Aku si muslimah yang upload gambar sendiri
honestly, aku salah sorang perempuan yang bertudung labuh, tutup aurat sempurna, tak rapat dengan lelaki, tak bergaya hipster. Senang cerita muslimah yang macam orang selalu nampak dekat ig tu lah, yg gayanya sekali tengok nampak macam ustazah. Tapi aku bukan ustazah :)
–
Tapi, masa awal2 aku berhijrah dulu, aku rajin post gambar ke instagram. Dengan pakaian dah ala ustazah kononnya tapi kuat upload. Bukan upload selfie sebab aku memang tak pernah selfie dekat fon sendiri, aku tak suka selfie so alhamdulillah lah yg tu. Kdg2 ada upload gambar sorang pakai jubah, dgn kawan2 pun msti pilih gambar kita yang paling cantik kan hehe.
–
Masa tu sebenarnya tiap kali aku upload mesti tak sedap hati sebabnya
1) aku ada followers lelaki, paling ramai budak U aku.
2) niat aku tak penting langsung nak upload tu & aku sendiri pun tau tu
3) aku rasa aku murah sangat *aku ye, bukan org lain
–
Bulan puasa tahun lepas, hati aku tergerak untuk stop insta gambar muka sendiri. Sebab masa tu aku dah rasa yang aku ni murah sangat. Bayangkan lah , aku upload & ramai lelaki tatap muka aku ni,bukan setakat muka. Kalau upload gambar berjubah tu, lagi lah. Sampaikan kawan aku yang berkopiah, geng2 usrah tarbiah kononnya siap komen "pm number", siap whatsapp lagi cakap " cantik pkai jubah dengan tudung tu, lain kali pakai lah macam tu lagi"
–
So, aku buang ego. Aku jujur dengan diri sendiri yang aku upload actually untuk raih likes, nak orang komen especially lelaki, nak tunjuk muka aku, nak lelaki yang aku minat nampak life aku, nak tunjuk aku ni dah berhijrah sebab tu pakai jubah tudung labuh + ayat kekonon islamik kat caption, nak orang tengok life aku yang acah acah 'bahagia' kononnya. Padahal, tak pun. Semua untuk kaburkan mata orang je. Yelah, takkan aku nak tunjuk bad sides life aku dekat followers kan.
–
Masa tu aku whatsapp sorang kakak ni yang aku sangat kagum dengan dia sebab ada ig beribu followers tapi tak upload gambar sendiri. Dari ayat dia je, aku dah rasa bersalah sangat sampai delete instagram. Dia kata, cuba tiap kali nak post gambar tu tanya pada diri sendiri, jujur
"Apa keperluan aku post?"
"Untuk tunjuk pada siapa?"
"Apa niat sebenar aku?"
"Tak mati pun kalau tak post gambar"
Alhamdulillah, sejak delete ig. Aku buat ig baru, still nama sndiri tapi untuk follow insta yang islamik tu je as tarbiyah diri. Aku tak galakkan kawan aku follow ig aku sebab aku kata dekat diorang kalau followers aku makin ramai, rasa nak menunjuk muka sendiri makin membuak :) aku tak post gambar sendiri dah, apa2 gambar pun takda. Zero :)
–
Lepas apa aku buat ni, aku malu sangat bila teringat aku yang dulu. Hati pun makin tenang sebab takde sibuk nak fikir kejap lagi nak pilih gambar, apa nak fikir caption ayat jodoh yang ala islamik kononnya.. Baru sedar, aku memurahkan diri sendiri. Even aku turup aurat pun, actually takde kepentingan untuk aku upload dan tunjuk dekat followers aku. Kalau ye pun aku dah berubah better dari yang dulu, buat apa aku nak post ke insta untuk bagitau semua followers aku yang aku pegi majlis ilmu, aku dah berhijrah and so on. Tak pasal niat terpesong je nanti. Jujurnya, mulut memang kata bukan nak riak, menunjuk, tapi jauh dalam hati memang yeee. Even riak tu sikit tapi still ada. Ada je rasa nak upload lagi, tapi bila fikir yang nanti aku kawin suami aku sorang je. Apa faedahnya aku tunjuk kecantikan aku pada lelaki lain, padahal suami sorang. Kesian dia dapat bini macam aku ni nantii. Aku pun taknak dijodohkan dengan orang yang setiap masa nak raih pujian orang dekat social media sebab aku pun ada perasaan cemburu tu, so that why not aku yang berubah dulu jadi macam tu.
–
Ni je lah kisah aku nak share. Maaf salah silap if ada yang terasa. Aku cerita kisah diri sendiri je :) . assalamualaikum. Tak bash mana mana pihak tau :)
– NAR