Cincin Kahwin dan Cerai II

Untuk part I, (https://iiumc.com/cincin-kahwin-dan-cerai/).

Assalamualaikum wbt… Salam Lebaran…

Maaf dengan kehadiran siri kedua dari tajuk di atas… Terima kasih admin sudi siarkan..

Selepas membaca beberapa coretan kisah yang dikongsi di sini dan baru menonton drama ‘Saat hilang Cintamu’, rasa ingin berkongsi sedikit lagi kisah kelam dunia rumah tangga ku dulu…

Ingat lagi baru berkahwin, kawan rapat pula kahwin, jadi kita ajak dia teman untuk ke majlisnya.. tapi dia tak nak.. dekat je, waktu tu rasa aura pengantin masih ada jari masih merah jika pergi sendiri dengan orang lain macam kurang manis…

Akhirnya tak pergi.. Sebab fikir pandangan orang..

Jadi, selepas dah biasa dia tak nak pergi aku akan pergi bersama ahli keluarga yang lain… Ada juga yang bertanya suami mana, kata saja ada kerja..

Bila kenduri saudara belah suami yang jika diundang suami dan keluarga kami, dia tak sampaikan…

Bukan tak suka nak eratkan silaturrahim waktu kenduri, tapi sikap dia yang akan dilihat oleh orang lain dan berfikir, kenapa dia layan isteri macam tu… Buat tak tahu..

Kalau balik kampung dia, semua barang dan anak dalam kereta aku keluar kan…

Bilik yang nak masuk dia tak tolong kemaskan akulah yang akan susun, sapu.. bila aku tengok saudara lain layan anak isteri dengan baik aku cemburu, salahkah aku cemburu..

Sehingga lah tahun akhir sebelum bercerai terlalu banyak perangai buruk dia timbul..

Pernah bangun pagi tak mandi ‘wajib’ solat terus keluar rumah.. serabai.. arwah uwan jiran depan rumah pun geleng kepala..

Setahun dia tak solat sampai aku fikir ini fasik, ini tak aman, boleh jatuh kufur ke sebab sebelum ni dia solat dan pernah keluarga jemaah..

Sampai masa Ramadan terakhir tu… Aku siasat mana tempat dia berkumpul… Itupun selepas kakak aku kata ada orang kata dia hisap batu…

Orang dah perasan aku je buat sabar… Patutlah perangai dia dari dulu lain dari orang biasa…

Aku mungkin boleh je bertahan… Tapi keluarga aku sendiri pun dah benci aku sebab dia… Kakak aku tu dari sebelum kahwin dah boleh baca ciri dia ni tapi aku nak bersangka baik..

Bukan aku tak sayang, aku tak suka… Dia tak pernah pukul cuma tengking tu ada…

Aku pun ada sikap mudah mengamuk juga jika anak buat hal dia marah aku sebab marah anak… Dia ni ada ciri berlembut sebab tu aku sampai sanggup anak empat…

Bila bersama aku bayangkan lelaki kacak, sebab muka dia kan tidak seberapa… Dengan kebersihan dan duit belanja pun entah ke mana…

Namun, kelahiran anak ni suci… Walau pernah sangat tertekan waktu mengandung dan berpantang tapi syukur anak membesar baik… Aku rasa sebab aku sabar Allah bagi anak aku baik bukan sebab kami baik..

Aku cemburu juga bila isteri mengandung suami saudara ipar pergi umrah doakan isteri, bagi makanan sunnah terbaik… Mudah anak mereka terbentuk jadi soleh solehah, hafiz hafizah.. tapi aku, suami hisap batu tak solat tak puasa..

Hanya sedikit doa aku yang aku rasa banyak Allah kabulkan… Aku lihat ujian saudara ipar aku tu lain, dapat anak sakit walau dah ikhtiar yang terbaik. Dan diuji anak meninggal.. sedih.. ujian yang berbeza dalam kesedihan…

Setiap perkara dalam hidup baik kaya miskin, sihat sakit….ia tetap benda yang Allah berkati jika mahu sabar, reda dan kembalikan segala urusan kepada Allah SWT.

Raya baru ni dia datang selepas setahun tak ambil tahu tentang anak, tentang belanja sekolah atau raya anak. Keluarga saya marah juga sebab mereka selalu menghulur hadiah duit buat kami…

Dia datang, bagi duit raya, dan minta maaf dengan kami.. aku maafkan dengan mudah tapi aku minta maaf aku tak lupa sikap buruk dulu dan aku kongsi di sini..

Harap dia dan keluarga tak baca sekadar nak kongsi antara drama dari kisah benar..

Aku sering doakan bekas suamiku agar bertaubat dan Allah ampuni.. Allah bagi kehidupan baik dunia akhirat buatnya…

(Akhir drama saat hilang cintamu sedih.. sebab kesabaran dan kemaafan itu, aku tak kuat Allah bagi kuat).

Kehidupan aku kini pun masih berpendapatan rendah, anak dapat bantuan duit raya sebaris dengan anak yatim…

Tapi ada yang pandang sinis, ayahnya ada kan.. jika anak yatim secara fitrah orang kasihani, mereka mulia..

Aku harap dapat jadi ibu tunggal yang berjaya… Yang akhirnya anak dan keluarga mampu bangga… Penat asyik gagal dan dipandang rendah..

‘Siapa yang bertaqwa dan bertawakal Allah akan beri jalan keluar dan rezeki yang tak disangka..’

Rezeki ni banyak cabang… Syukur yang masih kurang.. Ya Allah beri kami Aafiyat badan dan fikiran, untuk lebih sejahtera.. aamiin.

– XxXxVv (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *