aku rindu ayah yang dulu – https://iiumc.com/forumv2/
sbenarnya aku tengah siapkan thesis proposal ni.tapi tetiba duk sorang2 dpn laptop sambil menyeru idea, aku teringatkan insan yg paling aku cinta iaitu mak dan ayah. sejak anak2 besar ni, semua duk jauh, tinggal mak dan ayah berdua je yg smakin tua kt rumah betul betul buat aku risau, betul betul buat aku takut.
ayah.
ayah tegas orangnya dulu masa kecik2. kalau kami adik beradik bergaduh, semua kena rotan. selagi tak minta maaf, selagi tu la ayah tak bercakap ngn kiteorang. ayah selalu ajar spy hormat tetamu. sesiapa yg datang rumah, wajib keluar bilik,bersalam, pastu yang prempuan haruslah hidangkan air,kena pandai layan tetamu jangan bisu ja. ayah sangat sayangkan nenek (ibu ayah). kami tinggal ngn nenek sbelah mak tapi almost every weekend ayah selalu bawak kami sekeluarga ke rumah nenek sebelah ayah. ada suatu hari, kami gi rumah nenek, pastu malam tu aku ad tuisyen, aku beberapa kali ajak ayah balik sbb nak pi tuisyen tu. last skali, ayah marah aku sebab pentingkan tuisyen daripada nenek. lepas tu tiga hari ayah tak cakap ngn aku. aku menangis je n minta maaf pastu kiteorang okay. ayah sangat concern kan anak2 dia, kalau aku kata nak pi reunionsekolah, ayah sanggup hantar pastu tunggu aku sampai habis reunion. ayah buat segalanya untuk kami adik beradik,walaupun dia tegas dan ego tapi kelemahan dia adalah anak anak dia. ayah sangat mudah mengalirkan air mata kerana anak2 dia. abang aku kahwin gaduh ngn isteri, kakak ipar siap mengadu kt ayah. ayah pula tukang nasihat baikkan depa dua. kalau aku nak list pengorbanan ayah,smpai setahun tak habis nak tulis.
dulu, ayah selalu call aku. ayah selalu dgr crita aku walaupun kalau aku mengadu exam susah ke ape,dia tak pandai bagi respon yg positif tak macma mak tapi ayah layan je aku. kdang2 kalau aku tak call dia dua hari,dia akan merajuk cakap aku dah tak call dia dua minggu. kadang2 ayah sengaja call pagi2 hari masa subuh saje nk test anak dia dh bangun ke belum. of course la anak dia bangun daaa. call pagi nak check anak dia tidur lepas subuh ke tak ( yang tu pantang bagi ayah, no tidur after subuh melainkan memang tak sihat). of kos la anak dia mmg tak tidor lepas subuh. hari hari ayah akan call takpun aku yang call ayah. aku dahlah ad masalah kesihatan, ayah sgt risau kan aku.
tapiii tu dulu, since ayah ade smartphone, ayah dh start wasap ngn prempuan lain( aku je yg tahu secara kebetulan,mak tak tahu) ayah pun tak tahu aku tahu, aku perasan ayah dh berubah. aku balik rumah, dia dengan hp dia,dia suruh urutkan kaki dia, aku urut tapi krik krik no conversation mcm dulu, ayah duk menghadap hp dia. ayah ajak keluar makan, kami sama2 di meja makan yg sama tapi krik krik no conversation mcm dulu, ayah hadap phone dia. ayah ajak kami melawat nenek saudara yg sakit krik krik juga depan tuan rumah, ayah duk main hp dia. sedih hati aku. lagi sedih bila tahu ayah ad prempuan lain. aku tak tahu mcm mana nk bgtau ayah. aku tak sanggup nak hadap muka ayah tanya hal ni. aku lagi sedih tgk ayah berubah dan mak trus ditipu. aku lagi sedih bila balik kampus, tak tahu ayah buat ape kat rumah ngn mak. kalau ayah duk menghdap hp je, kesian mak,mesti boring dahlah anak2 dia jauh (mak pernah mengadu dia boring sbb ayah ngn hp je). ayah dh tua kot dua tahun lagi nak pencen, tapi ya ALLAH dh mcam budak kecik baru jumpa hp kot. mak pun dah tua juga, setiap minggu ad appointment ngn hospital. aku sedih aku tak mampu teman mak gi hospital sbb au jauh. ayah dahlah kerja lebih2 lagi skrg dia ad orang lain.aku sedih ayah dh tak call aku mcm dulu, sejak aku masuk sem baru,ayah dh tak call aku,aku je yg call ayah, aku tahu mmg patut aku call ayah.tapi aku rindukan ayah yg selalu call aku dulu n selang seli kadang2 aku call dulu. aku rindu ayah yg buat2 merajuk sbb kononnya aku dh lama tak call ayah sedangkan aku baru call semalam. aku tahu saat tu ayah rindukan anak dia. tapi skrg macm dia dh ade orang lain dia nak rindu. aku rindu sangat yg dulu yg layan je crita aku bila call. tapi sekarang kejap je borak ngn aku. aku tahu ayah sibuk.aku rindu ayah yang dulu.
ayah baik dia sangat baik. dia tak pernah mengabaikan tanggungjwab sebagai seorang ayah. dia belikan kreta utk aku kot. tapi yg aku nak sekarang ialah ayah yg dulu. aku sedih.aku hanya mampu berdoa semoga ayah terus setia bersama keluarga aku ini. aku hari hari doakn hubungan ayah ngn mak.aku sangat risaukan ayah dan mak kt rumah. dua dua dh makin tua, aku harap sangat ayah berubah jadi mcm dulu. .
panjang kan aku tulis, kalau siapkan proposal dh satu page da ni.okay,sambung buat proposal smabil merindu.
– putih melati