Assalamualaikum semua: ) . Semoga semua sihat walafiat hendaknya.
Aku tak tahu kenapa Ramadhan kali ni aku banyak nangis sebab rindu abah: ') . Abah dah meninggal bukannya setahun, dua tahun tapi dah 5 tahun. Orang selalu cakap, "bersyukur lah kau masih ada emak""ingat perih mak bersalin kan kau" "jangan cakap seolah-olah kau dah takda mak" . Hmm, bukannya aku tak bersyukur tapi perasaan dia tu tak sama. Cara emak dengan abah tak sama.
Aku yakin, aku yakin ramai pembaca yang rapat dengan emak, emaklah tempat luahan, bermanja dan sebagainya. Tapi, dalam keluarga aku , abah yang macamtu. Mak? Mak x banyak cakap, banyak diam ja.
Dulu , masa aku sekolah menengah, sehari hampir lebih 5 kali aku call abah. Macam-macam aku cerita, sampaikan ada yang cakap aku gayut dengan pakwe. Haaa, aku bukan tak nak call mak aku tapi mak aku ada masalah pendengaran.
Lepas abah dah meninggal, aku cuba rapat dengan mak aku, aku buat macam mana aku buat dekat abah. Aku teman dia makan, aku teman dia tidur, aku urut badan dia, aku teman dia tengok TV. Tapi…. tiap kali aku nak buat semua benda tu la mak akan cakap 'ehhh, pi lah buat kerja, tu pi kemas dapur, bilik air ke " . Kalau aku tak berganjak mesti mak akan tinggikan lagi suara "pergi!!!!" :-( . Dalam hati aku, 'mak, salah ke aku nak teman?'
Aku teringat pasal confessor yang pasal "teknologi" tu. Yahh, mak aku mula berjinak dengan teknologi. Mak aku tak kerja, bila dia dah siap buat kerja dia, dia akan layan gadget sampaikan apa-apa aku nak cakap kat dia, dia tak endah. Malah, dia suruh aku buat kerja. Setiap hari benda yang aku dengar dari dia 'kemas2', 'mak, aku ni kuli ke kat rumah ni? '
Kekadang tu kat asrama, aku mesej dia
'mak, ****** exam minggu depan, doakan ****** . *****rindu mak, mak buat apa tu? Sihat tak? .mak, bulan dia *******xdapat balik so, bulan depan baru balik. '
Mak balas, 'ok,gudluck.chat je'
:'( .
Didiklah anak mu, 7 tahun pertama manjakanlah dia itu haknya… 7 tahun lagi (7-14tahun) hukum lah dia dgn tegas jika salah….7 tahun lepas tu (14-21tahun) jadilah kawannya…. dah umur 21tahun, lepaskan dia bebas ke dunia.
Aku cuma nak mak jadi kawan aku macam mana abah buat . Aku pernah langsung tak kemas, bukan sebab aku merajuk cuma dengan dia bebel kat aku tu je cukup buat aku rasa bahagia. Tak dapat borak @ jadi kawan dengan dia, dapat dengar dia bebel pun jadilah. salah ke aku buat macam tu?
Aku cuma nak ada kawan berborak. Means, maksud aku keluarga, ibu bapa untuk berborak. Kalau kawan tu ada ja. Tapi, mak aku ni jenis pantang bila aku pegang fon ada je benda yang dia suruh aku buat .
Aku selalu rasa excited nak call abah, bila dah dial baru teringat abah dah xde. Hmm kira aku tak move on ke? Pernah sekali tu dalam mimpi aku, aku tak sabar nak balik nak jumpa abah. Bila aku bukak mata, aku masih terasa nak cari abah dan bila tengok keadaan sekeliling…. urmm aku kat asrama bukan macam situasi dalam mimpi baru lah sedar yang abah dah meninggal dan tu hanya mimpi . *nangis*
Ok lah macam dah panjang sangat je dan aku pun rasa dah bercampur aduk cerita aku ni. Aku terima apa je komen dari korang. Harap aku punya luahan ni di post. Aku cuma nak luahkan je apa yang aku rasa.
– me :')
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Smelah.sy pun still rndu abh walau dh 5taun pg.arini genap 5taun abh xda.15hb aritu besday sy ke 26.mimpi abh dtg bwk telur sotong.sayunye akah je tau.hrb awk bnyk2 besbr k.
Same goes on me.Tahun ni dah 4 tahun arwah Bak pergi tinggakkan saya sekeluarga.Saya lagi rapat dengan Ma berbanding dengan Bak.
Tapi sejak Bak pergi,jujur cakap makin hari saya makin rindu dengan Bak.Dan saya paham macam mana awak rasa,lagi2 awak rapat dengan arwah abah awak.Biar je diorang nak kata bersyukur sbb masih ada mak,etc sebab diorang takde kat tempat kita.Diorang tak rasa apa kita rasa.
Semoga kuat :-)