Aku sesak

Aku tulis ni sebab aku tak mampu luahkan secara berdepan dengan sesiapa Terpulang pada admin nak post atau tak. janji boleh terburai dari hati.

Sebelum aku mula, aku nak cakap parents aku sayang sangat2 dekat aku dan aku pun sayang mereka. Yela korang boleh cakap parents mana yg tak sayang anak kan. Dari kecil, seluruh aspek hidup aku dijaga. Mereka tak bagi aku keluar rumah untuk main. Aku banyak harapkan sekolah sebagai tempat jumpa kawan. Lupa nak sebut, jarak aku dengan adik beradik aku range 8 hingga 15. So, kami tak pernah pergi sekolah yang sama. Waktu aku sekolah rendah ,abg aku sibuk dengan sekolah asrama dan kolej. Yang duduk rumah pun mestila bergaul dengan member sebaya ja. Sebab tu aku susah nak relate dengan adik-beradik. Kami terlalu berbeza. Hasilnya hidup aku mostly duduk rumah (parents kan tak bagi keluar) dan rasa sunyi. Waktu kecik-kecil dulu aku bnyak imaginasi nak cuba itu ini, nak explore benda dan mcam2 lagi. Aku pun suka membaca.Typical kids. Parents aku selalu kawal aku. Aku tak pernah diajar naik basikal oleh parents. Diorang tak galakkan langsung. Sejak kecil lagi aku dah rasa sesak dengan sikap parents aku. Aku pernah pandang pisau waktu sekolah rendah dan nak rasa bunuh diri supaya sakit dekat jiwa aku waktu tu hilang. Tapi aku takut sakit mati. Ustaz pernah cakap mati tu sakit.

Benda ni berlanjutan sampai UPSR. Parents aku memang push gila-gila untuk aku dapat straight A. Aku pernah pegang buku ilmiah( bukan buku untuk UPSR) dan bapak aku cakap tak payah baca. fokuskan dekat UPSR ja.haha. Sepanjang tahun tu aku rasa nak gila. Berat aku naik mendadak. Aku lepaskan geram dengan makan, makan dan makan. Time macam tu aku selalu fikir nak mati. Selalu sngat.

Keputusan UPSR pon keluar dan aku dapat straight A. Entah kenapa aku langsung tak heran dengan keputusan tu. Nak kata happy rasa mcam biasa ja. Just dont care. Senario ni berulang juga semasa sekolah menengah. Sampai satu tahap, sebab aku kenal study sahaja, aku suka belajar. Itu jela benda yang aku tahu. Belajar tu umpama hiburan bagi aku. PMR aku straight A dan SPM aku satu B. Dan parent aku berbahagialah dengan keputusan tu. Aku? tak da perasaan. Aku selalu pasang angan-angan untuk keluar dari rumah dan pergi jauh2. Bab duit aku rajin simpan dengan harapan jadi bekalan untuk aku keluar rumah.

Dengan keputusan SPM tu, aku layak masuk asasi. Dekat asasi aku struggle gila2 dan keputusan aku boleh la. cukup untuk dapat kursus yg aku minta. Time ni aku rasa happy sebab aku buat apa yg aku nak. bukan atas paksaan sesiapa.

Keputusan result UPU keluar. Aku dapat 2 tawaran. 1 tawaran tu aku memang dah aim dari dulu dan yg satu lagi aku sesaja isi. hahahah. ini menghidupkan kembali sejarah hitam aku. mak aku paksa aku terima kursus yg aku sesaja isi sebabnya lebih dekat. hahahahahah. ugut aku babe. cakap hidup aku tak tenang kalau tak dengar cakap dia. Sepanjang mnggu tu aku menangis + tak makan+ jarang keluar bilik. apa mak aku buat? tuduh aku anak derhaka. Aku takut jadi anak derhaka dan aku turutkan kehendak mak aku. Rupanya tak berhenti takat tu, aku tak boleh masuk dengan kursus ni. dah 2 tahun dah. setiap exam aku menangis. aku tak boleh go on. bila aku ceritakan dekt mak aku, ayat yg dia reply tak sngguo nak cerita. Dalam 2 tahun ni hubungan aku dengan parent pon renggang. kalau dulu aku memendam rasa, sekarang aku langsung tak cerita apa2 dekat parents aku. Diorang cuma nak dengar apa yg diorang nak dengar. Selagi idea kau bertentangan dengn idea mereka, kau anak derhaka. hidup kau takkan bahagia dekat muka bumi ni. Aku selalu rasa nak terjun bangunan/ telan pil ubat racun supaya aku mati. Aku tak sanggup nak lukakan hati parent dan aku juga tak snggup teruskan hidup aku mcam ni. Rasa benci dekat parents sendiri sebab rampas masa depan aku/impian setelah itu lah satu-satunya jalan yg diorang tunjukkan. Berat badan aku susut sampai org yg kenal aku waktu berisi selalu terkejut bila nengok aku. mak aku pulak suka sebab dari dulu dia suruh aku kuruskan badan. hahahahahah. oh the irony. Aku tak tahu aku boleh go on lagi atau tak. Jiwa aku dah mati

– botol air

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

18 Comments

  1. Do things for the sake of your future, not others. Bila kita buat untuk diri kita, insya Allah beban tu akan kurang sikit. Hidup di dunia ni sementara je dik. Bila2 masa Allah boleh tarik nyawa kita. Get on life. Enjoy & appreciate every great lesson & moments but at the same time be grateful to Allah. Semoga kuat..

  2. Aku jumpe ramai yang mcm senasib dgn aku. Even maybe diorg pnye kisah lagi teruk. Tapi masalahnye kenapa golongan camni tak ade dekat2 dgn aku. Nak jgak bg semangat, dorongan sume tu. Meh sini nak bg free hugs skit (girls only) ❤❤

  3. Pepatah org kampung sy, “kita buat dia, bkan dia buat kita”. Maksudnya, seronok, menarik, minat atau yg seangkatan dengannya kita yg tetapkan. Klu nak seronok kena positif. Contohnya bila kita rasa bosan belajar dlm kelas sampai kita xfaham apa maka bergeraklah ke cafe2, gerai2, atau taman2 bunga seorang diri tdk pun dgn kwn2 bersama buku2 dan cubalah belajar dlm suasana berlainan. Maybe it will work better for us.. klu nak seronok dlm sesuatu urusan kita kenalah berfikir dan berkelakuan ke arah keseronokan yg kita nak. Stop blaming anything or anybody. tp mental kn strong lah… Klu xpaham tp berminat nak paham bleh pm

  4. Dik, aku pn dulu mcm ko..more worst..tp bila aku smbg dgree aku amik pe yg aku boleh..dh xboleh pilih sbb result dip teruk..haha ko amk ko yg xnk..jwpnnya mmg hancusss..

    Tp bila ko dh bso ckit, ko akn lebih mtg dan pndai buat kptsn..insyallah aku doakn..

  5. Aku paham sangat rasa macam mana. Dulu aku kena sebijik macam ni la. Course yang aku mati2 nak, ayah aku tak bagi ambik. Sampai satu tahap aku tak larat kena push and stretched, aku blah je dari rumah. Aku keluar rumah tanpa bawak baju sehelai pun. Sekadar ic, henfon, dan duit dalam bank. Bertahun diorang cari aku, mintak maaf bagai. Bukan aku nak bangga yang mak ayah aku mintak maaf kat aku, tapi aku pun teruk kena lanyak kan.. Aku rasa lari lagi baik daripada aku bunuh diri masa tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *