Malam ni kat tempat aku hening je rasa. Angin sejuk kat luar tu best kalau tidur. Tapi..
Boleh tak izinkan aku berkongsi cerita atau macam meluahkan sedikit. Sorry kalau panjang.
Aku ada kawan baik, M nama dia. kami buat bisnes sama-sama sebab asalnya minat. Tapi lepastu jadikan sebagai part time.
Okey cerita macam ni, kami buat bisnes online. Bulan pertama, kedua dan ketiga still pegang title dropship.
Masuk bulan ke empat, dia sarankan untuk aku up sebagai ejen produk yang kami tengah join ni. Lama jugak aku berkira-kira benda ni. Sebab sebelum ni semuanya aku buat sebagai dropship.
Oh ye buat pengetahuan, ni la first time aku buat bisnes dengan dia. Dan ni la first time berani approch diri dalam facebook, Instagram dan WhatsApp apa yang aku bisnes.
Ofkos untung produk kali ni paling banyak antara yang pernah aku join. So end up aku turutkan la berkongsi modal dan untung tiap kali restok dengan si M.
Benda ni memang seronok sebab nampak hasil. Macam-macam aku belajar. Kiranya dalam bisnes kitaorang ni, dia sebagai orang sebalik tabir.
Tak ada sesiapa pun nampak dia sedang berbisnes, tak ada sesiapa pun tahu dia sebagai patner in crime aku dalam menjalankan bisnes yang makin kencang. *except my mom, ofkos mak perlu tahu sebab aku nak restu dalam mencari rezeki.
Ada yang masih sudi baca ke? Kalau ada terima kasih ye.
Macam tak jelas eh cara kteorang bisnes. Okey macam ni, hanya aku yang declare as a businesswoman jual itu dan ini, pum pang pum pang dalam social media. Dia langsung tak, dia akan guna semua akaun aku untuk cari customer.
Cara cari customer macam-macam. Ada online ada offline. So kami bahagi-bahagi. Kalau korang join bisnes tahulah. Kang aku cerita tak habis pulak.
Keuntungan kami dapat makin bertambah tiap bulan selepas naik ejen. Alhamdulillah dari 3 angka jadi empat angka. Syukur sebab masing-masing dapat tambah duit simpanan sendiri.
Oh lagi satu sebab kami berdua masih belajar, so sedikit sebanyak memang membantu perjalanan hidup sebagai student ipt. Hehe
Lepastukan yang bestnya *bukan nak riak tau, setiap kali agihkan duit untung. Kami akan asingkan RM 10 untuk sedekah. Wajib dan kerja ni aku yang buat.
Kalau ada antara korang yang rasa sesak cubalah amalkan sedekah. Serius ada magik dia yang tak di sangka.
Okey rahsia bisnes aku akan share lain kali insyaAllah. Aku masih nak cerita tentang flow bisnes kami tadi.
Nak jadikan cerita, dalam rezeki kami bertambah. Aku diuji dengan sakit kulit yang macam gegata tiap kali maghrib ke malam. Esok pagi bangun akan reda dan hilang. Esoknya maghrib ulang lagi dan begitulah seterusnya.
Masa benda ni jadi aku tak ada lah nak pandang serius. Masih teruskan bisnes kami tu macam biasa. Aku ada luahkan pada M tapi sekadar macam tu je.
Dan asbab sakit ni semangat aku dalam bisnes memang cepat goyah dan jatuh merudum. Banyak kali jugak jumpa leader untuk dapatkan balik semangat. Cari balik keyakinan diri yang merayau kat mana tah.
Pendekkan cerita, sakit aku melarat. Berat aku turun mendadak. Aku tak perasan badan jadi susut, muka cengkung. Selera makan hilang pun tak sedar. Sebab aku sibuk dengan bisnes. Dalam masa yang sama final exam dah nak dekat. So kira banyak la benda aku nak fokus.
Klimaks sakit aku masa awal bulan puasa. Aku terus tak boleh bangun hatta pergi kelas untuk minggu terakhir kuliah. Aku call parents bagitahu keadaan.
Aku dibawa pulang ke rumah. Dan macam-macam usaha yang diikhtiar untuk aku kembali pulih. M pun masa ni bagi nasihat untuk hold bisnes yang kteorang buat. Dia banyak bagi kata semangat dan pesanan untuk ikut nasihat doktor. Fokus pada berubat supaya sihat semula.
