Mangsa Doktor Kaki Perempuan

Aku tidak pasti tentang dua kisah tentang doktor pakar bedah hidung belang itu adalah kisah yang benar atau rekaan sebelah pihak semata mata.

Boleh baca confession berkenaan di sini, (https://iiumc.com/doktor-hidung/).

Apa pun ini kisah yang terjadi antara aku dan juga seorang doktor pakar bedah yang kaki perempuan.

Sikap kaki perempuan dengan nikah cerai yang banyak kali, anak yang ramai berterabur dengan bekas bekas isteri, dan boleh dikelilingi dengan ramai perempuan pada satu satu masa.

Memperdaya perempuan bukan dengan janji semata mata tapi mengambil maruah dan harga diri mereka melalui kata kata manis yang dijanjikan.

Boleh pula pilih pilih mana nak mana tak nak. Yang nak dia teruskan yang tak nak dia buang macam itu sahaja dengan alasan tawar hati dan tak ada jodoh. Dah puas yang dia nak, dia buang juga dan cari baru.

Mudah dia dapatkan perempuan lain dengan pangkat dan status dia. Lebih malang ada yang sudah ditiduri. Ada yang dinikahi tapi tak lama pun. Tak nak dia ceraikan sesuka hati dia. Dia cari perempuan lain. Nikah cerai mainan baginya.

Semua ini benar kerana aku pernah hubungi perempuan perempuan yang jalinkan hubungan dengan dia pada masa dia berjanji dengan aku sehidup semati konon.

Tapi akhirnya dia tinggalkan aku dengan alasan yang sama. Tak ada hati, tak ada jodoh dan siapalah kita nak tolak takdir.

Gunakan alasan sikap aku tak baik sedangkan sebelum itu elok je bercinta sayang dengan aku.

Dia kata aku tergila gilakannya sedangkan mangsa mangsa dia tahu cara dia menggoda perempuan dengan soft spoken, kemewahan, pujuk rayu dan janji dijadikan isteri. Aku tahu dia ada yang lain masa itu.

Yang paling aku tak suka cara dia dengan melaga lagakan perempuan supaya mereka saling bergaduh, dia nampak baik dan innocent. Sebelah sana dia cakap lain, sebelah sini dia cakap lain.

Yang pasti semua tipu daya dan helah dia. Ini pernah dia buat kepada aku dan kekasihnya yang lain. Sebab itu ramai mangsanya menjadi dendam dengan dia kerana putar belit yang dia lakukan untuk dia selamatkan diri dia.

Dia memang ada personaliti ustaz dengan cara bercakap lemah lembut dan muka acah acah alim menguatkan tanggapan orang, dia seorang yang waraq. Bercakap bab agama macam dai dai gitu.

Yang tidak mengetahui memang termakan penipuan watak itu, tetapi pada perempuan yang pernah menjadi mangsa dia, memang tahu dia tidak kisah sentuh perempuan yang bukan halal baginya, bahkan lebih dari itu.

Dibawa ke hotel dengan janji manis. Diberi harapan cinta kasih sayang, dijanjikan untuk dijadikan isteri tapi akhirnya apabila bosan dia buang begitu sahaja dan cari perempuan lain pula.

Aku tak salahkan mana mana perempuan yang jadi mangsa dia kerana aku faham kelemahan perempuan dan dia pandai menundukkan perempuan dengan personaliti dia.

Yang aku tahu dari cakap cakap orang di mana mana tempat dia bertugas, ada sahaja skandal dia. Ada yang dinikahi ada yang sekadar untuk dipermainkan sahaja.

Dalam kalangan sejawatan doktor dengan dia pun ramai tahu kisah kaki perempuannya. Pernah sampai kepada majikannya, tapi seperti biasalah dia menang dengan lakonan innocent dia.

Bekas bekas isteri dan kekasihnya bukan calang calang juga. Mereka berjawatan hebat dan berpendidikan. Walau secantik mana pun mereka, dia mudah buang begitu sahaja bila dia ada ganti yang lain.

Yang pasti mereka itu muda muda dan mudah masuk dalam perangkap kemewahan dan status dia. Aku harap dia beri nafkah kepada anak dia yang ramai yang pada bekas bekas isteri itu.

Dia pernah berpoligami banyak kali tapi tak lama bertahan kerana dia ada perempuan lain juga, pernah membawa ramai perempuan nikah di sempadan Siam, ada yang daftar di Malaysia ada yang tidak dan menceraikan isteri sesuka hati dia.

Jika sebelum ini ada kata dia tinggal seorang diri di kondo mungkin benar kerana mungkin mudah bagi dia mencari perempuan lain pula. Perempuan mudah percaya kata kata dia sebab perwatakan dia, sebab itu ramai mudah jadi mangsa.

Dia mungkin memerlukan bantuan pakar psikitiari untuk membetulkan tingkah laku dia.

Mungkin berkaitan dengan s3x addicted atau mungkin tekanan dia dari kisah lampau yang menjadikan perempuan sebagai sasaran dia. Pernah dia berskandal dengan isteri orang yang juga pesakitnya.

Aku tidak tahu sejauh mana kebenaran kisah itu namun jika kisah itu benar memang dia seorang yang tidak mampu berfikiran waras dan rasional. Kalau kisah itu tidak benar, mungkin fitnah untuk dia sebagai penghapus dosa dosa dia.

Dia mungkin juga memerlukan bimbingan ustaz atau ahli ulama membetulkan kesilapan dia. Semua orang diberi peluang untuk bertaubat.

Dia mungkin boleh cari balik mangsa mangsa dia dan meminta maaf semua perbuatan dia apatah lagi dengan bekas bekas isteri dan anaknya yang ramai itu.

Mangsa mangsanya dan bekas bekas isterinya semua baik baik belaka. Cuma dia yang pandai putar belit menampakkan hanya dia yang betul.

Dari apa yang aku tahu dia tidak mempunyai ramai kawan. Ada yang tak suka dia pun kerana sikap dia yang boleh dikatakan ikut kepala dia je.

Mana dia nak fikir hati perasaan orang. Kalau tak takkan dia dengan kejam melukakan hati ramai perempuan dengan mempermainkan maruah mereka.

Dia mencari perempuan sebagai memenuhi kekosongan hidup dia dan mungkin dijadikan hobi dia. Dari kisah yang aku tahu dia gunakan media sosial untuk mencari perempuan. Aku tidak pasti.

Semoga sikap kaki perempuan dia akan berubah kerana dia sudah tua pun. Semoga juga dia tidak mengambil kesempatan terhadap pesakit pesakit yang mendapatkan rawatan daripada dia.

Diharap juga dia tidak menjalinkan hubungan dengan mana mana rakan sekerja dia lagi. Ada yang membuat laporan kepada pihak atasan perbuatan skandal s3ks dia, namun tiada tindakan. Tidak aku pasti dia masih ada isteri atau tidak sekarang ini.

Soal hati memang tidak boleh dipaksa tapi jika dia seorang yang baik, dia tidak akan memperlakukan perempuan seperti tidak ada harga diri dan masa depan.

Dia mampu untuk berpoligami sampai empat pun dengan status kewangan dia tapi, dia memilih untuk nikah cerai sesuka hati dia sehingga bekas isteri ditinggalkan bersama anak anak tanpa bimbingan seorang bapa.

Aku harap selepas ini ramai lagi mangsa dia tampil dengan cerita tipu daya dia untuk memberi kesedaran kepada perempuan lain supaya berwaspada terhadap dia.

– MANGSA DOC Z (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit