Assalamualaikum & salam sejahtera.. Terima kasih admin jika confession ini disiarkan. Aku Jasmine (nama rekaan). Seorang ibu & isteri yang bekerja. Aku mahu berkongsi mengenai aku, ibuku & adik beradikku.
Isu pertama: Layanan ibuku.
Semasa kecil aku memang nakal tapi aku selalu dapat nombor 1 dalam kelas & dapat straight A’s. Adik beradik aku pon perform dalam pelajaran cuma mereka tak senakal Aku. Aku selalu kena marah, kena rotan. Itu biasa. Aku tak heran & tak makan hati pon sebab aku memang nakal.
Disebabkan aku nakal, ibuku selalu bercakap tegas dengan aku. Dengan adik beradikku ibuku tak setegas itu, masih ada senda gurau. Cara ibuku melayan aku sebegitu berlarutan sehingga hari ini. Aku dah terbiasa tapi aku juga kecil hati kadang-kadang.
Kenapa ibuku masih macam tu? Aku dah tak nakal macam dulu tapi cara ibu bercakap dengan aku tak berubah. Contohnya sekarang lalau ibuku tak setuju dengan apa yang aku cakap, ibuku akan cakap terus terang dengan aku.
Tapi kalau adik beradik lain ibuku guna bahasa berlapik siap ada gelak ketawa lagi. Aku cemburu sumpah aku cemburu. Mungkin ibuku terbiasa bercakap begitu dengan aku. Entahlah.
Isu kedua: Pembahagian tanah.
Ibuku ada banyak tanah. Ibuku sudah lama berhasrat nak buat rumah sewa tapi ayahku tak nak. Jadi ibuku berpakat dengan kakakku, Hibiscus. Hibiscus bergaji besar, jadi Hibiscus keluarkan sedikit modal untuk pembinaan rumah sewa atas tanah ibuku.
Aku tak bertanya sebanyak mana modal yang dikeluarkan, mungkin 50-50 dengan ibuku, aku tak tahu & aku tak nak tahu. Jadi sudah tentu tanah & rumah itu nanti akan menjadi hak milik Hibiscus bila ibuku sudah tiada kerana dia telah keluarkan banyak modal.
Seterusnya, ibuku juga sudah banyak kali menyuruh abangku, Tuah, mendirikan rumah di tanah ibuku yang lain. Sudah tentu tanah & rumah itu akan menjadi milik Tuah jika dia buat rumah si situ. Tapi Tuah Masih tak memulakan apa-apa.
Kemudian, ibuku juga telah menjual tanahnya yang di hujung kampung kepada kakakku yang lain, Lavender.
Aku rasa mesti ibuku jual dengan harga yang murah Sebab ibuku pernah beli tanah dengan arwah nenek dengan harga yang murah dari harga pasaran, so aku assume perkara yang sama berlaku.
Aku juga tak tanya sebab aku bimbang jika aku tahu, aku akan kecil hati. Kenapa aku kecil hati? Sebab aku langsung tak disebut untuk diberi tanah. Ya aku dah ada tanah & rumah sendiri hasil titik peluhku sendiri. Tapi Aku mahukan keadilan.
Jika adik beradik aku semua dapat kenapa aku tidak? Kenapa ibuku tak berlaku adil? Kenapa ibuku selalu sebut tanah-tanah yang dia beri kepada adik-beradikku di depan aku tetapi langsung tak beri apa-apa pada Aku?
Aku pernah luahkan perkara ini pada suami. Suami suruh aku slow talk dengan ibu, tanya ibu kenapa. Aku tak mahu. Aku tak mahu pon tanah tu. Aku tawar hati. Aku cuma nak ibuku berlaku adil antara semua anak, itu sahaja.
Aku gila harta? Aku Rasa tidak. Aku tak melenting pon bila tahu perkara ini semua, cuma aku sedih kerana aku dipinggirkan.
Isu ketiga: Hadiah kepada cucu.
Dalam adik beradikku, Lavender, Tuah & Aku yang telah berkahwin. Semasa kakakku Lavender melahirkan anak sulung, ibuku hadiahkan anaknya itu rantai emas.
Ibuku kata itu hasil duit pemberian Lavender setiap bulan kepadanya, so ibu belikan rantai itu kepada anak sulung Lavender. Semasa itu aku masih di university.
Untuk anak sulung abangku Tuah, ibuku memberitahuku dia tidak belikan rantai atau apa-apa barang kemas kerana ibuku telah banyak keluarkan modal untuk abangku mula berniaga. Ibuku kata modal itu juga sudah menjadi pengganti hadiah untuk anak sulung Tuah.
Semasa itu aku belum berkahwin. Sekarang aku juga telah mempunyai anak. Yang sulung juga perempuan. Tetapi langsung tidak diberikan hadiah oleh ibuku sehingga sekarang walaupun sepasang baju. Sekarang Aku sudah mempunyai 2 anak.
Dulu aku fikir ibuku akan memberikan hadiah kepada setiap anak sulung kepada anak-anaknya, tetapi aku silap. Hadiah hanya untuk anak sulung Lavender & Tuah sahaja. Bukan anakku.
Tidak mengapa, Aku sudah belikan gelang emas kepada anakku hasil duit gajiku sendiri.
Kenapa begini ibu? Aku juga menghulurkan duit setiap bulan kepada ibu sama seperti Lavender. Kenapa ibuku tak berlaku adil kepada anak-anakku juga? Sumpah aku sedih bila anak-anakku juga kena tempiasnya.
Banyak lagi perkara yang aku berkecil hati dengan ibuku. Cukuplah 3 isu itu sahaja yang aku kongsikan. Aku cuma berharap ibuku berlaku adil dan aku juga berharap aku tidak berdendam dengan adik-beradikku kerana hubungan kami sangat rapat. Cuma layanan ibuku yang berbeza.
Aku juga tidak mahu memperlakukan anak-anakku seperti ibuku melayanku. Jika aku peluk anak sulungku, aku juga akan peluk anak keduaku. Jika anak sulungku aku belikan baju, anak kedua pon aku belikan juga. Aku tak mahu anak-anakku fikir aku tak Adil.
Semoga aku istiqamah begini melayan anak-anakku. Tolong berikan aku nasihat. Berdosa ke aku fikir ibuku tak adil? Tolong doakan aku kuat semangat. Banyak kali aku menangis mengenangkan layanan ibuku.
Aku tahu ibuku juga sayangkan aku, kalau tidak tak mungkin dia hantar aku sampai university. Aku tak mahu harta ibuku. Tanah, barang kemas, aku mampu beli. Cuma layanan ibu terlalu mahal untukku.
Sekian,
– Jasmine (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Saya pun berada dia situasi sama, walaupun kte yg paling byk berkorban tapi setiap tindakan kte tu jadi -ve utk ibu. Sampaikn hulur dahi nk minta ibu cium pun dianggap anak tk hormat mak sdgkn kte rindu belaian ibu tu. Apa sy boleh share, mungkin didunia layan ibu terlalu mahal tapi kte teruskan je berdoa utk dia. Moga syurga Allah balasan utk anak2 yg bersabar :( mungkin kte terpilih utk diuji seperti ini.
Masalah ni simple je, sis xpayah mengharap then settle. Sis mcm mak aku la, org x menghargai tp terhegeh2 mengharap. Bapak aku sentiasa cakap xpayah harapkan harta dan duit org, kita boleh cari sendiri. Sbb cari sendiri lg bermakna dri org bg…