Tapi ada satu benda yang aku dah terbuat tanpa fikir panjang pasal bisnes. Aku pergi buat keputusan untuk upgrade kepada stokis. Aku tak bincang dengan dia. Padahal dah sepakat nak rest dulu tunggu sihat bebetul baru on balik.
Tup tup leader aku up status kat fb. Kat situlah dia tahu. Dia terus pm tanya. Aku mengiyakan plus jawab dengan bangga jugak la. Aku punya kira-kira kengkonon lepas ni dapat untung lagi besar, bertambah lagi simpanan kami berdua.
Bila kenang sikap gelojoh ni memang rasa nak ketuk kepala sendiri. Bila teringat pasal tak sabarnya aku masa ni sungguh aku kesal. Mengalir air mata darah pun tak guna.
Sebab lepas tu, aku terus terbaring. Sakit makin teruk. Nak bisnes macam mana kalau da sakit. Duit dah labur untuk 100 botol stok baru tapi untung tak ada.
M tak tahu duit modal RM5k datang dari mana. Aku tak jujur masa dia tanya-tanya. Sebab aku malas nak dolak dalih dengan dia. Aku kenal dia punya teliti nak tahu sesuatu perkara tu macam mana.
Berbulan-bulan nak dapatkan semula modal tu. Sebab sakit yang aku alami sampai kena refer pakar. Semangat aku serius jatuh tergolek macam dari tingkat 99 ke level G. Kalau ada bawah tanah tu, situlah dia jatuh.
Aku punya tahap jatuh tu sampai rasa nak delete semua socmed. Tak ada keyakinan dan rasa menyesal terlibat dengan dunia bisnes. Aku salahkan diri sendiri total 100%.
M pulak memang sabar dan masih lagi ambil tahu progress aku sepanjang bergelar stokis. Dia bagi macam-macam idea nak habiskan stok. Sampai sanggup guna akaun fb dia pulak untuk cari customer.
Ikut aku nak sedekah je semua stok ni. Idea giler tu memang akan datang sebab dah blur sangat. Tapi M tak macam tu, dia tetap je nak teruskan bisnes. Padahal aku ni dah rasa tak ada harapan.
Gaduh dengan salah paham tu ada je sebab aku tak ada semangat. Aku malas. Serabut nak teruskan bisnes. Dah taip status kat fb pastu lastnya aku padam. Sedih sangat.
Selepas hampir empat bulan aku macam mimpi berjaya dapatkan semula modal itu merangkap habiskan semua stok. Itupun selepas satu kejadian. M ni jarang nak marah aku bab bisnes. Dia selalu okey. Aku yang banyak emosi tak menentu selalunya.
Kisahnya satu malam ni, dia marah. Salah satu point dia kata serabut tengok stok yang masih ada. Banyak sangat benda dia kata boleh dibuat dari dok mikir benda ni. Buat dia risau je. *sebab result exam aku teruk sangat kot. Andaian je ni.
Masa tu aku tersentak, terharu giler dia kata risaukan aku. Dia ni jenis jarang cakap atau zahirkan perasaan. Sampai kadang aku malas respond cakap dia sebab semua pasal bisnes. Haha jahatkan aku ni.
Apapun M tengkiyu sebab selalu ada dan sentiasa bantu aku. Aku tau mesti kau penatkan ada kawan macam aku lagi pulak jadi bisnes patner kau. Banyak kita belajar dari zero ke hero dan zero semula haha.
M, kau seorang kawan yang baik. Mesti kau boleh jadi pasangan yang baik. Aku pernah baca ayat ni. Ye memang dari novel. Dan ayat kau selalu cakap, jangan berangan macam kita ni dalam novel. Hoho sukati akulah.
Sejujurnya kenapa aku nak recall balik semua ni. Sebab aku ditanya tadi, patut ke tak kita cari kawan baik yang boleh faham dan sudi dengar luahan hati.
Aku terdiam kejap. Aku cakap depends. Bla bla. Ringkas je. Maklumlah aku tengah terasa dengan kau seminggu dua ni, tu yang rasa tak penting pun ada kawab baik. Sengal kan aku ni. Sorry beb.
Lepas tu bila balik kelas tadi, aku rasa membuak-buak nak kongsi pasal kau M. Sebab teringat ayat “jangan sebab satu kesalahan, kita lupa 1000 kebaikan dia.”
Untuk M,
Aku selalu doa yang terbaik buat kita berdua .
– Rissa Elzuhayra
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit