Aku selamanya pendosa?

Asslamualaikum. Terima kasih kepada admin sekiranya post ini di approvekan.

Pertama sekali, aku ingin menceritakan tentang kisah hidupku. Aku berumur 23 tahun dan berasal dari utara tanah air. Dahulunya mendapatpendidikan dari sekolah agama sehingga tingkatan 5. Kini aku merupakan seorang mahasiswa dalam bidang perubatan dan menuntut di sebuah universiti di luar negara.

Aku merupakan anak ke 3 daripada 5 beradik. Mempunyai 1 abang 1 kakak dan 2 adik perempuan. Kisah hitam dan paling perit aku tanggung sehingga sekarang bermula sejak aku berumur 5 tahun. Aku telah diliwat oleh abang ku sendiri pada usia seawal itu. Peristiwa masih segar dalam ingatan hingga kini. Abang telah mengugut aku utk tidak memaklumkan pada orang lain. Aku takut. Kanak kanak. Apa yang mereka tahu? Perkara berlanjutan sehingga aku berumur 10 tahun. Aku simpan kisah hitam itu sendirian sehingga kini

Aku benci akan abang. Hingga kini. Dia punca segalanya berubah. Aku jadi seperti kecelaruan identiti. Aku mula suka kaum sejenis. Sehinggalah aku bersekolah menengah. Tinggal di asrama. Macam2 pernah aku lakukan. Sehinggalah aku berada di tingkatan 3. Perkara yang aku lakukan telah diketahui. Beberapa kawan ku mengetahui akan hal itu. Aku malu. Dipinggirkan. Walaupun aku tinggal diasrama. Dalam suasana agama, aku tetap tidak dapat melawan nafsu. Bila berfikir kembali, aku sering menangis. Menyesal. Fikiranku yang kurang matang mempengaruhi tindakanku. Aku hilang teman. Hilang keupayaan dalam pembelajaran. Ada juga kawan yang kasihan padaku dan memberi nasihat yang banyak padaku. Terima kasih aku ucapkan. Aku minta maaf kerana tewas dalam melawan diriku sendiri.

Setelah tamat alam persekolahan, kini berada di universiti. Aku masih tidak dapat melawan nafsu. Sering jatuh tersungkur dan cuba bangun. Tetapi bangunku tidak lama. Jatuh ku tersungkur ibarat jatuh kedalam gaung yang maha dalam. Aku buntu. Aku cuba keluar dari bidang agama (ambil juga science tulen semasa spm) kerana aku berfikir aku tidak layak untuk berada dalam bidang itu. Aku pendosa. Sering kali aku bertaubat. Seringkali juga aku tersasar. Aku berfikir aku dapat lupakan apa yang berlaku sepanjang berada di sekolah lama. dan cuba untuk berubah. Tetapi ternyata aku salah. Aku gagal lagi dan lagi.

Kini, sebagai seorang bakal doktor yang kini sedang berada di tahun ke 4, Aurat pesakit mudah untuk aku lihat semasa pemeriksaan dilakukan. Lebih lebih lagi berada di negara orang. Sosial yang maha hebat. Lebih menyukarkan aku untuk berubah. Aku buntu. Kadang aku terfikir. Adakah aku salah dalam membuat keputusan. Sepatutnya aku kekal dalam bidang agama. Tetapi kurasakan jalan yang aku pilih adalah salah sama sekali. Aku teringat kawan kawan lamaku. Aku rindu. Tapi aku malu. Aku cuba mengelak dari berjumpa mereka. Seringkali semasa di sekolah, aku terdengar akan perlian dan cemuhan. Malu ya Allah.. buakn kepalang. Menyesal tiada guna.

Untuk makluman, Walaupun aku jauh tersasar, aku masih berfikiran waras. Hubungan kelamin atau persetubuhan tidak pernah sama sekali aku lakukan sepanjang hidupku. Alhamdulillah. Allah masih jaga aku. Solatku tidak pernah tinggal. Jika tertinggal, akan segera di qada'. Cuma 1 sahaj masalahku di sini. Setiap kali aku cuba berubah dan bertaubat. Ianya tidak kekal lama. Aku kembali terjerumus. Bagi yang tidak merasainya, kesakitan dan sesalan bukan kepalang bila kita sedar selepas tersungkur. Sedih teramat.

Seringkali aku merasakan ingin keluar dari dunia ini. Pergi jauh tanpa ada seorang pun yang mengenaliku. Perasaan itu tuhan saja yang tahu. Apakah yang aku perlu lakukan? ???

– -Confessor-

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

21 Comments

  1. Jgn putus harap pada Allah…

    Org yg kalah bukanlah org yg jatuh tersungkur dan kemudian bagun balik…

    Org yg kalah ialah org yg berputus asa…
    Mg Allah pelihara kita

  2. Bro ke atau Sis ni?…awak ada cakap tak pernah buat hubungan kelamin tapi naluri ada…cuma confuse…then kata pernah kena liwat…dan banyak penerangan tu mengelirukan….tersasar tu macam mana?…adakah sekadar naluri?…kalau awak percaya saya…boleh PM tak?…kut2 saya boleh bantu mana yg patut…saya banyak kawan2 senasib dengan awak…insya Allah…kut2 saya boleh buat sesuatu…saya boleh agak something yg menjadi punca apa awak rasa…cuma tak boleh point out sini takut disalah erti…cuma saya nak pencerahan sedikit lagi ttg keadaan sebenar awak sebelum saya buat kesimpulan…PM me…guna id palsu pun tak pe…just nak klarifikasi saja

  3. Kita sume pendose tanpe noktah.. selagi kamu hidup selagi tu kamu taubat.. Taubat,zikir,solat, puasa sume kamu buat.. Allah bg kamu ambik bidang lain tu ade hikmahnye.. jangan putus asa bertaubat. Allah uji kite sebab Allah syg..

    “Jangan diminta ringannya ujian,mintalah dikuatkan iman.”

  4. semoga dipermudahkan segala urusan awak.. cam ni la awk cuba posa sunat tiap isnin khamis, then buat solat sunat hajat, taubat, tahajut dan dhuha. in syaa allah tuhan akan jaga awk mintak pertolongan dr Allah ya wak…

  5. Kisah awak anih..mana perginya mak awak.kenapa tidak mengadu dgn dia.kenapa boleh berlanjutan begitu lama… tapi Allah memberikan awak akal yg cemerlang.pergunakan kelebihan itu utk menolong org lain.perkara yg lepas tu biarlah…semoga Allah memberi petunjuk dlm awak melayari kehidupan

  6. dalam dunia ni ada dua jenis pendosa:

    1. orang mlakukn dosa dn dia akui yg dibuat olehnya itu adalah dosa dn dia sentiasa bertaubat dn sentiasa cbe berubah.

    2. orang yg sering lakukan dosa, dn dia tahu ape yg dia buat itu dosa tp dia mengiktiraf kelakuannya itu bukan satu ksalahn dn tak cbe berubah kerana konon nk menerima dirinya seadanya spy dpt hidup dlm keadaan bhgia. lalu lama klmaan dia merasa dirinya bukn pendosa lg.

    jdlah org yg pertama, kerana Nabi s.a.w. penah berkata: setiap anak adam itu melakukan kesalahan dn yg paling baik diantaranya adalah yg sentiasa bertaubat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *