Hari tu ada terbaca post tajuk ‘menyesal sambung belajar’. Aku faham sangat apa yang kau rasa sebab itu jugalah yang aku alami.
Siapa² yang nak baca post dia boleh baca dalam link ni, (https://iiumc.com/menyesal-sambung-belajar/).
Aku akan cerita sikit kisah aku. Jalan cerita kita lebih kurang sama walaupun ada beberapa yang berbeza. Aku pun ambil STPM dulu tapi aku bertuah tak perlu repeat STPM bertahun².
Lepas habis STPM, aku ambil degree kos yang ada market dalam pasaran kerja cuma masalahnya kos tu susahlah pula.
Aku terpaksa extend setahun untuk habiskan degree. Nasib aku bertuah masa STPM tapi degree tak berapa bertuah sebab CGPA tak sampai 3. Lagi beberapa point je nak cecah 3. Kecewa betul setiap kali fikirkan pointer.
Lepastu aku menganggur sementara PKP. Habis PKP aku sambung menganggur sampai sekarang. Aku graduan degree yang dah menganggur dekat 2 tahun lebih lepas habis belajar.
Aku bukan tak cari kerja tapi apa yang aku apply pun aku tak dapat² walaupun kerja yang aku apply tu kerja simple² je.
Kebanyakan kerja memang minta pengalaman sekurang²nya 1 tahun. Kilang pun minta pengalaman juga.
Betul sangat apa yang kau cakap, kalau company cina, syarat nak kena pandai mandarin, syarat lain dia semua sesuai dah tapi perlukan mandarin pula.
Company melayu pula minta pengalaman, manalah aku ada pengalaman lepas habis degree.
Ada syarat kerja yang nak lelaki atau perempuan sahaja, ada yang perlu ada lesen atau kenderaan sendiri.
Macam²lah lagi syarat yang diletakkan dan orang² macam kita ni mesti ada 1 atau 2 syarat yang tak lepas.
Nak kerja part time aku tak larat pula bila minta kerja lebih masa sebab aku ada penyakit fizikal yang membuatkan aku cepat penat dan selalu kena berehat.
Banyak lagilah masalah yang aku ada tapi bagi tahu dan tulis banyak² pun bukan ada orang percaya. Orang akan kata aku memilih dan mengada².
Macam aku tak tahu macam mana corak rakyat malaysia ni berfikir. Dah lah suka generalise budak² zaman sekarang ni semuanya lembik dan manja.
Kalaulah aku boleh bagi penyakit aku ni dekat majikan, pekerja dan semua orang yang bermulut serta berhati toksik tu alangkan bagus. Baru mereka tahu seksanya hidup macam aku.
Tak jadi situasi yang sama macam aku dekat diri sendiri atau keluarga sendiri mereka bolehlah kecam² orang yang dilanda dugaan mencari kerja ni.
Aku pun sama aku tak kisah gaji rendah janji ada kerja cumanya aku ada kekangan terhadap kesihatan fizikal aku sebab tu aku terpaksa memilih kerja.
Aku cuma nak sedikit gaji, pengalaman dan orang baik yang sanggup ambil aku bekerja tanpa meletakkan syarat.
Aku tahu aku pun mampu jadi yang terbaik jika diberi peluang. Masalahnya peluang pun tak pernah dapat.
Masa belajar dulu, aku ni memang jenis lambat paham pun dah kena marah dengan guru².
Bukannya nak bagi aku peluang untuk berubah tapi didesak² sampai nak gila aku. Takut kalau dapat majikan yang sama macam tu juga.
Akhir sekali aku nak bagi tahu, siapa² yang ada masalah sama macam aku, korang tak keseorangan. Kalau korang rajin, apa kata buat satu group facebook untuk meluah tentang masalah pelajaran dan susah nak kerja.
Kalau korang buat, aku join je. Kita kick je siapa² yang toksik kalau masuk dalam group tu baru aman kita nak meluah.
– – (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit