aku rela jadi kuli roomates-ku
Salam sejahtera and terima kasih admin
Ceritanya macam ni, saya selalu menjadi kuli untuk kawan2 sebilik saya. Saya selalu kena belikan breakfast/lunch/dinner utk diorang. Lepas tu, saya kena basuh talam pulak. Awalnya saya berasa malas n macam kena buli aje tapi lama kelamaan saya berasa seronok pula .Mungkin akan ada yang beranggapan yang saya ni noob dan kuli. Tetapi saya ada pandangan yang sebaliknya. Saya merasakan hubungan kami menjadi erat kerana hal itu. Semenjak itu kebanyakan perkara kami lakukan bersama daripada makan n minum bersama2, pergi kelas, jogging pagi2, pergi surau utk solat, study utk final exam sehingga lah qada' subuh berjemaah pukul 8 pagi hahaha
Sekarang seorang daripada roomate saya telah unofficially graduate dan kami berasa amat rindu padanya kerana dia seorang yang very friendly.
Oleh itu saya berharap kita raikan lah kawan2 kita itu, iyekan lah apa yang diorg nak selagi make sense dan x terpesong dari agama kita kerana belum tentu lagi selepas zaman belajar kita dapat jumpa lagi kawan2 kita tersebut.
– talamboy forever