Lately, aku tengok ramai yang duk share pasal confession yg cerita pasal asyik perempuan je yang banyak buat kerja, basuh pinggan, kemas rumah, basuh kain etc etc etc..
Oleh itu disini aku ingin kongsikan sedikit kisah hidup aku. Aku seorang lelaki, yg berasal daripada adik beradik yang semua nya lelaki. Selepas makan, kami sudah diajar dari kecil lagi untuk basuh pinggan masing2. Jadi, tiada masalah pinggan yang bertimbun dalam sinki. Memandangkan emak kami yg memasak, oleh itu, kami juga sering bergilir2 basuh pinggan mangkuk periuk kuali dan segala jenis peralatan memasak yg telah digunakan utk memasak. Kami lelaki, tp kami basuh pinggan, kemas pinggan yang dah dibasuh, tolong emak memasak, kemas meja makan, mengemas rumah dan halaman rumah, cuci tandas, cat rumah, buang sampah, basuh baju, jemur baju, angkat baju yg dah kering dijemuran, lipat baju sendiri, iron baju, drive kehulur kehilir pergi beli barang yang emak pesan, hantar adik2 ke sekolah, balik kampung tolong atuk nenek dikebun (kampung kami dekat, hanya selang 5-6 kampung), dan bermacam lagi. Kalau nk list semua tak tahu Bila habis..
My point is, ketahui lah anda, bukan semua lelaki pemalas seperti yang digembar gemburkan. Hakikatnya, sebenarnya masih wujud lelaki yang rajin buat kerja2 rumah, tolong emak di dapur dan sebagainya. Cuma, kami lebih memilih untuk bergerak dibelakang tabir, atau mungkin tiada masa nk bgtau org pasal semua ni dek sibuk dengan kerja2 tersebut.. Ntah la, bagi kami (at least bagi aku la), aku anggap ia satu nikmat yg Allah bagi utk aku peroleh bebanyak pahala dengan menolong meringankan kerja2 rumah dan juga sebagai satu platform bagi aku untuk melatih diri sebelum mendirikan rumah tangga sendiri.
Kepada confessor(s) yang mengadu tentang masalah 'lelaki pemalas' yang mereka hadapi dalam keluarga mereka, saya doakan supaya anda tabah dan dikurnikan ganjaran yg setimpal dengan pengorbanan anda suatu hari nanti. Kalau tidak di masa hadapan, mungkin di akhirat kelak. Ingat, Allah takkan membebankan hambaNya melebihi kemampuan mereka.
p/s: Oh by the way, saya seorang mahasiswa yang masih menuntut di sebuah university awam malaysia. Peace yo!
– Anonymous
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
adk bradik mu brapa org?
Nk knal la… hohohobo
Hahaha. K ini win
kena cara lelaki mcm nie tuk buat suami Angin Taufan Angin Monsun
Kipidap bro! Sy ada sahabat mcm awak juga. Cuma dia anak sulung dan lg byk buat kerja rumah. Adik2 lelaki dia tlng sikit je so bertabah jela kt dia. Sy respect lelaki yg tahu respect wanita dlm hidup mereka.
Ni dh terberitahu kira mcm mana ni..hehe
Ada fb? Nak kenaikan dgn adik sy
Sbb lelaki rajin ni x suka menunjuk sebab tu perempuan susah jumpa
✌