AKU SEORANG ENGINEER

AKU SEORANG ENGINEER
Secar ringkasnya , aku merupakan seorang pelajar yang boleh dikatakan bertuah . Sejak daripada peringkat UPSR sehinggalah SPM , aku tidak pernah dikecewakan oleh keputusan peperiksaan aku . Alhamdulillah dengan berkat usaha aku yang tidak pernah putus(atau boleh juga cakap , pernah hampir putus asa ) , aku telah berjaya mendapat straight A untuk kesemua peperiksaan besar dalam hidupku. Alhamdulilah alhamdulillah alhamdulillah . Aku juga telah mendapat beberapa tawaran biasiswa daripada pelbagai agensi seperti Universiti swasta( sebuah universiti swasta yang menjadi idaman para pelajar di malaysia) dan juga Yayasan Tenaga Nasional .Aku kini sedang berusaha menghabiskan pelajaran dalam bidang kejuruteraan di peringkat ijazah sarjana . Sounds perfect right ? Hakikatnya tidaklah begitu .

Kini aku ingin mengimbas kembali kehidupan aku semasa menjalani zaman remaja di peringkat sekolah . Semasa aku masih kecil , aku terlalu kagum dengan kerjaya atau profesion seorang doktor.Terlalu kagum sehinggakan cita citaku ini tidak pernah berubah daripada darjah satu sehingga kini .Maka, aku telah belajar dengan bersungguh-sungguh , kerana aku sedar bahawa keluarga aku bukanlah datang daripada keluarga yang senang , tapi cukuplah sekadar sederhana. jadi, mendapatkan biasiswa itu merupakan perkara yang sangat perlu dan harus bagi aku . so , aku pon peganglah kuat kata-kata tersebut , sehinggalah aku masuk ke alam sekolah menengah , di mana orang di sekeliling aku semuanya matang belaka dan cukup besar untuk digeruni . boleh juga kalau nak describe terlalu seronok mungkin ? entahlah , tapi masa lower form memang aku enjoy habis-habisan sampai aku mendapat keputusan yang sangat teruk , sampaikan aku malu untuk membawa mama papa untuk datang ke sesi hari perjumpaan ibu bapa dan guru-guru. Aku masih ingat lagi , masa tingkatan satu , mama papa tak tahu pon markah peperiksaan aku dan tak pernah pon ambil report card aku kat sekolah haha. sebab kenapa ? aku berkomplot ngan bapak kepada kawan aku di lain kelas supaya menyamar jadi bapa aku . memang tak boleh lupa langsung benda tu . sampailah satu waktu , aku berada di tingkatan dua , aku masih keep on track dengan perangai yang sama , iaitu seorang yang pemalas dan playboy(maaf ,terpaksa mengaku supaya dapat sampai cerita ini dengan baik). Memang tak dinafikan , aku mempunyai rupa paras yang sangat menarik sehinggakan ramai junior yang meminati aku dan aku sering melayani perasaan mereka . Im sorry , i was so stupid back then . at that time , aku terlalu seronok layan perempuan pon sebab aku baru sahaja buat massive transformation daripada si gemuk atau si obese kepada badan yang aku miliki sehingga ke hari ini . Alhamdulillah.

so , nak dijadikan cerita masa form 2 , aku tak belajar pon , belajar benda yang aku minat je , tapi serious la weh , aku dapat nombor top 10 dalam kelas ! dah lah aku duduk dalam kelas pertama , top 10 pulak . Maka , bermula dari hari itu , aku rasa seronok dapat top 10 dalam kelas .so , aku memang daripada waktu tu start belajar bersungguh2 sampailah aku berjaya dapat 8A PMR , alhamdulillah.saudara mara aku yang ramai judgemental semua terkejut dengan prestasi aku . bila dah dapat straight A , mestilah masa tu idaman setiap pelajar nak masuk SBP atau MRSM kan . Aku pon apply lah both sbp and mrsm ,dan alhamdulillah syukur aku dapat masuk ke salah satu MRSM yang terbaik di Malaysia , dan juga merupakan antara sekolah yang terbaik di Malaysia ,iaitu MRSM PENGKALAN CHEPA. Allahu , terlalu besar kurniaan Allah kepadaku .Maka , bermulalah kehidupan aku di MRSM , dan aku terpaksa mengaku , It was very challenging . dalam sekolah tu , memang ada students form 4 and form 5 je , and semua makhluk dalam tu dapat straight A PMR . memang gila pandai diorang aku mengaku , sehinggakan aku menjadi stres . Tapi ,aku akan buat entry lagi satu pasal life as a SPM student in MRSM PENGKALAN CHEPA jika sebab panjang sangat . hehe.Dan dipendekkan cerita , aku dapatlah 9A dalam SPM . ;))))))happy sangatttt.Alhamdulillah ..

