Assalamualaikum..
Aku cuba untuk menerbitkan satu confession dekat sini berdasarkan kepada pengalaman sendiri. Lama aku pendam,hampir 10 tahun lamanya. Aku punyai seorang kawan baik ketika tu, sedari sekolah rendah sehingga universiti. Kawan ni dia orang susah. Aku pula sederhana saje alhamdulillah. Keakraban aku kuat terbina antara kami. Aku pendengar yang baik. Semua masalah dia aku dengar dan amati serta sedayanya memberi kata-kata positif supaya dia tidak putus asa. Menolong semampunya. Dulu mak aku selalu cakap aku ni kalau dengan kawan 'mati kaki' maksudnya terlalu baik dan sungguh baik dengan orang. Aku buat baik bukan dengan kawan aku ni je,dengan orang lain pun sama. kadang hingga ke tahap 'Pijak kepala' tapi aku rasa tak sedar pun. Memang aku akui,ada juga beberapa perkara yg menguris hati aku. Tapi aku tak nak panjangkan cerita jadi aku biarkan je. Banyak kali terjadi. Tapi bila satu tahap,aku diperlakukan yang tak sepatutnya,aku jadi diam. Diam dengan kawan ni walaupun dia whatsapp,call atau apa je. Dia menangis itu pun kawan aku yang lain cerita. Aku pun masih berdiam diri. Aku bukan jenis meluah. Dan ada yang kata belakang dekat aku.. 'ishhh benda kecik pun nak gaduh macam budak2', 'anak orang kaya mmg mcm tu suka2 hati je buang kawan', 'dia tu memang ,mentang2 banyak duit buat org macam sampah'…
Ya Allah,memang aku sedih bila tahu tu semua. Aku tak kan meluah pasal aku tak kan buka aib org. Sampai sekarang dah 10 tahun aku masih simpan aib org kemas2. Aku dengan si kawan ni dah 7 tahun berkawan sebelum ni, aku tau banyak perkara pasal dia. Niat aku bukan nak memutuskan hubungan kawan bila aku diam sekejap tu tapi lain jadinya. Apalah salah aku. Lepas dari tu memang aku ada minta maaf dekat dia. Tapi response yg acuh tak acuh. Tak apalah. Aku terima. 2 tahun lepas, kawan kpd kawan aku ni memburukkan aku. Dia siap join sekali perli2 aku dekat wall fb. Aku rasa sedih,aku minta Allah kuatkan aku.. Jangan menangis dengan benda2 macam ni. Bila ada kawan2 lelaki dia berbaik dengan aku,dia cepat2 cantas aku. Lepas tu mula lah lelaki2 tu menjauhi aku. Tak apalah…aku tak kisah. Kamu ceritalah apa2 pun,aku tetap diri aku yang pernah kamu kenali dulu. Walaupun hubungan kami begini,aku selalu ziarah org tua dia. Datang bertanya khabar,bawa makanan. Dia tak pernah pun ziarah mak aku walaupun baru2 ni ayah aku baru saje meninggal dunia. Tiada ucapan salam takziah apatah lagi berada disisi aku seketika. Tak apalah. Aku terima. Ini dah memang bahagian aku. Baru2 ini pula,tiba2 saje abang kandung dia whatsapp aku,macam nak mendekati aku. Aku tak suka orang mengambil kesempatan. Aku berbuat baik dengan kedua org tuanya bukan untuk tujuan apa2. Kerana aku mengasihi mereka seperti aku mengasihi kedua ibubapa ku juga. Abangnya itu sudah berkahwin 2 kali namun bercerai,malahan tdk punyai kerja. Aku kasihan pada org tuanya yang menangung seorang lelaki berumur 40 an dengan menjual jajan,gula2,air kepada budak2 sekolah. Abang nya selalu whatsapp aku. Last2 aku beritahu yang aku sudah pun bertunang. Barulah beransur reda sikit dia meng whatsapp aku. Kalau aku tak ada iman,aku boleh publish kan semua bukti2 yang abang dia duk mengarut hantar whatsapp dekat aku. Tapi aku tak nak malukan dia. Sebenarnya,aku teringat sangat dekat dia. Rindu semuanya pasal kami dulu. Semoga dia baik2 saje. Aku doakan kau berjaya kawan. salam rindu dari aku buatmu kawan.
– Miss Engineer
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
Alhamdulillah, hati ko bersih.
Harap2 aku pun dpt bersihkan hati mcm ko. Itu salah satu doa aku tiap kali lepas solat.