Aku Seorang Isteri

Assalamualaikum. Saya berumur pertengahan 20-an dan mempunyai seorang baby boy umur 6 bulan. Saya telah berkahwin selama setahun 4 bulan dengan seorang duda anak 4. Suami saya pernah bercerai sebanyak dua kali dengan orang yang berbeza.

Kisah yang saya nak ceritakan adalah kami sekarang di ambang penceraian. Di awal perkahwinan kami tidak sekufu dari segi umur, umur suami saya angka 4 dan juga saya lepasan ijazah, manakala suami saya SRP (PMR/PT3).

Bukanlah saya ingin merendahkannya, tetapi saya baru sedar sekufu sangat penting dalam sebuah perkahwinan. Sebelum berkahwin, saya anggap semua itu tiada masalah, tetapi sekarang sering berlaku selisih faham dan ketidakfahaman puncanya berfikiran berbeza.

Saya juga baru habis belajar awal tahun ni, dan saya berkahwin semasa dlm pengajian. Selepas tamat pengajian, 2 bulan lepas tu saya selamat bersalin. Selepas tamat tempoh berpantang, saya menawarkan diri saya untuk mencari rezeki bagi menampung ekonomi keluarga memandangkan suami perlu menjelaskan terlalu banyak hutang keliling pinggang.

Dah boleh dikatakan yang tinggal bersih adalah RM250 sebulan. Duit itulah untuk beli barang dapur, keperluan baby, minyak motor dan lain2. Mula2 saya cadangkan untuk buat kelas tuisyen di rumah saja memandangkan saya nak jaga anak saya sendiri di rumah. Setelah iklankan, tiada sambutan maka terpaksa saya mohon kerja lain secara online.

Alhamdulillah saya diterima kerja di satu tempat yang boleh tahan gajinya dalam RM14++. Maka, dapatlah saya membantu suami saya. Dalam masa anyg sama, saya mendapat 3 orang anak didik untuk tuisyen dengan saya. Jadi, pagi saya akan bekerja, malam saya akan buat kelas tuisyen.

Masalah saya sekarang, badan saya tidak mampu untuk menampung 2 pekerjaan dalam 1 masa. Dengan anak saya lagi, di mana saya perlu uruskan dia, mandi, makan, bagi tidur. Oh ye, baby saya menyusu badan sangat kerap. Kadang saya tertido bersama baby sambil menyusukannya akibat terlalu letih.

Ok, secara ringkasnya rutin harian saya, awal pagi, hantar baby ke babysitter, pergi kerja, balik kerja dalam pukul 5 petang, ambil baby, saya masak untuk makan malam, uruskan baby, bagi baby tido pun susah juga, ready untuk kelas tuition.

Disebabkan terlalu letih saya terlepas pandang tentang hal rumahtangga seperti mengemas dan lipat baju. Cuma setiap malam, saya akan pastikan semua pinggan dicuci, baju dibasuh dan disidai. Saya akan melipat baju dan kemas rumah masa weekend.

Suami saya pula seorang yang pembersih dan akan sentiasa mengemas rumah. Saya sangat bersyukur suami saya membantu saya. Suami saya seorang pkerja kerajaan. Tetapi, sebenarnya suami saya sering kali mempersoalkan tentang saya tidak mengemas rumah dan sering tertido awal smpaikan kadang2 tertido jam 8.30 malam sambil susukan baby.

Saya cuba berterus terang dengan suami yang saya tak mampu untuk buat 2 pekerjaan dalam 1 masa memandangkan dengan ada baby lagi. Suami langsung tidak cuba fahami malam comparekan saya dengan isteri nya sebelum ni.

Isterinya sebelum ni seorang full time housewife dan tiada anak. Saya tidak kisah kalau saya dimarahi akibat pemalas sekiranya saya tidak bekerja. Kadang saya tak mampu nak tahan mata, selalu terlelap. Saya tak minta untuk tertido sebenarnya.

Kami sering bergaduh sebab suami saya kerap merajuk. Setiap kali bergaduh mesti akan ditampar atau ditumbuknya saya. Paling teruk sampai pernah dipijak leher saya sehingga susah saya bernafas. Dan tadi, kami baru bergaduh suami melakukan perkara yang sama tetapi saya menjerit minta tolong agar jiran2 dpat tolong saya. Dan baru suami lepaskan saya.

Jadi, disini apa patut saya buat dan lakukan?

Saya sedar saya bukanlah seorang isteri yang baik, saya cuba jadi yang terbaik, tapi saya cuma manusia biasa. Saya sedar suami saya nak kan yang sempurna. Atau saya memang seorang yang pemalas?

Mohon pendapat kalian, apa perlu saya buat? Proceed dengan penceraian atau saya perlu bertahan? Terima kasih.

– Dina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *