Assalamualaikum. Sebelum aku cerita ttg diri aku, harap korang jangan hukum apa2 ttg aku. Aku taktahu nak mula mcm mana. Tapi aku mcm terpanggil untuk menulis ttg Pyscho ni. Bukan cerita org lain tetapi cerita ttg diri sendiri. Aku harap korang sudi baca apa yg aku alami sekian lama ni.. bukan reka2 atau nak menarikkan cerita tapi ini memang betul2 ada pada diri aku :)
Aku ada yg sedar apa yg aku buat tapi ada yg aku taksedar. Ok, aku cerita ttg perbuatan yg aku sedar dahulu ye..
Aku mula rasa diri aku ni dari tingkatan 2. Kejadian ni bermula masa aku duduk sorang2 kat dlm bilik semasa ketiadaan family aku.. aku taktahu nak ckp mcm mana ia berkenaan jiwa dan perasaan gak lah. Aku time tu frust sbb apa entah, tiba2 aku ketawa sendiri.. aku ketawa pun taktahu sbb apa. Aku gelak2 sorang. Sampai lah aku letih aku baring. Aku ketawa lagi. Nak kata diri ni giler? Tak kisah lah kalau korang kata aku ni giler. Tapi ini memang benda yg aku alami sendiri. Then, family aku balik.. aku duduk mencangkung, tunduk bawah. Aku pun taktahu berpunca dari aku Frust tu terus jadi diri mcm ni. Then tu yg aku sedar. Tapi yg aku taksedar, ibu aku cerita balik kat aku.. aku pernah pgg pisau sambil sengih2 mcm org giler dgn rambut aku yg panjang diselebungi satu muka. Aku bila dgr balik dari apa yg ibu aku cerita, aku sendiri terkejut. Selain tu, tukang urut ibu aku pernah bgtahu yg aku ni bila pandang dia, pandang dgn tajam. Mata merah secara tiba2. Biar betul?! tu aku taktahu, aku pun diberitahu cerita ni sbb aku sendiri taksedar apa yg aku lakukan. Ibu aku lah sering nampak kelakuan pelik aku, "BENDA" berwajah mcm aku. Aku bercakap dgn dinding, nampak aku cangkung depan bilik. Apa yg aku buat tu semua aku taksedar cuma yg aku sedar, yg aku bgtahu pada mulanya tadi tu je.. tapi part psycho yg aku paling taksuk bila ditegur. Aku akan menggiler bila ada yg tegur aku, aku juga pendendam. Bila2 masa je aku balas dendam. Adik aku lah, selalu ckp aku bila waktu malam sebelum nak tidur, mata aku akan meliar kat atas syiling dan sengih. Aku kadang ada sedar ada separuh sedar. Aku juga ada penyakit dalaman. Boleh nampak benda2 yg taksepatutnya org nampak. Tu lah yg ada pada diri aku.. aku suka sengih2 padahal takda yg lawak. Org akan terkejut bila aku punya perangai tu dtg.. yg dah faham aku, ibu dan adik beradik je. Dulu rambut aku panjang, adik aku lah beritahu aku suka belai rambut pada waktu malam tiap pukul 12malam.. dan aku sendiri memang jenis org taktidur awal. Tidur lambat, ada je aku akan buat malam2 gitu. Aku pantang dgr bunyi aneh. Cepat2 buka tingkap. Kadang2 aku boleh baca emosi org. Hihihihi. Aku suka bisik2 kat org yg tertentu, cth: Kau buat apa? Kau nak aku tlg? Hahahaha. Nanti aku akan ketawa mengilai tiba2. Tu memang perangai aku. Aku harap bulu roma korang tak meremang. Cerita aku simple je. Aku taknak cerita panjang lebar sbb aku nak pendekkan cerita, serba sedikit ttg diri aku. Aku seorang PYSCHO. Aku pantang ditegur!!!! HAHAHAHAHAHAHA kalau korang tengah baca apa yg aku tulis ni, korang jangan buat muka pelik. Ini diri aku. Nak kenal aku dgn lebih rapat? Hehehehehe
– Cik UA
Yang pasti, anda bukan seorang psiko. Ada perbezaan dengan manusia yang psiko dan tidak psiko. Adakah anda berasa tertekan? Mungkin anda patut cuba rawatan tradisional atau sebagainya. Jima mendiamkan diri sahaja tanpa sekarang tindakan risau nanti masalah yang dihadapi semakin rumit.