku baca juga dah ramai mangsa. Pada aku, selagi orang tak kenal siapa dia, orang tak sangka dia ada sikap kaki perempuan dari perwatakan dia itu.

Aku rasa perempuan tu semua tak adalah kata nak dia kembali kepada diorang balik pun. Diorang tu just bagitahu ada usaha pergi cari dia dan minta penjelasan.

Dia pergi tiba tiba lepas tabur janji dan bagi harapan. Aku pun ada buat menda sama tapi jawapan dia dengan kejam dia tak nak aku.

Macam aku, dah lama pun hal ini. Aku dah move on pun dengan orang lain. Aku baca komen ramai yang kecam mangsa mangsa dia bodohlah tak ada imanlah, tak berhati hatilah, nak hartalah.

Tak adil juga, siapa nak jadi mangsa dan diperdaya? Semua orang nak nasib yang baik baik saja dalam hidup ini kan.

Jangan mengata orang kalau kita tak diuji seperti mangsa mangsa dia tu. Aku pun tak nafi, ada yang ditulis itu ada yang betul juga.

Cara doktor pakar bedah tu cara kasanova professional kot. Kalau tak, tak adalah aku baca ramai perempuan dah jadi mangsa dia.. Dia dah tak nak, ada orang lain so move on jela. Aku doa jela dia berubah dan insaf.

– EX Doc Z (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> http://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *