Okay la, skang aku mulakan cerita aku. Sorry cerita aku mungkin agak membosankan tapi mungkin korang boleh tlg aku tentang masalah aku.
Aku mulakan dengan siapa aku. Aku adalah seorang student engineering dan aku bukan dr uia. Aku just selalu visit page ni dan nampak macam mungkin aku boleh share something.
Dulunya, semasa aku sekolah rendah, aku adalah seorg yg aktif bersukan. So aku kurus la dlu2 :) Tpi sejak aku masuk sekolah menengah sejak tu la berat badan aku mula menaik. Dr f1 smpai f3 masih okay lagi. Sejak f4 aku dah mula gemuk. Bmi berat badan aku lebih dr normal. Mula2 aku macam langsung tak kesah, ye lah kalau aku gemuk pon bukan la gemuk sgt, sikit je. Aku anggap mende ni biase2 je. Sampai la satu ketika, aku ter'crush' ngan seseorang ni. Dia mmg drop dead gorgeous, ramai yg nakkan dia termasuk la aku. Tpi aku berangan tak sudah, igtkn yg orang yg paras rupa dia cantik nak la kat aku yg tak seberapa ni. Satu hari tu ditakdirkan bahawa perasaan aku ni dah terkantoi kat crush aku. Mula2 aku rasa mcm omg, adakah perasaan aku ni telah diterima? Ternyata tidak. Sejak daripada itulah aku mula terdengar desas desus orang2 yg mula mengutuk rupa fizikal aku. Aku ni gemuk, muka tak flawless, perasan. Disebabkan aku ni seorang yg berhati keras, aku buat tak tahu.
Sampai la satu tahap, aku dibash oleh kwn2 sekelas aku sendiri. Diorg kata aku tak tahu malu, dah badan besar lagi perasan, siap marah2 aku kenape aku gedik2 nak suka jantan. I was like wadehel?dah kenape pulak aku takleh suka orang. Aku bukan penah bercakap ngan mana2 lelaki pon. Just suka je. Lepas tu keadaan semakin teruk, aku mula mendengar budak2 sekolah aku mula mengutuk aku, bukan setakat batch aku sendiri tapi budak2 junior sekali. Dari situ, aku mula hilang keyakinan diri. Keyakinan utk bercakap memang ade tapi keyakinan pada diri sendiri hampeh. Keyakinan pada diri aku sendiri hancur lebur bila, aku dimarah di tgh2 skola sambil disaksikan oleh pelajar2 sekolah aku, even yg tak kenal aku pon jd kenal.
Lepas tu, aku mula diprank dengan classmate aku. Kena selotep meja ngan kerusi, buku2 kena conteng, kena umpat. Lama2 aku terasa mcm salah ke kalau aku jd gemuk. Hina sgt ke aku, smpai korg buat aku mcm ni. Lepas tu aku jadi hilang sabar. Aku mengamuk tak tentu hala. I've become more short-tempered. Budak2 tu mula takut nak kenakan aku, tpi aku makin kena teruk kena umpat.
Lepas tu, bila aku dah abis sekolah badan aku makin naik lagi, sampai la aku ke universiti. Aku igt kt universiti org makin open minded.
Tak.
Aku silap.
Orang makin mengutuk aku.
Diorg kawan dengan aku ade satu sebab.
Aku budak dekan.
Tapi itu pon ade jugak orang tak puas hati. Baru2 ni ade seorg ni yg aku boleh anggap sebagai kawan betul yg aku boleh share masalah. Dia cerita kat aku yg diorg gunakan aku tpi dalam masa sama diorg kutuk fizikal aku. Kutuk aku bajet pandai,kutuk aku bajet cantik, kutuk aku asyik gedik ngan laki, padahal aku tak penah sekali pon ckp ngan laki, chat pon tidak. Aku serik. Kemudian, classmate di universiti bileh dikatakan sebagai young and bold. Kalau bash org mmg tak fikir hati perasaan, terus lepas je. Bila aku terdengar setiap patah perkataan diorg aku rasa anak nangis. Sampai macam tu sekali korg layan org gemuk. Org badan besar mcm aku. "eh weyh bagi laluan, dia nak lalu tu. Kesian tak muat." "weyh kau muat tak duduk dlm ni. Kesian kau nnti." " weyh nnti dia nak tumpg kete kau bole? Tak, nnti kete tak jalan."
Ayat2 tu dtg tak kira laki atau pompuan. Sama je pedas dia.
Satu masalah aku. Aku langsung tak boleh nak titikkan air mata. Setitik pon jd la. Aslkan aku boleh lepaskan segala masalah. Tpi tidak. Aku tak boleh. Makin lama aku makin stressed dan depressed. Badan aku sendiri makin sakit2 smpaikan roomate aku asyik tanya kenape aku nmpk pucat. Murung? Aku bukan tak pernah cuba utk kurus, tpi bukan senang aku nak buat mcm tu. Even mak aku sendiri samakan aku dengan afdlin shauki. Aku mmg betul2 terasa hati. Bila aku tak makan, org perli. bila aku makan, pon kena perli. Aku pon sampai tak tahu nak buat ape. Aku try eksesais, try main gym. Kebetulan budak kelas aku ternampak, dia kata, "hati2 main treadmill tu, bukan ape, takut patah je" terus smgt aku nak eksesais jd hilang. Aku jd benci gym. Aku benci orang yg acah2 diet walaupon dah krus. Aku benci sape yg pandang aku semacam. Aku benci semua. Aku benci diri aku.
Sayangnya, muka aku jenis yg tak tunjuk perasaan aku yg sebenar. Jadi org makin kutuk aku.
Ntah ape salah aku, aku pon tak tahu.
Oh ya, aku tau.
Aku adalah seorg gemuk.
Itu salah aku.
Orang hanya tuding jari.
Sebab aku gemuk.
– Aku
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Relax lah. Gemuk tk salah pun. Biarkan org nk cakap apa . Yg penting kau selesa dgn diri kau. Cmne nk selesa, kau kena hargai setiap ms kau dgn diri kau sndiri. Hehe. Akupun gemuk . Dan pernah gak sgt down pasal gemuk ni. Tp.. lama2 aku enjoy sbb aku gemuk. Sekurang2nya aku tau yg mana betul2 kwn dgn ikhlas or kwn sekadar sbb rupaa.. kau blh rs k yg mana btul2 kwn or sekadar amek kesempatan.. oh btw, aku pun trying to lose some weight too. Mcm kau. Gd luck k untuk kita. Hahaha..
memang bila dr gemuk nakke kurus, akan ada perli2 dr mulot puaka.. kau gemuk pon kena mengata, alang2 tu baik kau diet..aku pernah kurus, pernah kena keji, pernah sakit dihina, sampai satu masa betol2 tekad nakkurus.. bila nk diet, org gelak3 ckp “mcm betul je aku nk diet, 2,3 ari diet, kembali makan banyak balik” sebenarnya kata3 nie buat kita jd semangat, nak tunjuk nk buktikan yg suatu ari boleh kurus.. nak kurus, usaha, merungut ari2 menangis berbulan2 xkan kurus.. kuatkan semangat, ingat target.. diet nie banyak jenis.. kat fb nie ada grup diet atkins malaysia.. kau search, kau join, lepastu kau belajar. jgn arap org pm dan ajar kau, kau sendiri kena ambik inisiatif topup ilmu diet.. kau blh google, blh baca mana2 sbb nk kurus pon perlukan ilmu.. dah ada ilmu, kau mulakan.. ambik seseorang yg dh kurus sbgi pembakar semangat, dia blh xkan kau xblh.. beli baju saiz yg kau xblh pakai dan target dalam 5-12bulan kau nak pakai baju tu.. bila nk diet, kau kena ari2 pujuk ati sendiri kau blh buat kau blh buat, kalau xkuat mmg 2,3 ari je, terus kau kekal dgn gaya makan lama kau.. xpayah cakap body kau susah turun.. cuba dulu, biarlah turun sebulan 2 kg je pon at least turun sbb kita gemuk bertahun2 xkan nak kurus dalam masa 2,3 hari.. proses nak kurus mmg sakit tp kau akan puas dgn hasilnya.. usahalah, buat kejutan pada semua
cuba posa sunat isnin dan khamis. lg satu kurangkan mkn nasi bykkn mkn buah. sy mkn nasi sekali sehari tgh hari. sarapan mkn pisang sebiji, susu kambing segelas. mlm mkn biskut cicah air teh.. pastu buah. maintain la berat skang ni 47-50 hehe ikut bmi..
Yua Junko
Sis,sabarlah.. Bertenang, saya bukan gemuk jugk,giant lagi,dr kecil sampai sekarang, xpernah kurus,selalu dihina,tp sy buat chills je,tp orang gemuk ni banyak penyakit, susah nk beribadat.. Jomlah kita sama2 diet, yg penting sis,jangan stress, niat nk kurus kerana Allah, bukan sebab makhluk.. Selalu doa, mohon kt Allah.. Inshaallah,you can do it..
.kat sklh menengah sye chubby jgklh…..lps mkn nasi mesti mkn roti/buah2an….brt badan dekat 50…tggi 130 lbh je…first step sye kurgkn mkn…sye cume mkn 1 senduk nasi sehari n buah…mknn pagi wajib. Lps 2..sye brlari setmpt dlm BILIK(malu punye pasal) dlm 1 ribu langkah prmulaan..lame2 jd 10 ribu…dlm 3 bln berat turun 5 kg je…skrg dh umur 18 tp berat still maintain dr form 2 (43kg-45kg) walaupun skrg dh x exercise dlm bilik…tp ade jgk masalah.sye x leh mkn byk…6t rase mual n nk muntah. Selalu kene tuduh diet…
Jom join jomkurus1malaysia..mana taw kot berhasil..
sis, aku ni seorang yg kurus+pendek, pun orang tetap mengata: “Kenapa kecik sgt ni? Ingatkan budak sekolah rendah”, “Kamu kecik je, mak kamu tak kecik pun..” “Bile ko nak tinggi?” T_T So, antara tips nak kurus, cuba hari2 sis buat senaman cardiac (boleh google), senaman ni buat dlm bilik pun boleh. Lagi satu, tahap kurus/gemuk seseorang bergantung pd metabolisme, kalau sis memang jenis org yg makan takde la banyak tapi tetap cepat naik, mungkin sis boleh ubah menu & take supplement. Harap membantu. :)
Xkesah la gemuk ke kurus ke,kita semua ciptaan Allah,.. Kita siapa nak menilai ciptaan Allah..bukan berdosa pun gemuk ,gemuk badan je,bukan gemuk dosa..poorah
Pabila sarah berbicara ?? yannadei!
Ahahah..
Tanamkan sifat sentiasa sebut alhamdulillah…Sy pon bdn besar…org slalu Jew ckp gemuk….besar..tp dlm hati Sy ckp alhamdulillah…BTW masa raya balik kmpg jmpe la org slalu ckp Sy besar..gemuk..skli jmpe balik tgk anak die badan besar jugak..wife die pon sama…masa die mgate Sy duly umur Sy baru 12tahun tp masih ingtkan org yg mgate kite..skrg Sy 28 Dan badan Sy xde besar..yg sedang2(ni pon workout bagai Nk rak…)..bile die jmpe trkejut tgk Sy…alhamduliah berkat setiap Kali sebut perkataan tu..Allah mkbulkan…doa sis….nyk doa Allah makbulkan…
kerana diriku begitu berharga
buat chill buat relax, diet slow2…
walaupun aku diet tp gedempol, berlemak lagi hahaha