Aku perlu menjelaskan satu perkara , aku sangat minat dengan subjek biology dan perubatan sehingga aku sering menjadi pelajar terbaik di dalam kelas mahupun MRSM untuk subjek tersebut .Aku sangat meminati subjek tersebut , lebih2 lagi anatomy . best gila ! akan tetapi , menjadi satu cabaran semasa peringkat spm , iaitu subjek fizik . aku sangat sangat benci dan lemah ! Masa SPM je dapat A . lain2 peperiksaan , tak pernah dapat pon ! dan memang jelas di situ , cita cita aku untuk menjadi seorang doktor semakin dekat . So…bila dah ambil keputusan SPM , adalah menjadi satu kewajipan bagi kami untuk mengisi borang permohonan biasiswa . Alhamdulillah dengan result trial , aku telah mendapat tawaran biasiswa SPC MARA dalam bidang kejuruteraan ke Washington USA . akan tetapi , aku telah menolaknya tanpa berbincang dengan ibu bapaku , kerana memang jelas aku nak jadi seorang doktor ! so…. aku pon apply JPA-MARA scholarship …. Aku pon tak tahu kenapa aku telah melakukan kesilapan yang terlalu amat besar gila ! aku salah isi borang . aku ter-apply course pharmacy .and…ternyata aku telah ditolak oleh agensi tersebut . aku sangat sangat sedih , sedih gila ! sebab matrikulasi pon aku tak apply , as terlepas tarikh . so…aku hampir kemurungan sebab ingatkan dah memang agak mustahil untuk dapat kos medic . aku tak putus asa , aku still cari biasiswa secara online untuk course medic , Alhamdulillah aku berjaya melepasi saringan untuk ke interview saringan biasiswa di Taylor’s University . tetapi , itupon bukan kos medic , yang dia offer only biomeds and engineering . tapi aku apply je . bila interviewer tanya aku ” kenapa awak nak ambil kos biomedic?” ya allah , aku betul2 tak mampu nak tipu dia , sooooo aku tipu aku cakap aku sebenarnya minat medicine . terus raut wajah dia berubah and my interview session ended macam tu je . macam tu je ! selepas beberapa hari kemudian , aku menerima surat tawaran daripada pihak universiti tersebut , bahawasanya aku dapat half scholarship untuk course foundation in science ke arah medicine ! alhamdulillah ! memang aku tak teragak agak dan masuk je . tapi …sebulan berada di taylor’s aku perasan kesusahan kedua ibu bapaku …IPTS ..tahu2 lah , mahal kan tuition fee dia , even aq dapat half scholarship , still mahal sangat . and aku tahu , mak ayah aku tak mampu nak tanggung . Maka , aku berkorban dan buat keputusan untuk meninggalkan taylor’s walaupun hati sangat berat untuk melakukan sedemikian .

Lupa nak bagitahu , sambil aku mengannggur time cuti lepas spm , aku juga telah dipanggil untuk sesi temu duga dengan TNB untuk scholarship mereka . Aku memang apply pon sebab benda tu mcm back up plan je , and main2 sebab mak ayah aku yang suruh sebab tak dinafikan , biasiswa mereka sangatlah lumayan dengan jaminan kerja terus lepas graduate as an TNB officer and trainee . Bagi korang yang minat engineering , memang benda ni sangat sangat lah jadi idaman kepada bakal engineer ! tapi , aq memang jujur , takde perasaan pon , gementar pon tak , sebab x minat engineering . pergi interview pon pakai seluar slim fit , x pakai tali leher sebab memang purposely nak ditolak time interview as tak minat . Jujur aku cakap , interview biasiswa daripada TNB sangat susah sebab banyak peringkat and ternyata i screwed . Aku jujur dengan interviewer yang aku tak minat engineering . entah kenapa , selepas je aku keluar daripada taylor’s , aku dapat phone call daripada HR TNB yang bagitahu aku , bahawa aku telah berjaya mendapat biasiswa daripada Tenaga Nasional !! Aku terima je lah , sebab aku ingat dah tak ada jalan lain , and mama papa pon happy sangat . aku lupa masa tu , yang UPU masih ada . hmmm…tapi aku dah terima biasiswa tersebut . Aku dapat tawaran asasi sains hayat di UIA , yang merupakan pilihan pertamaku , kerana tanggapan aku dapatlah ambil medic . Akan tetapi , aku boleh pulak tak perasan masa apply upu , yang untuk kos medic , dia ada tawarkan asasi perubatan ! dan pegawai daripada CFSIIUM pon cakap sendiri dengan mak ayah aku yang agak mustahil untuk aku tukar kos daripada sains hayat kepada perubatan , sebab tempat limited . Maka , aku memberontak , sedih , and entahlah , hampir kemurungan . sebab cita-cita aku untuk jadi doktor terkubur macam tu je . so…sekarang ni entahlah , aku memang happy dengan biasiswa engineering ni , tapi memang jujur aku cakap , untuk otak bio macam aku ni , memang susah lah nak terima ilmu fizik dan matematik yang sangat mendalam . belajar benda yang aku tak minat untuk 4 tahun . entahlah , aku patut bersyukur sebab dah tak payah mintak duit dengan mama papa as elaun banyak gila . soo…aku harap korang dapat berikan semangat kepada aku dengan jujur , sebab momentum aku untuk belajar pon semakin menurun . aku memang ambil engineering semata mata untuk mama papa je , bukan untuk diri sendiri , sebab kalau ada PTPTN pon , mama papa still x mampu nak bayar sebab dah pencen . terima kasih kerana membaca

-AKU DR.IR.-

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit